Tuesday, April 30, 2013

Kenapa Allah Tidak Memakbulkan Doa?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

renung2kan lah bersama .. 

Mungkin kita pernah baca,pernah tahu dan pernah terdengar di mana-mana sebab musabab mengapa Allah tidak memakbulkan setiap doa kita. Walaupun, kita berdoa setiap hari, menyebut perkara yang sama dalam setiap doa kita, menadah tangan dengan bersungguh-sungguh untuk memohon kepada Allah tentang sesuatu, tetapi Allah masih belum memberi apa yang kita mohonkan.


Ini kerana,


ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA.


“Janganlah membuatmu putus asa dalam mengulang-ulang doa, ketika ALLAH menunda ijabah doa itu. Dialah yang menjamin ijabah doa itu menurut pilihan-NYA padamu, bukan menurut pilihan seleramu. Kelak pada waktu yang dikehendaki-NYA, bukan menurut waktu yang engkau kehendaki.

(Ibnu Atha’ilah)”

TEMPAHAN KERUSI YANG SIMPLE !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah makan tghari semua ...
senyum x perlu kata apa2 ... ada yg berminat , boleh sms akk atau email ke ieda0106@yahoo.com

hasil tangan hubby saya ... ini adalah tempahan ke 3 dlm minggu ini .. syukur atas rezeki allah .. hanya 250.00 shja satu kerusi .... 

tahan lasak .. x percaya ?? aduhh besi nie .. kualiti besi dan cat yg menjamin ketahanannya .. ;) adehh dah ala2 jurujual lak ekkee ;) 


  
corak kat sini boleh pilih nak macam mana ... haaaaaaa beritahu aje ... kalau munasabah akan di buat ;))
 




JAMBU DAN MACAM - MACAM LAGI .. COLEK KAH ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu sowiii sedar2 dah jam 11.00 rupenya ..
perghh banyak tul benda kena buat .. kira kesibukan kalah duk pejabat nie .. huhuh maklumlah skrg nie akak sorang2 je kat rumah .. ummi akak dari awal2 pagi lagi sejak seminggu dua nie sebuk dgn xtvt muslimahnyeee ngehx3 ... cayuk2 ummi .. teruskan ...

soo secara x langsung kerja2 rumah dari A - Z .. akaklahh yg kena settlekan .. kenalah paham kan ... nie baru settle semua .. tgk email , balas email ... update blog Herbalife ... balas whatsapp .. dan macam2 lagi .... lepas tuu sidai baju ... kemas pakaian ... 
dan paling penting bfast dan masakan utk lunch dah pun siap !! wahhhhhh ;)) macam x percaya kan ... sebab tuu lambat bersiaran agaggaga ...

oh berbalik pada tajuk entry .. seyeesss teringatkan ini ... bila buka folder pic yg memang akak simpan .. teringat makan2 akk dan office mate masa masih bekerja dulu ... last kami makan nie lah di restoran yg biasa2 akak makan tuu .. huwaaaaaaaaa semua dah tinggal kenangan .. huhu    



sedap kan ... huhuhu rasa sampai aje ke tekak nie ...
lepas nie manalahhh nak cari yg sejibik macam nie ????

sowi erkk kpd yg ngandung .. akk x maksudkan uols terliurr .. tapi akak sendiri dah terliur haaaaaaaaaa ... 

Monday, April 29, 2013

BUDAK COMEL BERSAIZ MINI !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Budak perempuan ini bernama Kenadi. Dilahirkan pada tahun 2004 dan mengalami penyakit yang jarang berlaku di dunia. Dipercayai, budak perempuan ini hanya mampu membesar sehingga 75 sm dan berat 4 kg sahaja. Walaupun mengalami penyakit tersebut, keluarga budak perempuan ini menerima beliau seadanya.





sumber :penpatah

allah maha mengetahui atas apa ciptaannya .. sungguhpun anak ini kecil , tetapi dia mendapat kasih sayang tidak berbelah bagi .. sayu aje bila tgk kan kan kan ... ;) betapa bahagianya bila kita memang mendambakan anak untuk menghias kehidupan kita ....



Kalau PAS Berkuasa, Industri Filem & Muzik Kita Akan Hancur – Norman KRU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

serius memang x sangka words nie kuar dari manusia bernama NORMAN ! woweiiiiiiiiii come on lah .. bukan org bias dgn mana2 parti politik ! ... ko nak sokong mana punnn lantak pi lah ko kan ! no hallll kita hidup dlm demokrasi ..TETAPI kenyataan ko yg mengatakan bila tukar pemerintah akan hancur binasalah industri tuu yg buat org benci mehhhh ! 

emoooo sudahhhh .. sama2 lah nilai dan renungkan ................
nielah dia kalau org terlalu cerdik !

Wow. Satu kenyataan yang sangat-sangat berani daripada Norman KRU. Kenyataan yang telah dikeluarkan menerusi Twitter ini telah menjadi satu topik hangat malam semalam. Abang Nara pun cukup terkejut dan tak menyangka kenyataan sebegini akan keluar daripada Norman KRU.


 Secara jujur, Abang Nara tak nampak bagaimana kehancuran boleh berlaku kepada industri seni Malaysia sekiranya PAS yang memerintah Malaysia. Di negara Iran, industri perfileman mereka boleh dikatakan lebih maju dari Malaysia walaupun berada di bawah pemerintahan Islam. Apa pun Abang Nara suka dengan pendapat daripada Faizal Tahir.
  

Memang betul kata Faizal Tahir. Rezeki itu di tangan Tuhan. Kalau nak hancur, bila-bila masa pun boleh hancur. Tak perlu bertukar tampuk kepimpinan. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa dengan kenyataan daripada Norman KRU yang boleh dianggap otai di dalam industri hiburan tanah air.

sumber : abang NARA

macam - macam idiologi BODOH yg kita boleh nampak bila tiba pilihanraya nie kan .. kut yee kena ingat awak tuu islam ... artis ! malu lahh kalau berpandangan macam nie .. 

x kesah nak sokong mana ... hak masing2 tapi bila buat kenyataan macam nie , bukan ke awak memperlihatkan betapa ceteknyaa awak didalam ilmu AGAMA ! ... saya juga bukan lah alim sgt .. tapi kita boleh fikir secara logik lah kan huhuhu sedey ! 

uikkk ter' emoo .. semalam lagi punnnnnnnnnn ;))






QUEHTIAW GORENG DAN MULANYA PERJALANAN YG BARU !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

bermulanya rutin harian akk ... ;) senyum x perlu kata apa2 .. apa yg dirasakan hanyalah happy , relax and lebih menyamankan .. ekkeke ... alhamdulillah allah berikan perasaan ini di pagi isnin .. tiada tekanan yg pastinya ;)

siap semua bfast dan bekalan buat anak2 ... update email , update blog dan BW sikit2 ... syoknya bila dpt buat dengan tenang dan damai .. tadi lepas hantar zahrien ke bank , kuar dan masuk bank ekkee .. maklum sahajalah dah kerja sendiri nie kena biasakan jejak ke bank .. kuar duit dan masuk duit .. settle kan bil2 awal bulan nie ... 

sarapan ringkas dari akk buat family .. macam biasa bangun memang awal utk prepare bekalan anak2 ... dari dulu lagikan dah buat ... so x menjadi hal buat akak .. lepas nie nak menyidai pakaian pula .. haa amacam .. best tak ???




quehtiaw simple tanpa kerang ! ... leceh nak letak kerang pagi2 nie .. soo campak mana yg ada , sutun , udang dan ayam , alhamdulillah syukurrr allah berikan rejeki macam nie ...

ok2 .. semua dah bfast kan .. soo selamat menjalankan tugas hakiki ekekek .. kerja molek2 .. akak pun dah nak start buat kerja akak lak ;))

oh ya .. nak pi solat dhuha kejap ;))




Sunday, April 28, 2013

KEDAI GULA - GULA TERLUAS DIDUNIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ok2 jom pakat2 ramai2 ajak anak2 masing2 ke kedai gula2 terbesar di dunia nie .. kita tgk anak siapa yg x nak balik rumah ! ekkeke atau kita tgk ibu bapa mana yg terpacak kerana kagum ! ahahahah pening kepala nak beli yg mana .. nak pilih yang mana ... kalau ikutkan hati nak beli semua kan kan kan ! .....

Gula-gula sememangnya sinonim dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa, pendek kata kebanyakkan antara kita memang menyukainya dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak menyukai makanan manis ini. Kali ini akan dikongsikan suatu tempat yang pasti akan disukai oleh penggemar gula-gula.

Dubai merupakan salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk melawat setiap daya tarikan bandar ini.




Jadi di sini di kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai. Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari tempat yang menakjubkan seperti di Dubai yang penuh dengan perkara yang luar biasa.

Lagi-lagi Dubai menarik dunia dengan membuat kedai gula-gula terluas di dunia yg dinamakan Candylicious. Luas kedai tersebut mencapai 10.000 kaki. Canopy’a adalah lollipops yang besar-besar dan tersedia juga “pick and mix” dinding (yang juga terbesar di dunia), jadi kita boleh ambil coklat atau gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka! Juga gula-gula M&Ms yg membuatkan pengunjung teringat akan era 80-an.

Konsep Candylicious sendiri adalah fantasi, santai and memori masa kecil , digabungkan konsep kedai gula-gula dengan imaginasi termaju di dunia.
 




sumber : penpatah

serius cakap , kalau akak lah .. akak x bagi anak2 akak masuk .. bila lalu aje larikkkkkkkkkkkkk ekeke .. ye ke .. tapi akak sure teruja nak tgk juga .. sbb zaman kecik2 memang suke dgn warna warni yg pelbagai macam nie .. kalaulah dpt rasa pun dah mujur kan ekekek ...

terbaik lah ! ;)

Saturday, April 27, 2013

WORK STATION BARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Hai semua .. huhuhu lewat bersiaran petang sabtu nie .. nak buat macam mana sejak bekerja sendiri dari rumah begitulah , macam2 nak kena buat .. rasanya sama sahaja situasi bekerja dengan orang uhuhu ...
sayu je ati bila kenangkan hari2 akhir bekerja di UCSA ... bila mengadap komputer nie .. banyak yg difikirkan .. semua berkisar kepada masa depan .. harap2 adalah sinar baru kan ..

kena lebihkan usaha ..



workstation baru sekarang nie ... oklah , simple2 shja ... nak dptkan mood bekerja sendiri kan .. kerja skrg lebih berkisar ke internet DMO lah ... soo memang banyak masa diluangkan di meja ini nanti ... hurmmm insyallahhh rezeki dari allah ada dimana2 .. kita kena lebih usaha dan effort kan .. doakan buat akak ye .. ;))





Friday, April 26, 2013

UAI : SENYUMMMMM I LIKE !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua




amacam ! ... ;))




Adam Corrie Hilang Pendapatan Selepas Dituduh Sertai PAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

pulakkkkkkkkkkkkk aduhhh x pasal2 lahh Adam Corrie nie dimanipulasikan oleh orang2 yg x bertanggungjawab .. dah dia nak jumpa Ustaz Haron Din pun dah jadi takut ..
kenapalah cetek sgt pemikiran penerbit2 drama nie ??? 
huhuh kesiannn dia , orang mencari rezeki untuk tampung kehidupan masing2 .. kenapa hal2 macam nie dijadikan alasan utk menyekat rezeki orang ?? aduhh x paham lah

Adam Corrie ditemani isterinya, Fazema Mohd Fuad ketika membuat laporan di pejabat Persatuan Seniman pada Khamis.


KUALA LUMPUR: Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah hilang mata pencarian sehingga kerugian RM40 ribu gara-gara terdapat laporan mengatakan kononnya dia menyertai parti pembangkang iaitu PAS.

Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak yang disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

"Salah ke saya menghadiri ceramah agama? Kenapa mereka perlu memanipulasikan gambar ketika saya berada di situ? Saya mahu berjumpa Haron Din untuk bertanya kepadanya petua mendapatkan anak cara Islam,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Adam Corrie ditemui di pejabat Persatuan Seniman Malaysia di Taman Melawati di sini selepas membuat laporan berhubung perkara itu kepada presiden persatuan berkenaan, Zed Zaidi.

Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon

Akibat insiden berkenaan dia juga terpaksa menganggur sejak empat bulan lalu yang mengakibatkan dia kehilangan pendapatan kira-kira RM40,000 dalam tempoh berkenaan.

Tambah Corrie, gambarnya dengan salah seorang ahli PAS itu turut dimanipulasikan.
"Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga.

"Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral. "Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf," ujarnya.

info : mstar online 

sekarang nie kita takut pada allah ke pada orang nie ????
konpiussss lah huhuhuhu
rezeki dari allahhhhhh .. bukan orang yg tentukan ! .. kenapa kena tunduk pada benda2 yg x mendatangkan logik nie !! huhuhu emoo dah ! ..




Memey Menangis Sebelum Berhijab – Norman Hakim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah pagi2 jumaat nie baca sesuatu yg sedap didengar oleh halwa telinga ... syukur dipanjatkan kerana masih boleh bernafas menghirup udara segar jumaat yg indah ...

 2 - 3 hari nie banyak kisah pasal MEMEY berhijab nie keluar kan .. suke dgr .. dia nampak semakin manis dan rasanya rata2 peminat yg dulu menyampah dgn memey nie dah mula sukakan dia , ye dok ! .. sejak dia kembali baik dengan ABBY .. yelah benda baik kena sokong kan .. beri pandangan kita sebagai peminat mereka x salah kan ... sooo tahniah dari akak dan tahniah juga buat Norman dan Abby ... semoga dengan penghijrahan ini memberikan lebih keredhaan dari allah buat mereka sekeluarga .. aminnnnnnnnnnn ;))


Menarik juga kisah penghijrahan Memey Suhaiza yang telah dikongsikan oleh suaminya, Norman Hakim menerusi portal Murai. Terharu Abang Nara membacanya. Memang betullah orang kata hidayah itu sampai tidak kira masa dan tempat.


Kata Norman:-
Sebenarnya sehari sebelum dia berhijab penuh pada hari sukan anak kami, dia ada bercerita yang dia ada terpanggil untuk berhijrah ketika dalam mimpinya. Dia sangat sayu dan sedih kerana hatinya terbuka untuk menerima hidayah daripadaNya. Lalu dia menangis. Sejak daripada itu dia memberitahu dia mahu terus berhijab. Saya gembira dan sejuk hati bila melihat dia manis bertudung.


Yang menariknya, Abby Abadi turut sama memberikan dorongan kepada Memey untuk bertudung. Memang suci murni sungguh hubungan mereka. Makin terharu diri ini dibuatnya. Kata Norman lagi:-
Sebenarnya sebelum ini memang saya pernah menyatakan hasrat saya untuk melihatnya berhijab kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab isteri untuk menjaga aurat untuk suami. Namun saya tidak pernah memaksa dia untuk berubah serta merta. Tetapi saya gembira kerana dia tidak mengambil keputusan yang lama untuk berhijab penuh. Selain saya, Abby juga memang banyak memberi dorongan kepada Memey. Makin lama hatinya terbuka untuk berhijab tanpa paksaan

sumber : abang NARA

terharu baca bila ABBY cakap dia x nak gaduh2 dah dgn NORMAN sbb sayangkan anak2nya ... huhuhu dia x mahu anak2 dia merasakan ada jurang antara mereka berdua .. yelah mereka sahaja bercerai tapi anak2 tidak .. jadi tindakan ABBY itu sangatlah wajar dan sepatutnya menjadi contoh buat kita isteri2 nie ... insyaallahh sama2 kita doakan abby dan anak2 bahagia selalu ..

For akak , always sokong abby dlm apa jua tindakan dia melainkan tidak melanggar lunas2 didalam islam .. insyaallahhhhh .. ;))



Thursday, April 25, 2013

NASI GORENG PEDAS MELATOPS !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akhirnyaa dpt juga makan nasi goreng mantopss di kedai yg sama tu ... huhuhu tetiba rasa sebak sbb esok last dpt merasa makan di kedai tuu .. huhuhu



nasi goreng pedas dambaan kalbu .. terbaik lah abang tuu masak ..
tukang masak baru ... ekekkeek




KERAK DI KEPALA BAYI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ok ... baru2 nie ada info pasal bb dan kerak di kepala bb .. ermm dulu akak x pernah alami semua nie .. tapi ada juga dgr , pelik juga ada benda2 macam nie di kepala bb kan .. selalu juga jumpe bila pergi melawat bb baru lahir .. tapi seyes cakap anak2 akk x pernah alami semua ini .. bila baca artikel nie .. barulah paham .. jom baca ! ... ;))


Sekiranya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, ia adalah cradle cap atau kulit berkerak.

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi. Sementara itu di kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin menyedari keadaan yang sama berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya.

Apa punca kerak?
Puncanya masih tidak diketahui secara spesifik. Tetapi kita maklum ia bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau alahan. Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang lebih serius.

Sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan  menyebabkan rangsangan lebih penghasilan kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala.

Kerengsaan daripada yis yang membesar dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan sedikit kegatalan kepada bayi.

Bagaimana merawatnya?
Sebenarnya anda tidak perlu membuat apa-apa, tetapi jika rasa terganggu, berikut beberapa cara yang boleh dicuba:

*Urut perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan jari anda atau brus yang lembut untuk melonggarkan kerak tersebut.

*Syampu rambut bayi lebih kerap (setiap hari), tetapi pastikan dibilas dengan betul.

*Selepas syampu, berus perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan berus lembut atau tuala lembut.

*Ada ibu bapa yang berjaya menanggalkan kerak dengan kaedah bersyampu tetapi jika kerak jenis yang degil, anda boleh cuba menyapu minyak bayi.

*Guna minyak bayi jenis almond atau minyak zaitun. Sapukan pada kulit kepala bayi. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, perlahan-lahan sikat kepingan menggunakan sikat gigi atau berus lembut.

*Pastikan ia diikuti dengan membasuk kulit kepala bayi dengan syampu bayi yang lembut.

*Anda boleh juga biarkan sapuan minyak tersebut dikepalanya bagi membolehkan pori tersumbat dan menyebabkan kepingan tertanggal.

Perlukah berjumpa doktor?
Jumpa dengan doktor apabila keadaan kerak di kepalanya bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi. Doktor mungkin mencadangkan preskripsi syampu kelemumur atau jika kulit kepala semakin teruk, ubat krim kortison dicadangkan.

Sekiranya, jangkitan yis menjadi punca masalah, doktor akan mencadangkan penggunakan ubat anti kulat.

info : pama & FB

oh ya .. utk entry yg lepas tuuu ...
I nak berhenti tau ! huhuhuhu esok last day kerja :( bukan nak terus berkhidmat huhuh .... 

doakan I yee semua ...
semoga ada rejeki yg lebih baik dan muai didalam bidang yg akak sedang ceburi ini .... doakan tau ! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



SPONTAN KHAMIS : 13 TAHUN BERKHIDMAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

13 tahun berkhidmat .... kenangan terpahat kemas didalam hati ...


dari tahun pertama sampai kini ....
yang terbaru ada .. tapi masa nie x jumpe cari ekekke ;)

Wednesday, April 24, 2013

ASAM PEDAS , PUCUK PAKU GORENG DAN TELUR MASIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa ahhaha lauk dimasak tghari tadi .. tapi akak makan baru sat nie ! aci ... ekkeke x sempat nak makan dah tadi .. punyelah sebuk kan .. kalah menteri ! muahhahahahah
apa2 punn menu simple sahaja nie .. tetiba rasa nak makan pucuk paku .. nampak di pasar rabu tadi .. haa ape layieee rembat lahhh ... ;))

 asam pedas kegemaran ayah !

pucuk paku grg kegemaran akk dan suami !
sedapp nie wooooooooooooo ngehx3 ...


 lagi sedap ! muahhahaha tetiba ada telur masin .. akak jarang buat nie ..
entah mimpi apa nak buat nie ari nie ...

tadaaaaaaaaaaaaaaa simple punye menu .. masak 1/2 jam shja ..
semua bahan dah siap2 dlm peti .. macam biasa main campak2 shaja ...
sedap lak tuu muahahhaha puji diri sendiri lah wehhhh !!! ;))

oh yaaaa semua dah makan kan .. ok lah akak tayang petang2 nie .. ekekeke aduhh kelam kelibut sikit akk ptg2 nie .. sat layie nak amik anak2 balik sekolah mereka ada KO-K ... haaaa hurmmmm lepas tuu nak lipat kain lak .. hurm ! .... cam nooo nak jadi business woman nie ! lebih rasa x cukup masa dari bekerja nie .. huhuhu



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...