Thursday, July 11, 2013

MANGSA PERTAMA MERCUN BUATAN SENDIRI !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

aduhhhhhhhhhh ! ... macam2 lahhh patutlah ramai rakan blogger cerita dah mula dgr bunyi mercun sana sini .. sampai akak sendiri mlm tadi lepas berbuka dah dgr tembakan bunga api ! ... HADOYAI !
ini lah kes pertama utk tahun nie ! main mercun di mlm pertama berterawih ! huhuhu

Mangsa mercun pertama Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, melecur pada bahagian muka akibat terkena mercun buatan sendiri mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini.- Foto Bernama

ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Menurut bapa Mohd Aiman Amzar, Jamsari Ismail, 37, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau Taman Bersatu, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

"Kami semua pergi ke surau. Mungkin pada masa itu anak saya dan beberapa rakannya main mercun yang dibuat sendiri," kata Jamsari kepada pemberita semasa ditemui di HSB hari ini.

Menurutnya dia mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.40 malam setelah dimaklumkan oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

"Saya terus balik ke rumah dan melihat muka dan tangan Mohd Aiman Amzar melecur tetapi tidak berdarah lalu bawa dia ke Hospital Baling kira-kira pukul 11 malam dan kemudiannya hantar ke HSB untuk dirawat di Unit Rawatan Kebakaran," kata Jamsari.
ps : masak apa uolss berbuka ini .. akak plan dgn ummi nak buat nasi lemak sotong kembang ! ahahhaha .. nampak macam x shake jee akak nie ekekek .. saborrrrrrrrrr .. dah lama x makan sotong kembang nie ! haishhhhhhhhhhh

19 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    Subhanallah
    kan payah nak puasa dah...

    ReplyDelete
  2. payah laa..bila memandai buat mercun sendiri ni.

    Akak suka jgk dgr bunyi mercun ni...tp yg main tu berhati2 lah. Kalo kat kuala kangsar ni lagi lah..10 malam terakhir tu dorang main meriam buluh kat tengah2 sawah beramai2 lepas terawih..polis tak kan tangkap pun..sbb mmg dh jadi tradisi..sama mcm pesta panjut, hehe..

    ReplyDelete
  3. Kenapalah tak ambil contoh kes-kes yang lepas!. Kan dah terpaksa duduk di hospita!

    Sedap jugak menu berbuka puasa eida....:)

    ReplyDelete
  4. ha kan dah kene puasa kat spital, dah berparut dah muka tu adoiyaii

    ReplyDelete
  5. setiap tahun ada je yg jadi mangsa mercun buatan ni kan

    ReplyDelete
  6. tak yah la ubahsuai mercun tu... kalau beli tu terus je bakar macam tu aje... nak ubah suai last2x diri yg "terubahsuai".... sian3

    ReplyDelete
  7. Hish... budak ni tak fikir betul sebelum nak buat sesuatu ni

    ReplyDelete
  8. Semalam okje masak ikan sambal ketam lemak, sayur sawi dan salad je...kuih beli!

    ReplyDelete
  9. uishh takutnya kak.. dekat2 nk raya nti lg la mercum dum dam sana sini.. aidil minat giler ngan mercun.. tp mercun pop pop tu jelah dia berani.. hehe..

    ReplyDelete
  10. boleh tu bolehlah main..tp diawasi oleh org dewasa...malang x berbau sian budak tu..hope jd iktibar pd semua kanak2

    ReplyDelete
  11. Ishh..bahaya bdk2 skrg pengaruh kwn ajak main mercun..yg jd mangsa diri sendiri..

    ReplyDelete
  12. malang x berbau...

    ReplyDelete
  13. erm.. dah byk kejadian mcm ni berlakukan... knplah xserik & x sedar lg bahayanya.. jadikanlah pengajaran.. ibubapa awasi anak2.. anak2 ambil iktibar.. irg suh p terawih bkn p main mercun.. Allah suruh beribadat bulan2 puasa ni dpt pahala main mercun lihatlah ape dapatnya?

    ReplyDelete
  14. ...dah kena beraya dengan parut kat muka..kan susah..

    ReplyDelete
  15. aduh... kenapalah susah sangat nak ambik pengajarn... ari tu sebelum puasa dah ada rampasan mercun...

    p/s: selamat berpusa...

    ReplyDelete
  16. setiap tahun ade berulang masalah yang sama.

    >> Nisah cadang nak masak Udang 3 rasa. hahhaa tak tahulah jadi ke idak ..

    ReplyDelete
  17. Hoho.. Malu sbb org kg den..huhu. BALING..

    ReplyDelete
  18. tu la, baru beberapa hari puasa dah keluar kes mcm ni

    -_-

    sadis je

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...