Sunday, July 14, 2013

DLM BULAN PUASA LEMBU JUGA JADI MANGSA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

haa nie bukan kisah nak korban lembu untuk makan di hari raya .. tapi kejadian kecurian lembu . Mak aihhh lembu punn boleh dijadikan bahan curi bila akal fikiran x dpt di kawal .. ahhaha macam2 dunia skrg , bila manusia taksub dan mencari jalan utk dapatkan duit .. macam2 benda yg boleh mereka lakukan bila tiba masa x ada duit .. lembu pun boleh .. selain pecah masuh rumah orang



BUKIT MERTAJAM: Selepas melemahkan tiga lembu menggunakan ubat pelali, tiga lelaki membawa masuk haiwan berkenaan ke dalam Proton Wira di Sungai Lembu di sini dalam kecurian yang dirancang.

Kesemua pencuri itu, yang berusia dalam lingkungan 20-an, menggunakan sumpit untuk menenangkan haiwan, yang diikat dalam sebuah ladang kelapa sawit, pada kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.

Seorang saksi, yang enggan dikenali, berkata dia melihat pencuri berusaha untuk meletakkan lembu yang tidak sedar dalam kereta yang tanpa mempunyai tempat duduk belakang. Dia kemudiannya segera memaklumkan perkara itu kepada unit peronda sukarela di kawasan berkenaan.


Pada masa yang sama, salah satu daripada tiga lelaki dapat masuk ke dalam kereta dan memandu, manakala dua yang lain menaiki motosikal dan mengikut dari belakang. "Sebaik sahaja mereka menghampiri ke jalan utama, unit peronda tiba dan cuba menghalang mereka.

"Pemandu itu bergegas keluar dari kereta dan menaiki salah satu motosikal dan melarikan diri," katanya. Penduduk kampung kemudian mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan lembu yang tidak sedar dari dalam kereta.

Jurucakap polis berkata, pemilik lembu tersebut telah membuat laporan, menambah bahawa tiga lelaki terbabit disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian lembu di kawasan itu.

sumber : mstar

aduhaii kejadian mencuri skrg nie bertambah berleluasa .. rata2 kita boleh dgr pecah masuk rumah dan mencuri dimana2 sahaja .. nak2 musim raya nie .. orang buat persediaan nak raya mereka pun sama .. mana yg x cukup wang akan nekad mencuri dan merompak ..

dekat kawasan rumah akak pun sama .. dlm minggu lepas dah ada 2 buah rumah yang di masuki pencuri sewaktu tuan rumah semayang terawih .. huhuh bayangkan betapa bahayanya .. mohon lahh dilindungi keluarga dan anak2 kita dari pencuri2 nie .. mereka dah nekad nie .. kalau dalam seminggu mereka pecah masuk rumah orang .. bermakna mereka dah terdesak nak duit .. kan .. 

aduhhh minta dijauhkan lahh .. sbb macam akak , bila akak ke masjid utk terawih memang anak dara akak dan zahrien yang akan tinggal di rumah .. memang selalu suruh mereka kunci pintu baik2 lah .. huhuh risau sangat2 ... tgk tuu lembu orang punn dia jadikan bahan curi ! huhuh
 


13 comments:

  1. Mmm..mcm ni pun ada..kesian

    ReplyDelete
  2. macam2 hal sekarang ini

    ReplyDelete
  3. Curik lembu sumbat dalam keta Wira? Bengong punya orang. Jangan-jangan keta pun keta curik.

    ReplyDelete
  4. Dalam kereta boleh pula sumbatkan lembu.,siannya.. Apalah jahat dan tamak manusia ni... Tak leh ke buat kerja halal...

    ReplyDelete
  5. aduhaiii
    pelik tapi benar lembu naik kereta..
    kite la mangsanya, terbeli daging lembu yg gini..

    ReplyDelete
  6. kesian lembu tuh kene sumbat macam tuh...

    ReplyDelete
  7. alahai..macam2 jer...sian lembu tu...

    ReplyDelete
  8. kesiannya kat lembu..apa punya manusia ni.

    ReplyDelete
  9. kat putrajaya skang ni sport rim kereta jadi tumpuan pencuri.. banyak dah kene.. tahun 2011 sport rim motosikal bnyk kene curi termasuk motosikal ejulz..

    ReplyDelete
  10. tu lah kelebihan kereta Malaysia, boleh sumbat lembu seekor dalam sebiji kete je... hmm.. dkat nak raya lagi byk kes ni... lembu sy pun pnh hilang dekat2 nak raya.. tu yg kna hati2 bila beli daging utk raya nnt...

    ReplyDelete
  11. KESIAN LEMBU ITU...HEHEHEHE

    ReplyDelete
  12. Muat plak tu masuk dlm wira yer. Kesian lembu tu.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...