Monday, September 16, 2013

Leina Hangat Berhijab, Enggan Lihat Gambar Lama


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

rasanya ramai yang cuti hari nie kan ? cuti HARI MALAYSIA ... hurmm macam akak cuti atau tidak bezanya hanya anak2 dirumah sahaja .. bagi akak sejak habis syawal , agenda akk sentiasa penuh .. penuh dgn xtvt bersama Herbalife , alhamdulillah memang seronok sangat2 .. baru terasa pengorbanan akk selama ini dihargai dan tidak disia2kan .. barulah semangat semakin membara bila segala kerja yg kita lakukan mendapat penghargaan dan pengiktirafan orang kan ..

ok2 .. x mo membebel panjang pagi2 nie , akk nak sharing kisah penyanyi Liena Hangat nie .. aaa uolss kenal kan .. dia dah berhijab ! alhamdulillah allah bukakan pintu hati dia dan berikan petunjuk , dia bukan sahaja berhijab malah sudah semakin sedikit melupakan kisah lamanya .. seronok baca .. insyaallah semoga allah sentiasa memberikan hidayah kepada umat2nya yg ingin berubah .

perasan dok wajah dia .. lain sangat kan ;)

PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik. "Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama. Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat. "Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.
Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya. Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.
"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang. "Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya. Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
sumber : mstar

berhijab dan menutup aurat bukan sekadar menutup apa yg tidak boleh dilihat yang bukan muhrim malah menutup aurat besar lingkungan maknanya .. semoga kita sentiasa belajar dan terus memahami apa itu erti aurat dan berhijab .. semoga allah sentiasa melindungi kita dari melakukan perbuatan yg hina disisi allah subahanawataala .. wallahualam ..

nak BW lah hari nie .. semalam seharian x dpt .. sbb ada hal .. tghari nie ada lunch treat dari BOSS besar (upline) KL .. debar2 pula nak jumpe .. syukur atas rezeki yg allah berikan ;)



27 comments:

  1. salam akak....wah..cantiknya dia kan..patut la dah lama menyepi...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, walau bertudung tetap cantik gitu

    ReplyDelete
  3. semoga Allah memberi Leina Hangat rezeki yang lebih baik dari menyanyi :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah berubah ke arah yg lebih baik, nmpk cantik liena bertudung

    ReplyDelete
  5. Tumpang gembiralah dengan perubahan ke arah kebaikan ni...

    ReplyDelete
  6. Alhmdulillah ...cantik sangat bila bertudung....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah pintu hati dia dah terbuka utk berubah

    ReplyDelete
  8. ibu eiqa baru sebut nama dia td..
    Tapi tpai eiqa x kenal dia siapa, ehehheee
    Pape pun Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. bila sebut leina x kenal.. bila baca leina hangat baru teringat.. hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Kta adalah kita pada hari ini, bukan masa lalu. InshaaAllah. Perubahan yang baik :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. lama tak tengok dia..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..suka tengok penampilan baru dia.Semoga kita semua terus dilindungi dalam menjaga aurat kita sebagai wanita muslimah

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah... semoga aurat kita juga sentiasa terpelihara

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah... akhirnya terbuka juga pintu hatinya utk berubah..

    ReplyDelete
  15. namapak lain sbb liena pakai spec kot kan.

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.... mmg nampak lain...

    ReplyDelete
  17. semoga kita sama2 memperbaiki diri.. yang baik jadikan teladan mana yang buruk dijadikan sempadan...

    ReplyDelete
  18. Baguslah umur pun dah 40 bukan muda lagi. Syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  19. ALhamdulillah.. akhirnyakan...

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah suka dgn perubahan beliau !

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...
    Dia dulu memang kemain seksi lagi kan....

    ReplyDelete
  22. sangat lain...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, syukur dah mula bertudung.. moga ramai lagi artis kita yang bertudung..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...