Thursday, August 22, 2013

BILA KELALAIAN MANUSIA MERAGUT NYAWA : KEADAAN BAS YG UZUR !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

Sedih dan takziah kepada mangsa terutama yang beragama islam .. saytu melihatkan kejadian paling buruk dalam angka kematian paling banyak .. bayangkan 37 nyawa diangkat oleh allah ke jannah ! .. apa dan bagaimana hanya allah yg maha mengetahui mengambil sekaligus nyawa ummatnye .. kenapa dan untuk apa , persoalan yg adakalany timbul di benak fikiran kita .. adakah ini musibah dan pengajaran dari allah betapa besar nye kuasa allah untuk mengambil dan memberi seperti yg tertulis di LUH MAHFUZ .. dia berkuasa .. dia maha besar .. segala yg terjadi adalah dengan kehendaknyee .. dengan izinnye ...

paling sedih bila baca berita pagi ini ... detik hati mangsa benar2 membuatkan kejadian menjadi kenyataan .. keadaan bas yg uzur dan kelebihan muatan mencerminkan bahawa betapa lalainya dan lekanya manusia didalam memperjudikan nyawa ! ... sesal tidak berguna .. PLEASE pihak2 berkaitan .. ambillah ikhtibar ! ... :(

keadaan penunmpang yg sempat dirakam sesudah kejadian 
sumber : FB


Keadaan Fizikal Bas Uzur - Mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands pada Rabu memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.
Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam Rabu.

Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.
"Mereka lihat ada mangsa yang pecah kepala, kecederaan serius selain melihat ada mangsa terperosok di bawah bas," kata Zaid.

Katanya Nur Syamimi memaklumkan kemalangan itu dengan menghubungi abang mereka yang dikenali sebagai Jeffrey sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa ke Hospital Selayang.
Zaid bersyukur kedua-dua adik-beradik, yang bercuti di pusat peranginan itu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan parah memandangkan ramai yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Kerajaan Akan Cari Punca Tragedi Hingga Lubang Cacing - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini, Rabu.

Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan. Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.

sumber : mstar online

mauu x emosi ! ... nyawa bukan boleh di buat main ! ... x kena ahli keluarga sendiri oklah kan .. kita anak2 atau sedara mara sakit kita risau macam hilang punca .. inikan nyawa ..
namunnn sebagai saudara seislam .. kita wajar terima semua ini dengan redha hati .. ikhlas terima dugaan dan ujian dari allah ini .. semua ini bersebab ! ... semuga menjadi ikhtibar kepada mereka yg bertanggungjawab !


24 comments:

  1. ngeri je tengok keadaan mangsa tu kan.. nak save budget punya pasal bas uzur pun guna lagi.. hmmm

    ReplyDelete
  2. Memang kecewa dengan apa yang berlaku, moga tidak akan terjadi di asma depan..

    ReplyDelete
  3. takot yer tengok...takziah...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.sedihnya tgk pic tu.nyawa bukan taruhan.tapi tu lah dorg ni.buat main je benda2 cm ni.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya ada polis rondaan yg pantai di kawasan itu ataupun mini pondok polis di jalan tu supaya diorg boleh tahan bas yg lebih muatan dan sebagainya..hope lepas ni adalah dibuat mcm ni..ni adalah salah satu cadanganlah..si driver pun dah tahu xleh bw ramai2..nak jugak..penumpang pun dah tahu rmi org lebih muatan nak jugak naik..semua pihak bersalah dlm hal ini..tp dah kejadian berlaku semuanya tertulis..redha apa yg berlaku..alfatihah tuk mereka yg beragama islam

    ReplyDelete
  6. kesian mangsa.....takziah pd family mangsa..sedih sgt ngan kejadian ni

    ReplyDelete
  7. ngeri....tragis...moga siasatan dpt kenal pasti punca sebenar kejadiaan..:(

    ReplyDelete
  8. Tragedi yang tak disangka-sangka. Jatuh dalam gaung 200 meter. Kesiannya diorang.. Sedih!

    ReplyDelete
  9. Tragedi yang tak disangka-sangka. Jatuh dalam gaung 200 meter. Kesiannya diorang.. Sedih!

    ReplyDelete
  10. Salam K .Ida..

    sedih tgk kejadian yg sama berulang2 tiap2 tahun.. tak tahu mana salahnya..harap PBT dpt buat sesuatu..

    ReplyDelete
  11. Apa yg sedih perkara ini bukan sekali-dua ieda tapi boleh katakan tiap tahun pasti ada yg maut bila ke GH ini. Sedih kan bila ianya bagai diulang-ulang...

    ReplyDelete
  12. Innalillah... mmg ngeri bila tgk gambar tu. x blh nk bygkan. & sememangnya Queen takut sgt kalo ke GH tu. sbb tula x rajin sgt nk ke atas tu. lbh2 lg naik bas.

    perkara begini, byk pihak perlu bertanggungjawab. Pengusaha bas, pihak kementerian semua perlu memastikan keadaan bas atau kenderaan awam yg digunakan dlm keadaan baik.

    ReplyDelete
  13. terkejut tgk berita ni mlm tadi. lagi terkejut bila tgk pic kt atas tu

    ReplyDelete
  14. terkejut dan sedih kan kak dgr kejadian yang sgt tragis ni...kelu lidah tak tahu nak ucapkan lg setelah dgr berita kejadian petang kemarin....kita doakan yang terbaik saja buat mangsa... semoga kejadian mcm ni tak berulang lagi...aminnn

    ReplyDelete
  15. memang mengejutkan diatas kemalangan ini.. amt kesal bila diberitahu keadaan bas adalah puncanya...

    ReplyDelete
  16. mmg sedih...

    yg terselamat tu sure trauma giler...

    ReplyDelete
  17. berhimpit dan patah riuk.... Takziah kepada keluarga mangsa

    ReplyDelete
  18. Salam Ieda..mmg ngeri tgk gambar mayat2 yg brgelimpangan tu.Klu kena kat kluarga kita..tak tau la nk kata apa....Saman jer syarikat bas tu :(
    Al-fatihah utk mangsa yg beragama islam

    ReplyDelete
  19. sayu hati mendengar komen2 pendengar di radio hot fm, semoga pihak bertanggungjawab mengambil serius ttg hal ini ye kak

    ReplyDelete
  20. Innalillah buat mgsa yg beragama Islam...mcm nih la jdnya bila bab keselamatan dipandang remeh..kalo sy kak memg xnk naik la bas mcm tuh..tkut..tp bnd nk jd kan...

    ReplyDelete
  21. mula2 tgok berita pasal ni terkejut juga,meremang bulu roma..antara kejadian terburuk

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...