Tuesday, December 31, 2013

RUTIN KERJA YG SIBUK TAPI I'M HAPPY


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

wahhhhhhhhhh lamanyaaaaaaaa x update .. sure ramai rinduu .. ekekkeke * perasan ..
akk memang banyak update di FB .. disini semakin hari semakin kurang .. x tahulah agak2nyee dah nak terkubur kuttt huhuhu .. apa2 punn macam arinie akk terasa nak update mengenai sebahagian kisah2 kami .. pun x banyak yg nak diperkatakan .. cuma apa yg dpt akk katakan I'm happy of what i'm done now ;)


sewaktu menjadi salah seorang speaker bagi topik retailing didalam Event Herbalife Oppurtunity Meeting
alhamdulillah selesai dengan jayanya ;)


pic lama .. ahahha anak dah nak masuk tahun baru .. minggu depan dah nak sekolah .. baru dpt up entry pasal majlis konvo dia ekekeke .. x perlah kann .. janji ada entry ;)


anak teruna kesayangan .. adehhh skrg dah semakin paham tugas ibu ... alhamdulillah x menrungut sbb sentiasa ada disisi dia dan kakak2 ... hati mu senang sbb hari2 dpt tgk anak2 membesar depan mata .. kalau dulu hanya dpt jumpa sejam dua shja .. lepas tuu keletihan dan tidur + hari minggu aje ..

skrg syukur allah permudahkan dengan dpt bersama anak2 setiap hari dan masa .. tgk proses pembelajaran dan pembesaran mereka .. hari2 rinduu dengan mereka nie ... nak2 dalam cuti sekolah , lagilah banyak xtvt bersama mereka dibuat . Aduhhh fenin .. nak2 bab buat makan nie ekeke .. tepu kejap .. sbb hari2 kena masak ekkeke ...

syukur atas rezeki yg allah berikan .. apa yg akk boleh katakan
LIFE MORE EASIER & FUN now !!!!!!!!!!

kesempatan ini akk ingin ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2014

untuk anda semua diluar sana .. kepada yg sudi singgah dan baca .. x jemu2 singgah walau akk dah jarang update I LOVE U SOOOOOOOOOO MUCH !!!!!
dan semoga allah sentiasa memberikan rahmat serta hidayah di tahun baru ini .. aminnnn

Friday, December 20, 2013

DUGAAN ITU UJIAN ALLAH : AKU REDHA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

bicara jumaat yg indah ini di buka dengan kata2 terima kasih atas kunjungan kalian semua yg tidak berbelah bagi dengan entry mengenai bencara banjir yg lepas , sebenarnya ia bukan rumah akk TETAPI rumah mak saudara di kunatan . Walau bagaimanapun semua kata2 semangat anda semua menjadi halwa manis tatapan akk setiap masa .. terima kasih tidak terhingga kerana mengambil berat .

Baiklah hari ini alhamdulillah , tergerak hati ingin menyingkap blog yang sudah sunyi ini .. syukurlah allah tidak menyepikan hati ini dari membuat entry di blog kesayangan ini . Dugaan allah memang menguji diri .. namun akk dan keluarga redha , suami akk xcident minggu lepas .. panjang ceritanya , payah benar nak akak ceritakan disini . Kejadiannya malam .. sewaktu akk , hubby dan zahrien pulang dari kedai utk membeli roti .. x semena2 kami berselisih di selekoh dengan sebuah motorsikal yg dibawa oleh 2 org pemuda ..

aduhh akibat dari ingin mengelak dari kami terjatuh , suami cuba menahan kelajuan motor dengan kaki , malangnya kaki termasuk dibawah pedal dan patah .. dua tulang , besar dan kecil diatas buku lali suami patah on the spot ... subhanallah , mujur suami sempat berhenti dengan brek tangan dan mengelak dari pelanggaran , jika tidak .. tak dpt dibayangkan bagaimana keadaan akk dan anak yg duduk di depan ...

subhanallah .. kesakitan yg ditanggung suami tidak terperi ..sedu hiba melihatkan suami yang berkali2 berkata .. kaki abang patah .. kaki abang patah .. subhanallah .. memang benar kerana x sampai 5 minit kaki membengkak dan lekuk di kiri kanan ... segera dibawa pulang oleh org yg nampak kami .. suami ingin ke rumah org yg pandai berubat org patah di tempat kami ..


ini adalah keadaan hubby masa mula2 patah .. di rumah tok penghulu yg pakar dlm patah nie .. memang masa mula2 tgk tuu sedih juga .. sakit tuhan shja yg tahu .. mengelitik kaki tu ... kalau ada darah masa tuu harus akk bawa ke hsp .. nie x der .. tu yg x bawa tu


alhamdulillah selepas 5x rawatan 2 hari , kaki dah boleh pijak .. syukur allah permudahkan dan memang akk x pernah miss bg hubby minum tea , aloevera , omega dan calcium plus .. syukur lah kerana sangat2 membantu .. sakit pun dah kurang , cuma perlukan rawatan susulan berterusan .. berkat berubat kampung dan makanan sihat herbalife , memang benar2 membantu .. sampai tuk penghulu rasa kagum kerana hubby dah x rasa sakit .. syukurrr allah permudahkan

sesungguhnya dugaan ini sangatlah manis bagi diri akk dan keluarga , ia mengajar akak dan suami erti sabar dan bersyukur dgn ujian ini .. apa yg dia berikan , dan apa yg akk terima pastinya akak terima dengan redha hati ... subhannallahhh ....


Friday, December 13, 2013

KU KUATKAN HATI , TIDAK TAHU KENAPA DENGAN DIRIKU


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

jauhhh sungguh hati utk memulakan tulisan disini .. entah kenapa huhuhu ..sedih dan sayu melihatkan blog yg aku sayangi disini .. tersadai dan terbiar sepi ... komen2 rakan2 ku baca rapi , namunn hati ini bagaikan sepi dan kosong disini .. tidak tahu mengapa .. risau di hati sentiasa ada setiap kali melihatkan link blog ini di bookmark bar .. pandang2 ku jeling2 .. namun tiada gerak hati utk terus menulis ..

tangan seolah kaku .. lidah dan minda seolah terhenti dan tidak seperti dahulu lagi .. tidak tahu dimana silapnya dengan perasaan ini .. ada ketikanya kurasakan blog ini tidak bererti lagi .. entahlah ... noktah terhenti seketika bila cuba utk menjelaskan apa yg dirasa ketika ini ... ku amati apa yg ku tulis .. fikiran melayang membayangkan pelbagai perkara ... hurmmm apalah yg x kena dengan aku ini ... blog dibiar sepi .. mgkin kerana kepadatan jadual harian , tugas2 hakiki mencari rezeki dan keadaan cuaca yg melanda di sini membuatkan hati tiada disini ...

oh ... susah betul nak di ungkap .. namunnn hari ini kugagah kan jua menulis sebarang dua kata .. rinduu itu ada di celah2 hati , ku tarik keluar dengan kekuatan jari ini .. menekan button keyboard dengan doa agar perasaan entah apa2 ini pergi jauh buat seketika ... ku mulakan dengan bismillah .. menitip sedikit kisah seminggu dua kami disini .. di daerah yg dilanda banjir .. subhanallahhh .. dugaan allah maha besar sehingga aku dan keluarga terasa tempiasnya walau tidak lah seberapa .. namun perasaan sayu dan sedih , penat dan lelah membantu saudara mara yg diduga membuatkan hati sering berbicara sendiri .. semua ini milik allah yg mutlak .. dipijamkan sementara buat kami , merasai dan menikmati .. dikala dikehendaki dia pasti akan mengambilnya kembali ... redha dan iklhas , senyum dan gundah merawati hati mereka ini .. perasaan tidak tergambar bila melihat segalanya musnah ..









keseluruhan rumah musnah bagai tiada erti .. hanya sabar dihati kekal merawat minda dan diri .. semoga allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang murah selepas ini kepada mereka

hati aku tetap berdebar2 kerana dijangka gelombang ke2 sedang menanti keesokan hari iatu Sabtu 14hb ini ... daerah pekan iaitu daerah akk adalah yg terakhir air pasang berlalu menyinggah pergi .. semoga diberikan kekuatan kepada kami utk hadapi situasi ini .....



perpustakaan pekan dan kg pelangkah , rumah mak saudara dah pun digenai air sejak minggu lepas .. air seolah menanti dan tidak mahu pergi .. entah kenapa .. inilah yg ditakdirkan kini .. semoga semua berakhir selepas ini ....

ku noktahkan kata2 terima kasih buat rakan2 yg sudi singgah ..doakan akk dan keluarga akk baik dan utk diriku .. doakan aku kuat utk menulis kembali ... semoga sepi dan bosan ini ternoktah nanti .. aminnnn

salam sayang penuh kerinduan buat kalian ! ...


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...