Sunday, June 30, 2013

TAHNIAH BUAT KELANTAN ! GOMO KELATE GOMO KEKAL JUARA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

akhirnya terjawab , pasukan makan budu kekalkan kejuaraan piala FA mereka .. yehaaaaaaaaaaa .. walau akak di lahirkan di JB .. tapi naluri lebih dekat dengan BUDU ekekeke .. adohaiii budu , kalah menang semua hebat di perkatakan di FB , macam biasalah bila ada peminat meluah perasaan suke atau tidak .. soo kena terima .. adat bertanding kan ;)

apa2 punn tahniah juga pada JDT sbb berlawan habis2an .. pastinya nasib akan menyebelahi mana2 pihak yg berhak .. adat bertanding ;)

Pemain Kelantan meraikan jaringan gol pertama oleh Mohd Norfarhan pada minit ke-16. Kelantan dahuli JDT 1-0. -foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan. Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme.

Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.

sumber : mstar


Friday, June 28, 2013

PENGASUH INI GILA KE APE ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

aduhh seram sejuk membaca artikel nie .. nasib baik kanak2 berusia 2 tahun tuu cepat2 diselamatkan .. kalau tidak .. entah mati budak tuu dikerjakan oleh pengasuh nie .. meroyan ke ape .. aduhaiii kalau boleh hantarlah anak2 ke nursery , jangalah hantar ke pengasuh , kita x tahu emosi pengasuh nie .. kalau di tadika @ nursery , ada ramai org , bila ada salah seorang penjaga yg emosi mgkin kawan2 yg lain boleh bantu atau diberikan cuti .. haaa kan .. x der lah anak2 kita jadi mangsa ! huhuhu


Ibu dakwa kepala anak dihantuk ke dinding

Subang Jaya: Seorang ibu mendakwa anak lelakinya bukan saja dihantuk kepala di dinding, malah turut dicurah dengan air selain dimaki hamun oleh pengasuhnya di Taman Puchong Perdana, di sini, kelmarin.

Ibu berusia 31 tahun itu diberitahu mengenai kejadian itu selepas suaminya menerima panggilan dari seorang kenalan memaklumkan pengasuh terbabit sedang ‘naik hantu’ dengan memukul anaknya di kediaman wanita itu.

Wanita itu yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, sebaik saja menerima panggilan dari suaminya, dia terus bergegas ke rumah pengasuh terbabit dan mendapati anaknya yang berusia dua tahun itu berada dalam ketakutan.

“Pengasuh terbabit memaklumkan anak saya terjatuh dan muntah-muntah, namun selepas diperiksa, ada kesan lebam di kepalanya dan saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis selepas jiran pengasuh itu menceritakan apa yang terjadi kepada anak lelaki saya ini.

“Jiran pengasuh itu memaklumkan sering mendengar tangisan serta jeritan anak tunggal saya dan pada masa yang sama wanita itu memaki hamun dengan kata-kata kesat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sebuah pusat perubatan semalam.

Menurutnya lagi, sejak tujuh bulan anaknya dihantar ke rumah suspek, kanak-kanak itu sering muntah-muntah ketika dalam jagaannya, dan pemeriksaan doktor turut tidak menunjukkan sebarang penyakit.

Katanya, dia kini menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan berharap sekiranya benar anaknya didera, wanita terbabit akan menerima balasan yang setimpal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Bukit Puchong, dekat sini, kira-kira jam 10.20 malam kelmarin. “Terdapat saksi mengatakan pernah melihat suspek menghentak kepala mangsa ke dinding.

“Kanak-kanak terbabit kini sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan dan kita siasat kes ini mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak,” katanya.

petikan : hmetro
 

APA YANG LELAKI PERLU TAHU


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

adakalanya lelaki perlu tahu



alhamdulillah dengan seadanya suami ku .. walau ada kekurangan disana dan disitu .. insyaallahh semoga setiap hari allah memberikan ia peluang utk berubah .. aminnnnnnn


Thursday, June 27, 2013

KENAPA TIDAK SERIK ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

entah lah .. x paham .. mak sakit .. dia buat lagi ! .. x serik kah .. anda kenal siapa yg dimaksudkan ?
hurmmmmmmmmmm x tahu nak kata apa dah !


Pelakon gian dadah tidak serik

Ampang: Seorang pelakon lelaki yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes 
dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam kerana disyaki melakukan kesalahan sama. Pelakon berusia 30-an itu ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu.

Sumber polis berkata, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah berkenaan. “Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.

“Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah,” katanya.  Berikutan itu, katanya, pelakon terbabit kini ditahan dan polis dijangka mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya hari ini.

Menurutnya, pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, pelakon berbakat itu ditahan pada Mac 2010 dan penahanannya ketika itu mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara.

Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi Harian Metro, malam tadi mengesahkan penahanan pelakon terbabit.

sumber : hmetro

mereka cakap dia ...
x silap lagi

 pic : abang nara

ps : kesiann mak dia huhuhu ( seniwati azean irdawaty )


NENDA YANG SEMAKIN UZUR BADAN DAN FIKIRAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

usia dah menginjak ke 90 tahun .. alhamdulillah nenda akak nie memang sihat .. baru2 nie buat timbang kesihatan usia dlman badan dia 65 tahun uuuuu , org lama kan ... makanan mereka x sama macam kita dulu2 .. akar kayu minumannya .. ! .. patutlah dia x duduk diam sekali .. ke hulu ke hilir , adakalanya satu kampung dia jelajah .. rasa nak singgah rumah sesiapa , dia akan singgah , ada sahaja sedara mara yang akan berikan makan ... aduhhh x boleh nak tegah kesukaan berjalan dia tuu .. tapi nasib baik dia tahu jalan pulang dan adakalanya di bawa pulang oleh sedara mara yang menjumpainya ..

walau dia ligat berjalan , nenda sebenarnya dah semakin uzur dan semakin kurus .. bertambah dengan fikiran yang tidak berapa nak ingat .. banyak bercakap sorang .. adakalanya apa yg di ceritakan jarang sekali kami paham .. boleh dikatakan hanya 30% shja yg boleh di percayai .. selebihnya dia suka berilusi .. sedih pula melihatkan perjalanan dia skrg nie ... skrg nie akak dan ummi memang menjaga nenda .. kemana sahaja pergi kami akan bawa sbb dia yg memang nak ikut .. suke berjalan .. makan pakai semua kena tgkkan .. kalau tidak dia memang x boleh nak bezakan yang mana dah lama pakai dan baru dipakai ..

 dia suka makan nasi .. pagi nie tadi akak buat kuehtiaw grg tapi dia nak nasi juga ..


akhirnya x luak mana pun ... tekak dah biasa makan nasi ... nak tunggu nasi juga ..
akak masak nasi pagi2 .. sbb nasi mlm tadi basi pula .. dah rezeki ayam kan ..

setiap hari bertanyakan " esok raya kan .. x masak rendang ke ?? meh potong ayam ... " aduhhh sedih mendengarnya .. kadang2 kami cakap ... " lama lagi nak raya mak ! ... puasa pun belum " ... tapi lama lepas tuu dia cakap lagi .. tanya lagi ... dia suruh kami masak ketupat .. x buat kuih raya ke ... huhuhu

semoga panjang umurnya ke Hari raya nanti .. tapi x guna dahh sbb dia memang x akan tahu .. baginya hari2 dia rasakan hari raya .. nak2 kalau kami pakai baju cantik2 nak gi kenduri .. huhu

Brad Pitt & Angelina Jolie Mahu Tambah Anak


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

Untungnya bila org kaya nie kan ... nak semua benda boleh dpt , sampai nak tambah anak punnn x kesah .. ambil anak angkat seramai mana .. pasti meriah dan bahagia hidup dikelilingi anak yang pelbagai pesen dan rupe .. macam si angie dan brad nielah .. seronok tgk keluarga mereka yang meriah dengan anak2 ..
hai lahhh kalau akak kaya raya macam mereka juga , rasanya nak ada anak angkat ramai2 .. ada ramai pembantu dan boleh tgkkan mereka .. bahagianya hidup sebagai anak selebriti yang mempunyai segalanya ..

angie dan brad bersama anak2 mereka

HIDUP bersama enam orang anak nampaknya belum cukup buat pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie apabila mereka dikhabarkan mahu menambah seorang lagi anak angkat. Menurut laporan The Sun Angelina tertarik untuk mengambil seorang anak perempuan dari Yordania, Syria selepas mengunjungi kem pelarian di negara itu.

Selain itu, Brad dan Angelina juga mahu menambah seorang lagi anak kandung dan jika dikira, pasangan itu bakal memiliki seramai lapan orang anak. Bagi Brad dan Angelina, lebih ramai anak adalah lebih baik," kata sumber.

Saat ini pasangan itu telah memiliki tiga orang anak angkat sebelum ini iaitu Maddox, 11, dari Kemboja, Pax, 9 (Vietnam) dan Zahara, 8, (Etopia). Manakala tiga orang anak kandung iaitu Shiloh, 7, yang lahir di Namibia serta anak kembar Vivienne dan Knox (4 tahun) pula lahir di Perancis.

sumber : mstar


Wednesday, June 26, 2013

MENIKMATINYA DALAM CUACA SEKARANG !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

jemput makan semua
terkejar2 kesana dan kemari .. seriuss cakap akak sangat2 lah sebuk skrg nie huhuhu .. syukur dgn rezeki yang akak nikmati skrg ... apa2 pun nak pi amik anak sat !

sat gi sambung BW naaaaaaaaaaa


nie buah belimbing tanam sendiri .. mak saudara sebelah rumah punye
kalau beli panjang2 kan .. nie kemetot semuanya ..
ok lahh .. cuaca skrg makan lak dgn asam boy ... mak aihhhhhhhhh sampai x sedar habis sebekas !
kenyang ... shake ! sudah semestinyaaaaaaa ;))




WATAK MERIDA DARI FILEM BRAVE VERSI REAL


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa uolss ingat citer animasi BRAVE ... haa ala kisah puteri berani tuu .. skrg dah ada yg buat cosplay dia tau .. sangat nampak real budak nie .. ;)

Ini ialah cosplay watak Merida dari filem animasi 3D Brave yang cool. Ianya hasil kerja Angela, seorang cosplayer berumur 15 tahun yang berasal dari Long Island New York.




 real kan .. macam2 skrg nie .. dunia dah semakin canggih dan manusia mempunyai pelbagai citarasa yang memang kadang2 melangkau akal dan fikiran .. tapi gadis ini dikatakan real , bukan membuat pembedahan utk medapatkan cosplay nie .. kira puas cari lah kan ... kita nie kan ada 7 wajah serupa .. x kiralah dia islam atau tidak .. itu dah ketentuan allah ... ;)

tapi budak nie memang ada akan2 sama ngan watak puteri dlm filem BRAVE tuu .. akak dah tgk dua kali .. ngan baju2 dia tuu .. memang sama ekke ;)

Tuesday, June 25, 2013

MAKAN NASI KENDURI


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

alhamdulillah last week berlangsungnya majlis perkahwinan dua pupu akak ,
syukur lah semua berjalan lancar di pihak pengantin lelaki .. rewang dari hari jumaat membawa ke
hari ahad majlis berlangsung , macam biasa akak memang x ambil gambar utk acara rewang
nie .. malas .. kita tgh sebuk2 nak ambil gambar lak ekeke .. padahal nak sgt ambil gambar kan ..
acara gendang dan silat pun ada , tapi x der minat nak ambil gambar sbb dah selalu tgk huhu ;)

ok .. apa2 punn jom tgk pic aje lah ;) keletihan dan kemengantukan .. semalam mlm 2x terjaga dari tidur huhu

 pic taken by hp baru ekekke .. ok lahh ;)


 tahniah buat ayob & isteri

 ini sahaja yg ku makan .. upss memang skrg akak makan sikit sbb x lalu .. bagus juga bila macam nie .. balik rumah .. sejam lepas tuu akak shake .. baru rasa kenyang ;)

last sekali wajah tuan tanah yg sgt2 simple makeup nyeee ..
skrg suke macam nie .. ikut sunnah nabi .. x moo make up lebih2 woooo
insafff huhuh ;)

ps : hari nie anak2 x sekolah lagi .. akak cutikan mereka , jerebu masih ada disini .. memang x boleh nak kuar lama2 di luar rumah .. soo x tahu nak masak apa huhu ... x der idea :(


SELASA TANPA KATA .. OK !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

serius busy ! .... sorry sgt2 .. update x menentu lately nie .. alhamdulillah banyak order dan urusan Herbalife yg masuk nak dekat2 hujung bulan nie .. bertambah lagi nak dekat puasa .. alhamdulillah .. dah semakin ramai org yg sedar mengenai kesihatan dan nak ubah apa yg dimakan selama ini ... syukurrr sgt2 ..


alhamdulillah .. rezeki dari Herbalife ...
syukur allah panjangkan rezeki ku , akhirnya dpt juga beli hp idaman kalbu , walau tidak secanggih hp zaman skrg yg kuar berlumba2 .. namun apa yg ku dpt ini berkat dari usaha fulltime ku dengan Herbalife , semua jenama samsung .. TV hari tuu pun samsung ekkeke .. nokia C3 lama ku berikan pada hubby sbb dia punya dah lama hilang .. kesiann pula .. skrg dah senang nak ctc hubby ...

syukur lah ... ;))

ok .. sat layie baru nak BW .. nak ke bandar , nak bank in duit order org dan beberapa urusan lagi ..
bye !

Monday, June 24, 2013

Fiza Elite Kini Cantik Bertudung


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

alhamdulillah , semakin ramai artis yg berganjak kepada berhijab lately nie .. syukur allah memberikan mereka hidayah .. sekurang2nya mereka dah berganjak dlm memperbaiki diri mereka

 Memang betullah wanita kalau bertudung memang akan lebih terserlah kecantikannya. Abang Nara tengok memang Fiza Elite lebih cantik bertudung berbanding ketika zaman seksi meksinya dulu. Jutaan tahniah kepada Fiza atas perubahan ini. Alhamdulillah.


Manis kan? Memang sejuk hati memandang wajah Fiza Elite. Semoga Fiza akan terus kekal bertudung. Abang Nara suka style tudung Fiza yang sempoi dan tidak melampau-lampau. Diharap style sebegini pun dapat dikekalkan. Abang Nara tertarik membaca pengumuman Fiza Elite mengenai penghijrahannya di Instagram.
Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia.




 anak dia erkk ??




  x payah berfesyen bagai .. macam nie dah cantik .. simple yet georges ! i LOIKE !
dah rupe wanita arab puunn adee kan .. comelsssssssssss nye lah hai !

pic : abang NARA

 aduhh terkejar2 BW akk nie , sedikit letih dgn urusan kerja .. alhamdulillah ;)

JEREBU DI PEKAN PAHANG : Kawasan rumahku


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

keadaan jerebu semakin parah di bandar pekan , pahang ... dari kawasan rumah ku sekitar jam 8.00 pagi tadi .. memang kelihatan tiada orang yang keluar masuk kampung , mungkin kerana amaran utk berada didalam rumah telah di keluarkan .. ya allahh selamatkan lah kami dari dugaan dari mu ini ...

 dari depan rumah akk


 di belakang , kawasan bengkel suami

sekitar belakang dan kawasan bengkel suami ..

dugaan allah semakin banyak .. harap2 pembenihan awan dpt dibuat dengan segera .. ada yg cakap x dpt buat .. kenapa agaknyee ye ?? semua tu akak tahu dari sumber FB .. x tahulah .. harap semua ini dpt berlalu dengan segera sbb kesian kan anak2 yg mengalami batuk dan bersin bersilih ganti ..


Sunday, June 23, 2013

Jerebu: Semua Sekolah Di Melaka, Kuantan Diarah Tutup Esok


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

sekolah akan ditutup sehari bermula esok .. anak2 bukan main suke bila tahu mereka bercuti .. aduhaii anak ... natuk dan bersin silih berganti .. panas toksah cakap lahh ... tidur 8 jam dgn aircond , kalau tidak berjagalah semalaman .. sib baikk x kerja dah ekeke .. x kerja yg memerlukan akak kuar rumah .. syukurr ;)
sama2 kita doakan agar keadaan ini beransur pulih .. kritikal sgt skrg nie ... kawasan pekan pahang nie memang dah x jelas pandangannya .. memang x duk luar rumah lama2 dah ..


MELAKA: Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar."Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di sini, Ahad.

Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456. Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama.

Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian.
Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam. Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal.

Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.

"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baharu 149 dan Indera Mahkota 107. Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.

"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. BERNAMA


Friday, June 21, 2013

BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN KEMBALI CINTA SUAMI


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

perkahwinan dan alam rumahtangga pastinya ada pasang dan surutnya .. alangkah pedih bila perasaan ini tercalar kembali .. apa yg tidak kena ? apa yang tidak senang dihati ? apa yg tidak puas hati ? nak bercakap seakan terhenti .. hakikatnya ia menyiksa diri ... hati dan nafas terasa seperti tersekat ..


Adakah perkahwinan anda semakin suram dan penuh berliku hingga anda merasakan suami anda tidak cintakan anda lagi? Apa kata anda bila suami tidak cintakan anda lagi? Adakah cinta itu boleh dikembalikan semula?

Sepanjang berlakunya pertengkaran atau perselisihan dalam perkahwinan, ada kemungkinan bahawa setiap pasangan akan berasa untuk mencintai orang lain. Lebih-lebih lagi jika masalah yang dihadapi terlalu besar hingga boleh membawa kepada perceraian.

Jika suami anda semakin menunjukkan perasaan cinta yang semakin hilang, langkah seterusnya perlu dilakukan dengan segera bagi kembali memulihkan keadaan. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan cintanya kembali ialah:

Luangkan lebih masa bersama

Apabila anda menghabiskan masa bersama, pastikan masa itu ialah masa yang berkualiti yang anda rasa masing-masing boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pasangan. Menghabiskan masa bersama sebenarnya akan menjadi susah disebabkan anda perlu menyelesaikan urusan-urusan harian seperti urusan kerja, hal anak-anak dan komitmen-komitmen lain.

Walau bagaimanapun, jika suami anda sudah semakin tidak mencintai anda, nak tak nak, anda terpaksa berkorban dan berusaha untuk pastikan anda dapat meluangkan masa bersamanya. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk meluangkan masa bersama adalah dengan mengajaknya keluar bersama seolah-olah pertemuan kali pertama semasa bercinta dahulu.

Anda boleh menonton wayang yang digemarinya dan makan malam romantik. Pastikan anda langsung tidak bercakap mengenai perkara selain mengenai diri anda dan dirinya sahaja. Selain itu, anda boleh juga merancang percutian hujung minggu yang romantik khusus untuk anda berdua sahaja.

Cintai dirinya dengan sepenuhnya

Selain menunjukkan rasa cinta kepadanya ketika keluar bersama, anda juga perlu mengekalkan dan menunjukkan perasaan cinta itu pada setiap hari dan setiap ketika kepadanya. Buatkan suami anda berasa anda benar-benar perlukan dirinya dan akan mencintainya sampai bila-bila. Jangan sesekali mengkritiknya atau merendah-rendahkan dirinya dalam apa jua keadaan.

Ingatlah bahawa lelaki mempunyai ego yang tinggi. Buat apa sahaja untuk dirinya agar perasaan cinta anda itu lebih terserlah. Selain itu, jika suami anda melakukan sesuatu untuk anda, pastikan anda memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada dirinya .

Elakkan daripada bersikap negatif kepadanya dan hanya memberikan sepenuh perhatian kepada perkara-perkara yang baik sahaja agar suami anda akan kembali mencintai anda.

Bercakap dengannya

Salah satu cara yang terbaik adalah dengan berkomunikasi dengannya. Cubalah untuk menghubungkan kembali dan melihat apa sebenarnya yang terjadi dalam perkahwinan anda.

Cari punca sebenar kepada masalah dalam perhubungan anda dan seterusnya segera mendapatkan penyelesaiannya. Mungkin ini akan menjadi perbincangan yang agak sukar, namun segalanya pasti akan berjalan lancar setelah masing-masing meluahkan perasaan dan pandangan dengan hati yang terbuka. Ini akan kembali menenangkan perasaan dan membolehkan idea-idea untuk menyelesaikan masalah anda akan muncul.

Dapatkan bantuan

Tiada apa yang salah untuk anda berjumpa dengan kaunselor jika anda berasa suami anda semakin tidak cintakan anda. Berjumpa dengan kaunselor mungkin akan lebih berkesan jika pergi berdua dengan suami, tetapi anda boleh juga pergi seorang diri bagi mengenal pasti punca dan cara bagaimana untuk membuatkan suami anda kembali mencintai diri anda.

sumber :pakarcinta

semoga setiap yg berlaku ada kesudahannya .. semoga hati semakin kuat dan tabah hadapi semua dugaan dan ujian ini , kerana allah maha mengetahui dan kaya .. berdoa dan terus berdoa agar semua ini ada penghujungnya kerana langit tidak selalunya cerah ...


MERMAID RECORDED IN ISRAEL? MAY 29, 2013 (EXPLAINED)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

terperanjat tgk video nie ... adakah dunia akhir zaman 1

Real Mermaid Caught on Camera (Seen on Animal Planet) 

 

MACARONI GORENG : X SHAKE LAH ANAK IBU !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah juga hari nie dpt sediakan bfast permintaan amanina & sabriena .. sampai amanina x shake pun pagi nie .. dia siap pesan , akak nak bawa bekal makan kul 10 nanti ibu ... haaa ok lahh .. pagi nie x yah shake , tghari aje .. ikutlah anak janji ada usaha nak sihat kan ... usaha utk turunkan berat badan amanina masih giat dijalankan .. walau masih samar2 sahaja kejayaannyee huhhu .. org tgh selera .. masalah amanina yg utama adalah dia kurang minum air masak ...+ dia masih budak , dimarah sekali paham .. di tegur sekali buat .. dia nak minum sendiri dia masih x tahu kebaikan minum air masak banyak2 .. nak2 bila minum Herbalife ini uhhuh ..

x per2 ibu kuat .. dan yakin anak dara ibu ini boleh !


nuggets & karipap frozen permintaan sabriena juga ;)



 bekalan utk mereka hari ini .. alhamdulillah anak2 suke ..
terutama amanina kan ;)

oh ya uolss semua ada dgr berita tak pagi2 nie .. jerebu di jb sangatlah teruk kan .. sampai ada beberapa sekolah telah diarahkan tutup kan ..

cuaca disini pun adakalanya panas sampai ke malam bahangnyee .. harap2 kita semua berhati2 dan kalau boleh kurangkan lah makan makanan di luar , kalau ada pilihan , belilah makanan yg sentiasa ditutup dan tidak terdedah .. risau dgn tahap kepanasan skrg nie ..
anak2 ke sekolah pun duk pesan suh bawa air banyak2 .. semoga kita semua dilindungi allah .. aminnnnnnnnn



HIDUP PERJALANAN YG PANJANG


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah bertemu lagi kita di hari jumaat yg indah , penghulu segala hari .. sekejap je masa berlalu dan ari ini sudahpun 12 syaaban .. ini menandakan kita semakin hampir dengan Nisfu Syaaban dan menjelangnyee Ramadhan .. syukurrr kita di panjangkan usia dan waktu utk menghirup udara segar yg lagi indah ini ... alhamdulillahhhh




Thursday, June 20, 2013

TAMBANG BAS NAIK ? GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK ? SWASTA ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

inilah dia ... x tahu nak cakap apa dah ... kat mana nyee rakyat didahulukan niee ???
Mula2 harga tambang bas naik ... tup2 gaji kakitangan kerajaan naik .. ok lah kan .. gaji swasta naik tak ?? , dah sah2 yang balik ke kampung untuk beraya x lama lagi nie hampir 100% orang melayu beragama islam kan .... dan juga mereka adalah warga melayu / islam yang duduk di luar bandar , kampung - kampung dan Felda kan ... hurmmmmmmmmm

Pastinya mereka yang tidak berkemampuan nak balik kampung terpaksa menggunakan perkhidmatan bas ini . x fikir ke ?? aduhaiii seriuss akak kesian dgn org2 yg berpendapatan sederhana ini .. nak2 yg bekerja bukan kerajaan ... 

***********

TAMBANG PENGANGKUTAN BAS NAIK
 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.


Kakitangan awam naik gaji 1 Julai

Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320

Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.  Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 


Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. 


sumber : bharian  

 kat mana yang cakap nak bantu rakyat nie ??? gaji naik , tambang naik .. barang naik .. dah tuu ? bukan kee samee aje perginya .. gaji naik nak tampung barang dan perkhidmatan yg naik .. ok lah org kerajaan .. tapi yg bukan kerajaan nie ... nak cekow mana nak tambah yg perkhidmatan naik nie ?? huwaaaaaaa .. kesiannnnnnnnnn redha ajelah kann huhuh

akak x kesahhhh akk x naik bas ! .. akk dah duk kampung aka pekan ... ngehx3 ...
 

Pierre Andre Bakal Bernikah 23 Jun Ini


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

akhirnya anak teruna sorang nie akan bernikah juga ... akak suke dia ngan yana samsuddin .. tapi lagi suke yana ngan sem tuu ! ... kan kan .. apa2 punn semoga selamat ke jinjang pelamin dan bahagia hendaknyee ;)

Jutaan tahniah diucapkan buat Pierre Andre yang bakal melangsungkan majlis pernikahannya pada 23 Jun ini. Pierre telah pun bertunang dengan bakal isterinya, Nurhidayah pada bulan Februari yang lalu di Johor.

 Majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati Selayang pada jam 1 tengah hari. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Pierre dan Nurhidayah atas berita gembira ini. Semoga segalanya akan berjalan lancar buat anda berdua kelak.

sumber : abang NARA



KHAMIS YG X BERAPA NAK SPONTAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

 



alamakkk pose nieee ........ larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk

menu bfast utk anak2 kelmarin .. bila tgk nie rasa nak berbuka dgn kuehtiaw lah pulakkkk huhuhu , macam biasa .. simple sahaja .. anak2 suke macam nie .. soo macam nie ajelah .. janji bahan ada .. dan kali nie dari letak togeh akak letak kobis bunga .. rasa manis2 gitu ;)

Wednesday, June 19, 2013

Watak Kanak - Kanak Kecil Yang Sudah Membesar Dalam Filem Kuch Kuch Ho Ta Hai


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

masih ingat cerita kuch kuch ho ta hai ! .. ahhaha suatu ketika dulu jadi fenomena kan .. yelah kisah remaja membawa ke alam dewasa , sape x tgk angkat keybord balik ke dinding muahhaa jahat akak kannn ! eeke
yelah , rugi sape x tgk , filem paling laku masa tuu .. watak shah rukh yg kacak dengan rani dan kajol yg muda jelita .. skrg masing2 dah tua .. erkk .. sama lah ngan akak yg tgk citer nie kekekek

haa bukan nak cakap pasal shah rukh khan tapi pasal anak dara dia dlm filem nie .. ANJALI ! .. haa dengan budak lelaki yg kira bintang tuu .. haa ingat takk .. x ingat jom lah tgk .. malas betul nak taip2 ekeke

Kuch - Kuch Hota Hai. Filem yang buat kaum hawa habiskan tisu berkotak - kotak. Pelakon watak Anjali dan Sardarji dan dewasa. Makin popular di arena Bollywood. Nak tengok wajah diorang biler dah dewasa?

 ingat tak ??

 ini pula watak yg kira bintang tuuu .. kannn dah besar kan .. handsome .. wajah x berubah punn


lagi wajah ANJALI ( sana saeed) .. sangat jelita !
dia nie kalau tgk ada gaya rani mukhrajee kan .. jadi artis dah niee .. cuma x cam dia berlakon utk filem yg mana .. skrg nie dah banyak sgt filem hindustan yg kuar huhuh

ZAHRIEN BERSYUKURR DGN PEMBERIAN AYAH SU !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

alhamdulillahh .. tiada kata yg dapat mengambar kegembiraan anak teruna akak sorang nie .. dah lama mengidamkan kereta besar ini .. Ini adalah pemberian kedua oleh ayah su dia kpdnya .. bukan main suka .. sblm nie dpt kereta agak kecil dibandingkan dgn yg ini .. dia tergamam seketika bila ayah su buat suprise kat dia .. nak bg masa harijadi dia , ayah su terlupa tarikh .. sekali ayah su dia balik ada bawakan suprise utk dia ! .. haiii hati akak punn berbunga2 .. dia x dah merayu2 nak kan kereta besar lagi ..

sblm nie ayahnya dah cakap , kalau ayah ada duit lebih , ayah akan beli .. skrg lega dihati ayah , penantian anak teruna sorang nie terjawab dgn pemberian HADIAH dari ayah su nyeee .. TQ dik ! .. ko manjakan zahrienn yee ekekek .. apa2 punn terima kasih sbb ingat bday anak aku ! ...

kakak2 nyee melopong tgk .. x pernah dpt mainan besar macam nie kan .. even masa mereka kecil2 punn akak x pernah belikan mereka mainan macam nie .. memang akak besederhana dengan anak2 .. x der mainan besar gabak sbb tahu dan x mahu anak2 terbiasa dgn pemberian yg besar2 .. cukup sekadar mainan di kedai 2 ringgit ... syukur dan x pernah mengeluh ... bila tgk adiknya dpt macam nie si kakak2 semua selalu nasihat dan suruh si adik jaga dengan rapi ... hurmmm syukurrr sgt2 .. ;)

 yg putih ayah Su punye .. yg kuning zahrien punya .. dia siap cakap " adik tahu adik punyee lagi laju dari ayah su ! ... " sekali beul lahhh .. adik akak lak pening kepala dahh eekekek


 dia yg 1st time dpt !

 bukan main baikkk aje .. si amni punn turut serta .. ! ...

 ayah Su sukee sbb dpt belikan hadiah yg zahrien suke ! ... TQ ayah SU .. ;)

 hubby pun teruja !




kann kannn bukan main sukeee ...siap bisik di telinga akak " ibu ... ini hadiah harijadi adik ke ?? bila harijadi adik ?? " hahahaha memang dia x ingat bila .. bagi si kecil zahrien , hari2 adalah hari jadinya ... ;))

serius aku cakap , kalau bukan kerana ayah Su .. adik bongsuku belikan utk zahrien rasanya mgkin zahrien dah hampir lupa keinginan dia utk bermain dgn kereta macam nie .. bila ke mall dia selalu pandang .. ajak ayah berhenti tgk .. cukup sekadar tgk .. dia sangat2 memahami ... tu bila tgk nie .. rasa sebakk dlm hati ... bukan x mampu beli tapi serius akak cakap .. kalau bukan keutamaan akak , akak akan cuba pahamkan anak2 ... alhamdulillah , anak2 sentiasa memahami dan allah lapangkan dada mereka menerima apa yg ibu dan ayah mereka katakan .. semoga allah sentiasa mempermudahkan urusan ku didalam mendidik anak2 ku .. aminnnnnnnnnnnn ;)

ps : TQ dik ! lepas nie .. bday amanina lakk ... ko jgn lupeee ekekkee , acah aje!!


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...