Friday, December 20, 2013

DUGAAN ITU UJIAN ALLAH : AKU REDHA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

bicara jumaat yg indah ini di buka dengan kata2 terima kasih atas kunjungan kalian semua yg tidak berbelah bagi dengan entry mengenai bencara banjir yg lepas , sebenarnya ia bukan rumah akk TETAPI rumah mak saudara di kunatan . Walau bagaimanapun semua kata2 semangat anda semua menjadi halwa manis tatapan akk setiap masa .. terima kasih tidak terhingga kerana mengambil berat .

Baiklah hari ini alhamdulillah , tergerak hati ingin menyingkap blog yang sudah sunyi ini .. syukurlah allah tidak menyepikan hati ini dari membuat entry di blog kesayangan ini . Dugaan allah memang menguji diri .. namun akk dan keluarga redha , suami akk xcident minggu lepas .. panjang ceritanya , payah benar nak akak ceritakan disini . Kejadiannya malam .. sewaktu akk , hubby dan zahrien pulang dari kedai utk membeli roti .. x semena2 kami berselisih di selekoh dengan sebuah motorsikal yg dibawa oleh 2 org pemuda ..

aduhh akibat dari ingin mengelak dari kami terjatuh , suami cuba menahan kelajuan motor dengan kaki , malangnya kaki termasuk dibawah pedal dan patah .. dua tulang , besar dan kecil diatas buku lali suami patah on the spot ... subhanallah , mujur suami sempat berhenti dengan brek tangan dan mengelak dari pelanggaran , jika tidak .. tak dpt dibayangkan bagaimana keadaan akk dan anak yg duduk di depan ...

subhanallah .. kesakitan yg ditanggung suami tidak terperi ..sedu hiba melihatkan suami yang berkali2 berkata .. kaki abang patah .. kaki abang patah .. subhanallah .. memang benar kerana x sampai 5 minit kaki membengkak dan lekuk di kiri kanan ... segera dibawa pulang oleh org yg nampak kami .. suami ingin ke rumah org yg pandai berubat org patah di tempat kami ..


ini adalah keadaan hubby masa mula2 patah .. di rumah tok penghulu yg pakar dlm patah nie .. memang masa mula2 tgk tuu sedih juga .. sakit tuhan shja yg tahu .. mengelitik kaki tu ... kalau ada darah masa tuu harus akk bawa ke hsp .. nie x der .. tu yg x bawa tu


alhamdulillah selepas 5x rawatan 2 hari , kaki dah boleh pijak .. syukur allah permudahkan dan memang akk x pernah miss bg hubby minum tea , aloevera , omega dan calcium plus .. syukur lah kerana sangat2 membantu .. sakit pun dah kurang , cuma perlukan rawatan susulan berterusan .. berkat berubat kampung dan makanan sihat herbalife , memang benar2 membantu .. sampai tuk penghulu rasa kagum kerana hubby dah x rasa sakit .. syukurrr allah permudahkan

sesungguhnya dugaan ini sangatlah manis bagi diri akk dan keluarga , ia mengajar akak dan suami erti sabar dan bersyukur dgn ujian ini .. apa yg dia berikan , dan apa yg akk terima pastinya akak terima dengan redha hati ... subhannallahhh ....


33 comments:

  1. alahai kak...sedih pulak hati izwa baca kak..

    semoga husband akak cepat sembuh ye kak..

    ReplyDelete
  2. sedih ngan takut .. tp alhamdulillah
    semoga hubby akak semakin sembuh dan pulih hendakNya....

    bukan senang nk jumpa bomoh patah skrg ni .... ssh dah kat Langkawi nu ... ramai yg dah takde ...meninggal ..

    ReplyDelete
  3. ya Allah kak..
    sedih saya bc n3 kak ni..
    seorang lelaki hati dorang mmg cekal kn kak..tk nanges
    sakit tu kak..huhu..
    alhamdulillah suami kak dh pulih.
    sabar ye kak..

    ReplyDelete
  4. Semoga husband ieda cepat sembuh,sabarlah atas dugaan ini ok.

    ReplyDelete
  5. Moga en. suami cepat sembuh hendakNYA..
    Syukur takde kecederaan lebih teruk.

    ReplyDelete
  6. perkara nak jadi sekelip mata je kan Ieda... akak pun pernah laluinya baru2 ni 10 hari sebelum raya. suami akak jatuh motor & patah 2 tulang rusuk.. apa2pun kami bersyukur kerana tidak membabitkan perkara yang lebih teruk & tidak diingini... syukurlah suami masih berada disisi kita hingga kini.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. nasib takda yang buruk berlaku kan..

    Alhamdulillah makin ok

    ReplyDelete
  8. Syukur alhamdulillah tiada perkara lebih buruk berlaku kan. Semoga suami akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  9. semoga husband akak kembali sembuh dan dpt berjalan yer.. sabar yer kak..

    ReplyDelete
  10. Bagus la kan, walaupun urutan cara kampung, tapi tetap ada balut dan penahan kaki camtu. Macam moden juga.

    Syukur, semakin pulih. Bertabahlah ya

    ReplyDelete
  11. rindu nya sy kat akk.dgn entry makan makan akk tu.lama x dtg sini.

    ReplyDelete
  12. dugaan betul ye kak... moga suami akak kuat n cpt sembuh kaki nyer....

    ReplyDelete
  13. aduh! sy pnh rasa apa yg akk rasa, hubby excident, anak yg perempuan tu patah tangan, Ya Allah peritnyer...apa2 pun kita kena redha & sabar...

    Sga Hubby akk cpt sembuh yer..

    ReplyDelete
  14. Laa...ujian dari Allah sebagai tanda kasih sayangNya...insyaallah didoakn semuga sabar dan cepat sembuh ye..sesungguhNya Dia lah penyembuh..amiin

    ReplyDelete
  15. sedih baca.. hope suami akak cepat sembuh & kembali macam biasa..

    ReplyDelete
  16. Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa...

    ReplyDelete
  17. xdpt el bayangkan kejadian kemalangan tu kak..ngeri betul nasiblah suami akk cepat2 tekan break tgn tu..
    tabahlah keluarga akak..setiap ujian tu mesti ada hikmahnya dan Allah menyayangi hambanya.bersyukurlah kak..semoga suami akk cepat2 sembuh sedia kala..dan akk pun sihat2 hendaknya

    ReplyDelete
  18. tak perlu ke hospital.. hebat juga perubatan tok penghulu tu.. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  19. ya allah kak, ada hikmah disebalik
    kejadian ini, semoga suami akak segera sembuh, untung suami akak punya isteri yang baik dan insan2 yg tersayang di sekelilingnya

    ReplyDelete
  20. Teman doakan suami akak cepat sembuh... amin.

    ReplyDelete
  21. salam kak ieda..lama tak kunjung blog ni..byk cerita terlps..sedihnya baca n3 ni..namun stp dugaan tu ada hikmahnya..alhamdulillah dah beransur pulihkan..mana2 supplement ini bagus utk kesihatan si samping ubatan moden :)

    ReplyDelete
  22. mmg sgt sakit tu kak.semoga suami kak ieda cepat sembuh,inshaa Allah.

    ReplyDelete
  23. alahai... sy nyaris langgar anak jiran sbb keluar melulu dr simpang belakang rmh. smlm dia jatuh basikal.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah, semakin sembuh kaki suami akak..kak, hanya berubat kampung saja..langsung tak bawa ke hospital?

    ReplyDelete
  25. Alahaikan simpatinya saya dengan akak.Dengan rumah dilanda banjir,diduga pula dengan kemalangan ini semoga akak terus tabahnya..insyallah dengan izinNya suami akak akan pulih seperti sediakala nanti..Salam dari kejauhan ye kak

    ReplyDelete
  26. Semoga asben akak cepat sembuh dengan sepenuhnya..

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah semakin pulih

    ReplyDelete
  28. Sedihnya.. moga suami cepat sembuh..

    ReplyDelete
  29. Ya Allah.. ngeri dengarnya.. moga suami cepat sembuh yea..

    ReplyDelete
  30. Kesiannya...
    Nape tak rujuk hospital juga kak?

    ReplyDelete
  31. ngerinya...syukur alhamdulillah keadaan bertambah baik..moga semua akan kembali elok sentiasa tabah ya..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...