Tuesday, July 9, 2013

EDIKA YUSUF INGIN KEMBALI AKTIF


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

hari tuu akak ada letak kisah Edika yusuf nie kan .. haaa ada terbaca yang dia nak aktif semula dalam dunia lakonan dan peragaan .. wahh usia dia dah cecah 45 tahun kan .. bukan lah muda lagi .. hurmm mungkin dia nak cari rezeki lebih koot sbb tu offer diri utk berlakon ..

dlm dunia penyiaran skrg nie dah berlambak artis2 muda dan handsome .. harap2 adalah rezeki dia kan .. nampak dari apa yg di perkatakan dia macam terdesak sahaja .. sedih pula .. yelah kalau x terdesak , masakan dia nak kembali berlakon walau sedar isteri dia x sihat .. hurmmm .. semoga ada rezekinya ..


KUALA LUMPUR: Pelakon Edika Yusof akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas hampir 15 tahun menyepikan diri kerana menumpukan perhatian kepada keluarga.


Edika, 45, berkata, meskipun terpaksa memberi perhatian penuh kepada isterinya Norhidayah Yusri, 34, yang lumpuh namun kini tanggungjawab tersebut sudah boleh dibahagikan bersama anak-anak. "Insya-Allah memang saya berhasrat untuk kembali aktif jika ada tawaran berlakon, begitu juga dalam bidang peragaan.


"Hari ini (Selasa) pun rasa agak kekok dan gementar sebab dah lama tidak berjalan atas pentas peragaan. "Anak-anak juga sudah besar dan sudah boleh diharap untuk menjaga ibu mereka jika saya keluar bekerja atau ke set penggambaran," katanya yang ditemui pada Festival Fesyen Islam (IFF) berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.


Pada majlis tersebut Edika diberi peluang memperagakan pakaian iaitu kerjaya lama yang dilakukannya ketika aktif dalam bidang berkenaan suatu ketika dahulu. Dalam pada itu pelakon yang popular dengan filem Maria Mariana ini berkata dalam tempoh 15 tahun menyepi daripada dunia hiburan, dia banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan.


Sementara itu, ditanya tentang perkembangan kesihatan isterinya, Edika berkata ia masih sama seperti dahulu, namun dia kini lebih aktif dalam mengusahakan perniagaan produk kecantikan. "Dia nak bekerja dan mengusahakan bisnes produk kecantikan, jadi saya hanya beri sokongan dan dorongan kepadanya," katanya.

sumber : mstar

20 comments:

  1. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kak.. :-)

    ReplyDelete
  2. ingat2 lupe la pelakon ni....
    kak selamat berpuasa kak..:)

    ReplyDelete
  3. hampri terlupa rupa dier.. neway selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk Ieda sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. hmm...siapa dia nih ek...tak pasan pulak...huhu

    ReplyDelete
  6. mcm lain je muka dia skrg ni.. atau sbb dh lama x nmpk kat TV?

    ReplyDelete
  7. hensem dulu dia ni..lebih kurg muka afiq muiz skang ni..tp lama sgt dah hilangnya....bagusnya dia mahu jaga isterinya yg lumpuh tu...semoga Allah limpahkan rezeki pd dia..

    ReplyDelete
  8. budak2 muda sekarang tak kenal dia ..kan??

    ReplyDelete
  9. kesian baca kisah hidup edika ni, semoga urusan beliau mencari rezeki dipermudahkan

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak muncul, wajah pun dah berubah seiring usia. Kalau jumpa tengah jalan mesti tak kenal krn masa muda dia agak hensem...

    ReplyDelete
  11. Demi sesuap nasi ntuk famili..

    ReplyDelete
  12. Lama juga dia ni menyepi...Moga ada rezeki buat dia...

    Salam Ramadhan & Selamat berpuasa kak..~

    ReplyDelete
  13. selamat berpuasa ieda...

    ReplyDelete
  14. hmmm seklai je kot die belakon dedulu .. tp klu die aktif balik sbb nk bantu keluarga bg la pelauang ... tp skrg ni bila tgk cam mat bangla la ...hehehe

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa kak ieda...mmg lama dia menyepikan...dah 45 tahun..moga ada rezeki untuk beliau

    ReplyDelete
  16. oooo Edika Yusof ni...masa Okje remaja dulu mmg tgh naiklah dia ni...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...