بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam semua
alhamdulillah , selesai menunaikan solat dhuha .. memandang ke luar jendela , mensyukuri kerana masih diberikan kesempatan menghirup udara pagi di pagi khamis yang indah ini ;)
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai
rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah
hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan
solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu
Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga
hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah
masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas
tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan
juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
*************
ps : solat sunnat dhuha dah menjadi amalan akak sejak dulu lagi .. alhamdulillah dlm seminggu biasanya 3x akan buat .. ikut kekangan dan kesempatan yg ada .. insyaallah semoga dpt diperbanyakkan lagi amalan baik dan pahala yg di tuntut oleh allah yg maha esa .. semoga allah mempermudahkan segala urusan dan memanjangkan rezeki kita .. aminnnnnnnnn
Tq share kak...selamat berpuasa.
ReplyDeletealhamdulillah akak dapat jugak buat 3 kali dalam seminggu...terasa kerdil pulak diri saya yang memang sekali je dalam seminggu...itu pun hujung minggu bila cuti, malunya rasa diri dengan Tuhan
ReplyDeleteRajin akak buat dhuha.
ReplyDeleteKita akan cuba mencontohi akak :)
Ameen.. inshaAllah..
ReplyDeleteSaya tgh nak menghafal doa sunat dhuha tu.
ReplyDeletetq share yer
ReplyDeleteTq share ni Dana...
ReplyDeleteanak saya bgtau ticer dia, sy x hafal doa solat duha ni ha3
ReplyDeleteAlhamdulillah...solat Dhuha mmg banyak keistimewaannya..
ReplyDeleteInsyaallah jadi amalan.
ReplyDelete