Friday, August 30, 2013

RAYA , MAKAN - MAKAN & OPEN HOUSE SYAWAL 2013


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

alhamdulillah akhirnya dapat juga akak menghabiskan pic2 raya akak sekeluarga .. x lah semeriah mana .. akak kawin satu kampung .. kalau jauh2 tuu mungkin seronok nak potretkan pic2 sedara mara .. bila sekampung nie .. akan dpt tgk pic2 yg sama setiap tahun ekkee .. soo meh layan makan - makan raya dan Open house kakak akk .. ala kadar sahaja ..
 
 siang tuu raya ke 3 pg .. akak ke rumah bapa saudara di KTN ..

petang pula ke rumah kawan hubby yang pernah buat kerja welding dgnnya dulu .. di KTN juga


malam tuu kami ke rumah kakak akak di peramu jaya .. ramai2 dgn sepupu2 akak .. kakak buat OH .. soo ramailah mlm tuu .. kebetulan pula masa nie ada lawan bola .. yang persahabatan tu ! .. ;)


menu .. laksa lemak , mee hun grg dan nasi impit .. kenyang kami .. alhamdulillah

santai2 makan sambil tgk bola !

 malam tuu anak2 layan main mercun ! .. bukan main suke budak2 nie ..
hidup kalau main mercun .. sampai kena paksa makan dulu .. dah makan baru boleh main ekkeke ..

itu sahajalah kisah raya kami .. ada banyak sebenarnya pic kami .. tapi setakat ini sahajalah pic2 yg dpt di upload .. x daya wehh tunggu loading .. ekkeek ..


SAMSENG INDIA MENJADI - JADI !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

x tahulah kenapa skrg nie .. rata2 berita mengenai kematian dan keganasan di pelopori oleh kaum india .. apa yg mereka nak .. dan kenapa mereka menjadi golongan yg semakin ganas .. skrg nie di mana2 berita lah .. semua kejadian adalah dari keganasan kaum india dan mangsa juga kebanyakan dari kaum india juga .. dan terbaru mangsa adalah seorang pekerja TNB melayu .. huhuhu apa nak jadi dunia nie !


Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di sini hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

 Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di sini untuk pembedahan. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan – Bernama

semalam dalam berita 3 sekeluarga india juga dibunuh ! ... disyaki dilakukan oleh kaum india juga .. huhuhu sedihh .. seorang warga tua , kanak2 dan lelaki dewasa menjadi mangsa .. dan kebanyakannya adalah bermotifkan dendam ! huhuhu

takutnyaaaaaaaa skrg nie .. kes bunuh berleluasa !
 

Thursday, August 29, 2013

HA KU RASA NAK BUAT MASAK LEMAK JE LIPAN NIE .. ACI !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

ok2 akk nak hentikan kejap kisah2 raya yg tertunda kpd kes yg berlaku kelmarin mlm .. tapi picnyee akak amik siang nyee iaitu semalam .. erkk semalam lah kan .. aah yelah nie .. adehh penyakit lupe semakin teransang ekekeke

ok2 .. macam nie .. malam kelmarin kami semua dah nak tidoo .. tetiba hamba allah nie kuar merayap2 diantara bilik mak akak ke ruang television .. tapi dia x naik lagi .. sbb ruang tv umah akak nie macam ada takuk utk naik .. masa nie hubby dari dlm bilik akk nampak , masa tu dia sdg duduk di katil .. baru bangun tidur sbb baring2 selepas magrib .. cadangnyee nak bangun semayang isyak .. ( bilik akk dan mak akak berdepan ) ... soo dia bingkas bangun .. masa nie akk terperanjat lahh sbb akak tgh siap2 nak baring atas katil dahh .. akak dgr dia cakap lipasss .. x sangka dia capai penyapu dan terus ketuk .. makk aihhh besaqqqqqqqqqq nyeeeeeeeeeeee ... geli geleman akak nie .. huwaaaaaaaaaaaaa ..

keadaan lipan nie masa tuu sdg cuba nak naik ke takuk atas ruang nonton TV kami lah .. masa nie anak2 dah landing nak baring depan tv mlm tuu .. konon x nak tidoo dlm bilik sbb kebetulan sabriena demam .. akk baru lepas demah dia dgn tuala sejuk .. ok ... masa nie si amanina dah jerit dah .. katanyee geliiiiiii sbb besaqqqqqqqqq mehhh .. huhuhu .. hubby ketuk2 kat kepala sampai dia mati lah kan .. kalau ikut akk HANCUR lipan nie ku kerjakan .. sbb panik huhuhu

tgk besar dok !

 haaaaaaaa besar kannn .. ngeri lak huhuh

kalau nak tahu besar mana .. haa tuu akk letak kaki zahrien di sebelah nyeee .. see !

huhuhu nie dah mati .. siap zahrien cakap ..

" ibu ... kita masak ibu ! ... " muahhahha melopong akak2 dia dgr .. ibu jawab .. aah kita masak , masak lemak cilipadi kan ! muahhahahaha .. lepas kejadian tuu .. zahrien x putus2 baca doa panjang2 sblm tidooo
siap tanye itu ini .. soal siasat akak macam2 pasal lipan .. ini BAPA LIPAN ke ? ini IBU LIPAN ke ? kalau ibu besar mana .. sbb akak cakap nie bapa lipan ... tapi ayah nyee cakap .. kalau BAPA lipan ada besoor ibu jari kaki ... ! what !

hubby cakap dia pernah jumpe ! huwaaaaaaaaaaaaaaaa OMG ....

ps : TQ pada adik blogger pink ummi atas petua kalau nampak lipan atau ular .. TQ sharing dik .. kalau lipan kita sebut banyak2 kali TULANG IKAN .. ia melemahkan pergerakan lipan itu
kalau ular sebut AKAR ROTAN .. haa kan kan ... harap2 ia membantu rakan2 lain kalau ada yg terserempak huhuh

BE KE 3 DALAM BULAN OGOS !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

alhamdulillah .. walau dah slow update skrg nie ada juga BE untuk blog picisan akak nie .. memang x sangka lah ! ... sayang sama kamu ketat mr NUFF ! aci !
muahhahaha .. mood memang tgh bercelaru nie .. entahlah kenapa .. x tahuuuuuuuuuuuuuu .. nak BW punn ada masa2nya terhad .. nak2 sabriena tgh demam skrg nie .. baru sahaja bawa amanina ke klinik sebabkan masalah period dia .. semalam dan hari nie bawa sabriena kerana demam pula .. huwaaaaaaaaaa memang x keruan sekali perasaan masa nie .. risau .. mood layuu aje huhuhu sebab tuu mood update punn ikut sama ..


alhamdulillah dengan iklan2 yg tengah running ! semoga ada rezeki akak lagi dgn BE yg baru2 nie .. dan mana BE yg dah lama tuu .. harap kekal lah kann .. ;)

TERIMA KASIH KPD yang KLIK2 tuu ! LOVE U ALL SO MUCH !!

okeh2 akk BW !


SPONTAN KHAMIS : KUASA ALLAH MENANDINGI SEGALANYA !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

subhanallahhh kuasa allah !


Tuesday, August 27, 2013

KENAL LAGI NOORSHILA AMIN ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

ok2 .. uols kenal tak lagi penyanyi 80an shila amin nie .. haaa suara dia boleh tahan sedap kan .. hurmm baru2 nie dia ada muncul dlm konsert akhir Kilauan Bintang tuu .. haaa tup2 dgr pula dia kena sambar ngan api disebabkan gas yg bocor .. aduh haiii macam2 hal skrg nie ..

Penyanyi Noorshila Amin, cedera disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.Menurut sumber,hampir seluruh bahagian kiri tubuh melecur.

Tambah Noorshila, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.



Bercakap kepasa Mstar Online, Norshila berkata, ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur.Dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).

 
Tambah Norshila lagi, apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan.
Luahan Noorshila : Kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi.
Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa.

petikan : currentlive2u.com
 
lain tul wajah dia kan ?

benda nak jadi nak buat macam mana kan .. itulah yg dikatakan kehendak dan takdir allah ..
 

LOGO KEMERDEKAAN YG PADA AKU LEBIH TENANG MATA MEMANDANG !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

wah2 .. tajuk x hinggat ekkeke .. dah lama x bersiaran tetiba citer pasal MERDEKA ! wahhh sadasss ieda erkkk yelah .. x lama lagi kita akan menyambut HARI KEMERDEKAAN malaysia.. ada semangat ke ekeke ....

Cek mintak maaf lah wehhh , lama x update ! huhuhu macam biasa adakalanya mood M memang sangat2 dekat ngan hati cek nie ! haaaa kan dah loghat kedah .. ekekkee .. yelah dik huhuhu nak wat canner ada masa2 dia dtg x leh nak elak dah .. nak tgk blog punn naik maleehh huhuhu ... ok2 nie mood rajin ada berbaki sikit utk hari nie .. tu buat entry tuuu  ... malas citer banyak .. meh kita tgk maksud akk mengenai logo MERDEKA tahun ini ... logo yg boleh akak katakan sebagai tenang mata memandang .. tidak serabut dan sangat comel !


‘MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’ dipilih sebagai tema untuk Merdeka 56 dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke 56. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Sambutan hari Kemerdekaan tahun ini mengfokuskan pada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

 Merdeka kali ini hadir dengan logo yang agak jernih mata memandang dan tiada lagi selitan ’1Malaysia’. Rasional logo: Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.


sumber : abang NARA

persoalan ku disini .. MERDEKA KAH KITA ? 

kenapa aku x rasa bahangnyee ? yaaa kerana sejak akhir2 ini kita hanya merdeka di mulut ! tapi bukan di hati dan jiwa kita .. kenapa ?? dengan tidak merasa selamat nak keluar rumah .. kes bunuh merata2 .. semakin berani dengan nyawa manusia ibarat mainan sahaja .. kes pecah rumah .. paling seriau skrg nie orang pecah rumah bukan kerana orang x ada di rumah .. tapi orang ada dirumah pun mereka berani ! ... kes culik kanak - kanak berleluasa dan anak2 di dera sesuka hati .. dan macam2 lagi yang kita x tahu dan ridak sedar .. huhuhu sedih sebenarnya ... adakah penerapan kemederkaan tahun ini dapat dirasakan oleh semua ... renung2kanlahh .....

ps : ku nak BW lahhh .. huhuh winduuu !

Friday, August 23, 2013

GADIS INI BERPENYAKIT MISTERI !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

seyesss macam mana gadis ini bleh hidup kan ?







sumber : berita sensasi

DON'T SAY


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

Jazak allah khair kerana di pertemukan lagi dengan jumaat yg indah, penghulu segala hari .. semoga kita terus ceria dan diberkati allah serta dilindungi di bawah rahmatnya ... jauhkanlah ummat mu ini dari segala mala petaka dan berikanlah kami limpah rahmat mu ya allah ... aminnnnnn


renungan kita bersama ... yuk UBAH !


Thursday, August 22, 2013

BILA KELALAIAN MANUSIA MERAGUT NYAWA : KEADAAN BAS YG UZUR !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

Sedih dan takziah kepada mangsa terutama yang beragama islam .. saytu melihatkan kejadian paling buruk dalam angka kematian paling banyak .. bayangkan 37 nyawa diangkat oleh allah ke jannah ! .. apa dan bagaimana hanya allah yg maha mengetahui mengambil sekaligus nyawa ummatnye .. kenapa dan untuk apa , persoalan yg adakalany timbul di benak fikiran kita .. adakah ini musibah dan pengajaran dari allah betapa besar nye kuasa allah untuk mengambil dan memberi seperti yg tertulis di LUH MAHFUZ .. dia berkuasa .. dia maha besar .. segala yg terjadi adalah dengan kehendaknyee .. dengan izinnye ...

paling sedih bila baca berita pagi ini ... detik hati mangsa benar2 membuatkan kejadian menjadi kenyataan .. keadaan bas yg uzur dan kelebihan muatan mencerminkan bahawa betapa lalainya dan lekanya manusia didalam memperjudikan nyawa ! ... sesal tidak berguna .. PLEASE pihak2 berkaitan .. ambillah ikhtibar ! ... :(

keadaan penunmpang yg sempat dirakam sesudah kejadian 
sumber : FB


Keadaan Fizikal Bas Uzur - Mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands pada Rabu memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.

Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.
Beliau yang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di muka dan tangan itu menceritakan hal berkenaan kepada teman lelakinya, Zaid Ismail, 25, yang melawatnya di Hospital Selayang malam Rabu.

Zaid ketika ditemui Bernama berkata: "Selepas kejadian jatuh gaung, Nur Syamimi mencari adiknya, Nur Fathiah, 21, yang turut berada di dalam bas itu namun tercampak beberapa meter dari tempat duduk mereka.

"Nur Fathiah turut mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudian merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba membantu mangsa lain memandangkan mereka yang terawal sedar daripada kejadian itu.
"Mereka lihat ada mangsa yang pecah kepala, kecederaan serius selain melihat ada mangsa terperosok di bawah bas," kata Zaid.

Katanya Nur Syamimi memaklumkan kemalangan itu dengan menghubungi abang mereka yang dikenali sebagai Jeffrey sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat dan dibawa ke Hospital Selayang.
Zaid bersyukur kedua-dua adik-beradik, yang bercuti di pusat peranginan itu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan parah memandangkan ramai yang maut dalam kemalangan berkenaan.

Kerajaan Akan Cari Punca Tragedi Hingga Lubang Cacing - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini, Rabu.

Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan. Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.

sumber : mstar online

mauu x emosi ! ... nyawa bukan boleh di buat main ! ... x kena ahli keluarga sendiri oklah kan .. kita anak2 atau sedara mara sakit kita risau macam hilang punca .. inikan nyawa ..
namunnn sebagai saudara seislam .. kita wajar terima semua ini dengan redha hati .. ikhlas terima dugaan dan ujian dari allah ini .. semua ini bersebab ! ... semuga menjadi ikhtibar kepada mereka yg bertanggungjawab !


KHAMIS YG X BERAPA NAK SPONTAN !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

ahahha lawak tajuk kan .. mentang2 ari nie dah khamis .. dan perasaan semakin berdebor2 menanti sabtu ekeke .. aduhai semoga dipermudahkan lah yee ..

ok2 .. spontan khamis berkisar si raja buah !


ayah dan anak sama naik .. ! si zahrien hantu buah deyan .. tiap2 petang ikut ayah nye ke kebun nenek akk punggut deyan .. balik selok makan dlm sejuk2 hujan .. ahhaha macam2 anak2 nie .. akak pula selok ambil gamborr masuk dlm fb , insta dan blog .. ahhaha padan lah tuu kan ;)

Wednesday, August 21, 2013

SYAWAL KE2 : MENZIARAH MEREKA YG SEDANG UZUR


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

Raya ke dua ku diteruskan lagi ke rumah bapa saudara hubby yang dah setahun terlantar disebabkan penyakit ahmarnyee .. asalnye dia boleh duduk macam tahun lepas .. skrg dah terlantar macam nie .. badan semakin kurus ... dah x boleh berkata2 .. hanya mampu nangis sahaja bila kami dtg melawat .. melihatkan akk dan suami lagilah dia sedih .. yelah sebelum2 nie dia sihat .. nak buat macam mana .. tapi serius akk x sangka dia seteruk ini uhuhu


 penyakit yang semakin teruk .. selalu demam .. sedih pula dgr cerita dari anak2 nyee


  teruskan perjalanan ke rumah adik IPAR nenek akk .. pun dah semakin uzur .. tapi masih kenal org dan boleh bercakap .. cuma dia dah jarang keluar rumah .. syukur masih sihat .. yg disebelah tuu nenek akk .. haa yg sedang bercakap dnegan ummi akak tu lah nenek saudara kami .. ADIK IPAR nenek akk ..

 tuan tanah dengan putri kedua !
ber peplumm ari tu !

 macam biasa .. tangan x lepas dari hp .. time2 raya masih ada lagi yg bertanyakan mengenai HERBALIFE ! .. alhamdulillah syukur .. rezeki yg allah berikan .. kena layannn ;)

see !

petang nie nak gi tempah kek .. insyaallah nak wat makan2 sikit utk bday amanina yg jatuh pada 04 Ogos baru2 nie .. dia nak ajak kawan2 dia dtg .. lanjur tuu akak buat makan2 di rumah .. oh ya siapa dekat @ yg lanjur turun ke KTN pahang nie .. jemputlah yee .. sabtu jam 3.00 ptg .. insyaallahh , akk jemput yeee .. OH yg kecil sahaja .. ;)


ORANG JAWA PANGGIL RENGGINAN ? YE KE ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

ok2 .. benda nie memang sedap dan ranggup .. ada akak tgk dalam FB baru2 nie yg memanggil sebagai rengginan .. ye ke .. atau benda yg berbeza .. hurmm tapi seriuss sedap dan ranggup sangat2 ..


benda yg sama ke ?

ps : lambat bersiaran .. banyak urusan .. dari pagi sampai ke skrg .. ada sahaja org dtg .. bukan beraya tapi ada hal nak dibincangkan dgn ummi .. so akk x der masa nak jengguk blog kawan2 lagi .. nanti2 lepas nie baru BW yee ..

nie nak masak lak .. nak hantar ke sekolah sbb anak2 ada KO-K .. rutin setiap hari rabu .. ;))
BYE


Tuesday, August 20, 2013

MASAK LEMAK BELIMBING IKAN PARANG , CELUR JANTUNG PISANG DAN BUDU !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

huhuhu bila tgk menu2 nie terasa sangat nak masak skrg jugak .. sib baik lahh berpuasa .. ini semua menu akak 2 - 3 hari sebelum puasa .. bila dalam puasa x ingat nak masak semua ini .. syukurlah semua suke makan .. masakan kampung kan .. dah lama x pekena budu ! ngehx3

 masak lemak belimbing ikan parang !
 

 
 pucuk paku grg belacan !
 

  celur jantung pisang ! sape ada sakit jantung x leh makan ekkee

 budu wehh !

 lengkap menu tghari tuu .. kalau menu macam nie .. makan x pandang sape2 lah kan .. tul tak ..

okeh .. nak sambung BW

ps : menu berbuka hari nie nasi lemak sambal sotong kembang ! okeh .......


Royal Baby Photo Leaked? Kate Middleton, Prince William Hold Prince George In New Pic


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

dah lama x tgk pic royal highness kita sorang nie kan Kate dan Prince william bersama bb tercinta mereka Prince George ! .. wahhh seronok tgk pic dia dan bb .. ceria dan memang jeless lah huhu

************

A future king sleeps peacefully in the arms of his doting mother in a family snapshot... taken by his grandfather. Previous royal heirs, Prince William included, have had their first official portraits taken by society legends such as Sir Cecil Beaton and Lord Snowdon.
But Prince George Alexander Louis of Cambridge owes his to a humble ‘point and shoot’ wielded by Kate’s father, Michael Middleton

 Sun and heir: Mr Middleton opted to shoot straight into the light for his snapshot of the Duke and Duchess of Cambridge and baby George, and managed to cut off the nose of retriever Tilly, left. The Cambridge's cocker spaniel Lupo, right, emerged unscathed
 
Kate is wearing a £46 fuchsia-coloured knot front dress by maternity wear firm Seraphine, but appears to have shed a great deal of her baby weight.  William is casually dressed in a blue checked shirt, tucked into jeans, and his favourite African-style belt. Both look a little baggy-eyed due to lack of sleep – the prince more than his wife – but are clearly overjoyed at being parents to a beautiful, healthy baby boy.

Similar: Mr Middleton's pictures of the Royals on the grass in his Berkshire garden echo those of the young Prince William taken in the grounds of Government House in Auckland, New Zealand

Professional pictures of George will be taken at his christening which is expected to happen in October when the Queen and Prince Philip have returned to London from their holiday in Balmoral.
The Duke of Edinburgh has still yet to meet his great-grandson, but William and Kate are planning a trip to Scotland so the meeting can at last happen in the next few weeks.

sumber : SINI

bahagianyaaaaaaaaa rasa kan kan kan .. teringat kat mendiang Diana 

RAYA KEDUA KU : SYAWAL 1434H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

huhuhu maaf banyak2 .. still berpuasa .. dan insyaallah hari nie last puasa sunat syawal akk dan hubby .. I'm not feeling well actually .. dari beberapa hari lepas akk selsema dan batuk .. merah2 hidung kerana banyak bersin .. kali nie bersin agak kerap .. tapi lepas bersin rasa lapang dada ... batuk x berapa sangat cuma selsema yg menggangu rutin harian akk .. insyaallah habis puasa nanti ..

ok lah hari nie nak sambung entry raya akk .. ini adalah sebahagian pic tuan tanah di pagi raya kedua .. mulanya nak melawat pusara .. tapi x dpt sbb hubby x berapa nak sihat .. pic yg ada dgn hubby tu pun akk ambil sewaktu dia x berapa nak sihat .. baru nak kebah2 .. tu wajah x berapa nak ceria ..

lepas raya nie sambung dengan akak juga yg x berapa sihat dan selesa nie .. tapi alhamdulillah selalu make sure sihat dan bertenaga ! ;)

oklah layan pic tuan tanah yg x berapa nak cun nie ekekke

 

 pic dengan satu2nya anak terunaku !


last sekali pic tuan tanah yang x berapa nak sihat , hidung merah2 sebab bersin huhuh ..
 pic taken 2-3 hari lepas .. masa nie petang , nak ke pasar malam utk beli juadah berbuka puasa 6 ..


dah seminggu lebih juga macam nie .. semalam worse .. TQ pada adik2 blogger yg wish get well pada akak .. geng2 whatsapp PINK UMMI .. adik fiza rahman , wan intan bertlian , mimi pink ummi , ana - ibu lala dan Nyui .. TQ semua ..  untuk mimi - pink ummi semoga auni lekas2 sembuh dari chicken pox yee .. insyaallah tuu nanti semakin baik .. ;)

ps : hari nie nak BW .. rindu semalam lagilah x daya .. nak2 berpuasa .. lepas siap urusan di luar dgn ummi akak terbaring keletihan sebab kan selsema yg betul2 mengganggu rutin harian .. huhu


Monday, August 19, 2013

PAGI ISNIN 12 SYAWAL 1434H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

pagi isnin yg indah .. alhamdulillah anak2 dah mula bersekolah .. rutin harian kini bermula .. mood ?
semua ada .. fresh TAPI malas canner tu ?? .. tapi seronok tgk pic bawah nie .. penuh makna !

 “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, sedangkan orang mukmin yang paling baik akhlaknya adalah yang paling baik terhadap isterinya”.

[H/R Ahmad, Tirmizi dan Abul Hasan]

ps : still pose 6


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...