Tuesday, July 23, 2013

BERTAQWA & REDHA AKAN KETENTUANNYA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua


Selamat Bersahur

Suatu hari, Syaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

“Kepada siapa engkau tujukan marah kamu itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?” tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi; “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu!! Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya.”
semoga menjadi renungan kita bersama 
 

22 comments:

  1. betul tu.. ibu makrifat ialah sangka baik.. dan sangka baik yg paling baik ialah sangka baik pada Allah.. redha dgan apa yg berlaku, dn yakinlah apa yg Allah tetapkan pasti ada baiknya yg kita tdk nampak.

    ReplyDelete
  2. kalau gitu buat je air tembikai..boh gula elok je rasa dia..ekekek

    ReplyDelete
  3. btol kata sis diana atas ni =)

    ReplyDelete
  4. Tapi biasanya memang first kita akan salahkan penjual walhal seperti dikatakan semuanya ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  5. Allahuakhbar... terima kasih menyedarkan saya kak.. insyaAllah akan lebih redha dengan apa yang ditentukan..

    ReplyDelete
  6. nampak simple je tp kesannya berbeza.. ;)

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar..dalam betul isi kata2 tu

    ReplyDelete
  8. owh.. kish ni sgt popular... i like.. redha is the best way... :)

    ReplyDelete
  9. menusuk kalbu kata2 dia tu.. semoga menjadi pengajaran kpd kita semua..

    ReplyDelete
  10. mendalam maksud tersiratnye kak...ni same la mcm kite seolah2 tak boleh menerima takdir ....mudah-mudahan kite tak tergolong dlm golongan yg begini....terima seadanya dan jgn menyalahkan org lain melulu...

    ReplyDelete
  11. Pernah baca. Kita selalu merungut klo dapat buag yg masam & tak manis. Tapi kita lupa itu semua atas ketentuan dariNYA. Bukan salah penjual.

    ReplyDelete
  12. tq share this even KA pernah baca sebelum ini !

    ReplyDelete
  13. itupun masih terlupa :(

    ReplyDelete
  14. kekadang kita lupakan kak...tq share...

    ReplyDelete
  15. manusia mudah lupa ;(

    ReplyDelete
  16. Salam K.Iedamimi..

    betapa manusia itu alpa..

    hmmm.. tertarik pulak tgk tembikai merah2 tuuu

    ReplyDelete
  17. peringatan yg baik. selalu penjual kalau kita tny mst jwb manis ni. husben selalu kata, sejauh mana kita pst manis. Nabi pun tak pernah kata buah yg dijual baginda manis.

    ReplyDelete
  18. Sebagai renungan dan peringatan buat kita semua

    ReplyDelete
  19. nice entry kak...masa kat cermaah ustaz kazim tempoh hari pun dia ingatkan supaya kita redha..

    ReplyDelete
  20. salam kak ieda..terima kasih kak..ini dapat membuat kan kita berfikir sejenak …penuh makna isi yg disampaikan ni

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...