Tuesday, August 27, 2013

LOGO KEMERDEKAAN YG PADA AKU LEBIH TENANG MATA MEMANDANG !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

wah2 .. tajuk x hinggat ekkeke .. dah lama x bersiaran tetiba citer pasal MERDEKA ! wahhh sadasss ieda erkkk yelah .. x lama lagi kita akan menyambut HARI KEMERDEKAAN malaysia.. ada semangat ke ekeke ....

Cek mintak maaf lah wehhh , lama x update ! huhuhu macam biasa adakalanya mood M memang sangat2 dekat ngan hati cek nie ! haaaa kan dah loghat kedah .. ekekkee .. yelah dik huhuhu nak wat canner ada masa2 dia dtg x leh nak elak dah .. nak tgk blog punn naik maleehh huhuhu ... ok2 nie mood rajin ada berbaki sikit utk hari nie .. tu buat entry tuuu  ... malas citer banyak .. meh kita tgk maksud akk mengenai logo MERDEKA tahun ini ... logo yg boleh akak katakan sebagai tenang mata memandang .. tidak serabut dan sangat comel !


‘MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’ dipilih sebagai tema untuk Merdeka 56 dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke 56. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Sambutan hari Kemerdekaan tahun ini mengfokuskan pada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

 Merdeka kali ini hadir dengan logo yang agak jernih mata memandang dan tiada lagi selitan ’1Malaysia’. Rasional logo: Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.


sumber : abang NARA

persoalan ku disini .. MERDEKA KAH KITA ? 

kenapa aku x rasa bahangnyee ? yaaa kerana sejak akhir2 ini kita hanya merdeka di mulut ! tapi bukan di hati dan jiwa kita .. kenapa ?? dengan tidak merasa selamat nak keluar rumah .. kes bunuh merata2 .. semakin berani dengan nyawa manusia ibarat mainan sahaja .. kes pecah rumah .. paling seriau skrg nie orang pecah rumah bukan kerana orang x ada di rumah .. tapi orang ada dirumah pun mereka berani ! ... kes culik kanak - kanak berleluasa dan anak2 di dera sesuka hati .. dan macam2 lagi yang kita x tahu dan ridak sedar .. huhuhu sedih sebenarnya ... adakah penerapan kemederkaan tahun ini dapat dirasakan oleh semua ... renung2kanlahh .....

ps : ku nak BW lahhh .. huhuh winduuu !

20 comments:

  1. Thn ni x dpt tgk kat dataran..

    ReplyDelete
  2. Cantik logo tahun ni...

    ReplyDelete
  3. baru tau logo thn ni camni bila dtg sini~ ishh tak patriotik ke aku ni hehe.apa pun cantik la logo tu tak serabut sgt

    ReplyDelete
  4. sama lah sy kak.sy rasa mcm mata ni tertarik pandang logo ni.kan kan.

    ReplyDelete
  5. simple n tepat pada matlamat heheheh...

    tp thn ni sgt menyeramkan banyak sgt kes bunuh kt malaysia... dh mcm kt amerika lak

    ReplyDelete
  6. Setuju..

    Merdeka yg tak berapa nak merdeka je rasanya.. Keganasan ada di mana2.. Moga Allah lindungi kita semua dari kejahatan dan mangsa keganasan org lain.

    ReplyDelete
  7. keganasan skng bkn sbb kita x merdeka tp penjenayah yg masih belum merdeka dari sigat -ve mereka...

    sy syg Malaysia ;)

    ReplyDelete
  8. hehehe
    memerdekakan kisah2 silam... :)

    ReplyDelete
  9. sy pun suka tgk logo tahun ni... simple tapi menarik... tema pun cantik... sesuai sgt... :)

    merdeka ke kita.. zahirnya merdeka... dalaman dan batin nya belum kot...

    ReplyDelete
  10. not bad gak kan kak...cantik, simple n kemas jek....dulu2 mase sekolah rajin gak layan cerita pertandingan mencipta logo hari kemerdekaan nie....skrang ni dah slow sikit, seb baik akak up gambar ni, baru tau kak heheheeheh

    ReplyDelete
  11. Salam K.ieda..

    cma baru tau pasal logo kemerdekaan tu..
    huhu...

    semoga negara kita ttp aman & damai..

    ReplyDelete
  12. kemas dan simple kan

    ReplyDelete
  13. ooo ni logo merdeka tahun ni ye...

    erm, betul tu kak ieda, makin takut rasa sekarang ni, mujur malaysia masih aman...

    ReplyDelete
  14. Kalau ikutkan dah 56 tahun merdeka dah tua kan ieda. Kalau manusia dah bercucu pun tapi sana-sini banyak yg belum "merdeka".

    ReplyDelete
  15. remaja sekarang patut memahami apa itu merdeka..

    sedih bila kemerdekaan dipandang sepi...

    ReplyDelete
  16. logo ok tema pun ok..berbanding dengan tahun lepas dari logo sampi ke tema macam taik je..hahah

    ReplyDelete
  17. logo tu satu hal, tapi penekanan maksud kemerdekaan tu yg lebih ptg buat KA

    ReplyDelete
  18. aah, betul jugak ckap akak tu kann.. Macam2x benda jadi sekarang. Hhmmm Pape pun nanti eiqa nk tuntut hadiah dari kak ieda laa 31 ogos nanti, ehehhee Jeng jeng jenggg

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...