Saturday, September 14, 2013

Nama Anak Diana Danialle, Muhammad


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

dah lama x dgr kisah D nie kan .. comel dia sama macam dia x ada anak lagi .. inilah kelebihan berkahwin awal dan mendapat anak .. ibu mudeee .. i LOIKE !

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danialle, 22, mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad Farid Kamil. Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata, pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. “Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” katanya yang ditemui ketika menemani Farid pada Malam Gala Filem Dampak, di sini, Khamis.

Diana berkata demikian ketika ditanya mengenai anaknya yang dikatakan masih menjadi rahsia dan hanya akan disiarkan melalui program eksklusif sebuah stesen televisyen swasta.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang hubungan dia dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin, Diana enggan mengulas perkara tersebut.
“Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih,” katanya. Sementara itu, Diana yang masih lagi berpantang itu mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon. “Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,” katanya.
Tambahnya lagi, dia kurang mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya itu ketika dia bekerja. Sementara itu, Diana kini menetap di kampung halaman suaminya di Kedah bagi menghabiskan tempoh berpantang.
“Saya selesa tinggal di kampung kerana lebih aman seperti ketika saya berada di Australia. “Insya-Allah kalau ada rezeki anak kedua nanti saya ingin pergi ke tempat seperti itu lagi,” katanya. Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang.
sumber : bharian

akk kawin awal juga .. 24 ..tapi baru dpt cahaya mata 26 tahun sbb memang plan umur tuu , alhamdulillah .. itulah dinamakan takdir kan .. tiada siapa dpt elakkan huhu .. apa kes dia dan IBU dia erkk .. walau bagaimana sekalipun ibu itu adalah ibu kita .. itu kita kena ingat selalu kan ;)

oke2 .. HAPPY SATURDAY & enjoy ur weekand !


21 comments:

  1. Bagus nya.. nama mudah dan bermakna. Jarang orng sekarang ysng buat macam tu

    ReplyDelete
  2. kak ieda genglah anak diana dan anakku ewaahhh!

    ReplyDelete
  3. sian lak pd ibunya, udah le cuma punyai anak tunggal..

    urmm betul tu.. baik buruk dia tetap ibu yang mengandung, melahir & mendidik kita menjadi insan yang berguna..

    ReplyDelete
  4. tahniah buat diana n farid kamil.. smoga diorang berbaik2 dgn org tua diorang..

    ReplyDelete
  5. kesiannya ibu dd.mesti dia teringin nak gomol2 cucu sulung anak tunggal dia

    ReplyDelete
  6. Nama anak yang simple dan bermakna :)

    ReplyDelete
  7. simple aje namanya, senang nak sebut n tulis, tulah kak apalah kontroversi diorg ni

    ReplyDelete
  8. mesti ibu diana sayang nak lepaskan dia pada org lain sebab seblom ni kan mereka berdua..comel anak dia

    ReplyDelete
  9. bagus kan D ni.. wpun dia mix tp humble sgt.. suka dok kampung, nama anak pun simple je.. ;)

    ReplyDelete
  10. aah, lme x dengar cite dia..
    comel kan anak dia.. :)
    Alhamdulillah jugak rezeki akak dtg time akak inginkan nya :)

    Lama x singgah sini, ehehee

    ReplyDelete
  11. sedap nama anak DD. Tp knp hbgn ibu dan DD dingin ek..kesian ibu dia mesti kepingin nk dukung cucu..huhu

    ReplyDelete
  12. semoga cpt2 bebaik dgn ibu beliau

    ReplyDelete
  13. Semoga hubungan antara Diana & ibunya kembali terjalin mesra bak kata pepatah Buang yang keruh ambil yang jernih

    ReplyDelete
  14. jarang ada artis yang letak nama anak ringkas macam tuh...

    ReplyDelete
  15. simple tapi penuh makna... cuma didiklah seindah namanya...

    ReplyDelete
  16. Yg mudah tuh lg bgus kan kak..mksud yg sgttt bgus..yg terpuji

    ReplyDelete
  17. entahlah kak, isu dia dgn ibu dia tu bagaimana...kita doakan hubungan mereka baik-baik saja

    ReplyDelete
  18. muda lagi dh jadi ibu kan.. bestnyeee..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...