Thursday, June 20, 2013

TAMBANG BAS NAIK ? GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK ? SWASTA ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

inilah dia ... x tahu nak cakap apa dah ... kat mana nyee rakyat didahulukan niee ???
Mula2 harga tambang bas naik ... tup2 gaji kakitangan kerajaan naik .. ok lah kan .. gaji swasta naik tak ?? , dah sah2 yang balik ke kampung untuk beraya x lama lagi nie hampir 100% orang melayu beragama islam kan .... dan juga mereka adalah warga melayu / islam yang duduk di luar bandar , kampung - kampung dan Felda kan ... hurmmmmmmmmm

Pastinya mereka yang tidak berkemampuan nak balik kampung terpaksa menggunakan perkhidmatan bas ini . x fikir ke ?? aduhaiii seriuss akak kesian dgn org2 yg berpendapatan sederhana ini .. nak2 yg bekerja bukan kerajaan ... 

***********

TAMBANG PENGANGKUTAN BAS NAIK
 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.


Kakitangan awam naik gaji 1 Julai

Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320

Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.  Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 


Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. 


sumber : bharian  

 kat mana yang cakap nak bantu rakyat nie ??? gaji naik , tambang naik .. barang naik .. dah tuu ? bukan kee samee aje perginya .. gaji naik nak tampung barang dan perkhidmatan yg naik .. ok lah org kerajaan .. tapi yg bukan kerajaan nie ... nak cekow mana nak tambah yg perkhidmatan naik nie ?? huwaaaaaaa .. kesiannnnnnnnnn redha ajelah kann huhuh

akak x kesahhhh akk x naik bas ! .. akk dah duk kampung aka pekan ... ngehx3 ...
 

29 comments:

  1. Lepas ni apa plak lah yg naik. Sama2 kita tengok. Mana janji2 yg rakyat didahulukan?

    Dilema pekerja swasta. Gaji naik tak banyak mana. Tapi brg makin mahal. Kesian kat pekerja2 yg bergaji rendah.

    ReplyDelete
  2. rasanya baru je tambang basa naik kan.nie naik lg..kesian la pada yg sellau gunkn perkhidmatn bas.sy pun tak kisah.sy tak naik bas.hehe

    ReplyDelete
  3. aaah kak semua naik...dia naik seiring gitu...akak duk pekan ek saya baru jer balik dari pekan hari tu...

    ReplyDelete
  4. Semua naik, gaji je xnaik2..huhu

    dilema pekerja swasta...huawaaaaaa

    ReplyDelete
  5. tu la masalahnya.semua brg naik,bas naik...segalanya naik...so naik gaji pun mcm tak de beza la.ntahlah....

    ReplyDelete
  6. cost of living semakin tinggi... bila gaji naik, barang pun automatic akan naik... sebenarnya memang nampak indah tentang kenaikan gaji tu.... tapi keindahan tu x lah seindah mana pun...sebab cost of living mahal... cucuk duit, keluar duit...alih2 cepat jer dah habis... kadar inflasi dah semakin meningkat...

    ReplyDelete
  7. gaji saya dah 3 tahun x naik2 kak.. camner tu? huhuhu... so kenalah buat kerja sampingan... utk tambah pendapatan.. kos sara hidup mmgnya akan semakin meningkat... erm...

    ReplyDelete
  8. tak tahu nak kata pe, lgpun skrg mmg semua harga barang naik

    nak murah shopping kat mydin *seriously barang mydin murah :)

    ReplyDelete
  9. kita mmg tak naik bas, kalu naikpun boleh claim semula (sbb tugasan rasmi..) tp cer fikir nasib anak2 kita nanti, mungkin mereka perlukan perkhidmatan awam?

    alhamdulillah gaji naik lagi tapi.. rasanya barang2 harianpun akan naik sama seiring dengan kenaikan gaji, 3-4tahun lepas ikan selayang dpt RM3/kg, krg ni RM12/kg, sotong - dulu RM 6-8/kg, krg ni RM 20-25/kg.. sikit masa nnt?? ntah le..

    ReplyDelete
  10. Semua benda nk naik.. Haishhh, mau pitam kira belanjawan keluarga tiap bulan

    ReplyDelete
  11. *** mungkin mereka perlukan perkhidmatan pengangkutan awam?

    ReplyDelete
  12. dilema pekerja swasta yg gaji x naik2..sobsobsob..

    ReplyDelete
  13. asik2 naik gaji kerajaan
    ni hujung tahun naik lg kut
    kayolah org2 keje kerajaan ni
    at least depa merasa gak lah naik gaji
    ni eden ni dah 3 tahun x naik2 gaji pehal

    oi najib pandang2 lah sama org keje swasta..b to o to d to o to h hahahaha geram sgt

    ReplyDelete
  14. Itulah undilah lagi pilihan yg dikehendaki sekarang rasalah... geram kakak ieda. Dah kena 'gula-gula' yg bawa penyakit inilah dia.

    Mana ada rakyat didahulukan!!

    ReplyDelete
  15. alah naik pun bknnye ape pun naik tangga gaji je ... bknnye naik byk sgt pun cuma sbb gomen naik gaji pihak lain tu naik harga brg ... tah pepe la surat khabar ni .... dok canang wat pe pasal kenaikan gaji gomen ni ... mana la peruncit dan sebagainya tu tak amik kesempatan kat pengguna ... klu org swasta naik diam2 je tak de heboh pun ... kos sara hidup tak meningkat .... semua salah sorat kabor ... dah lama dah pekeliling keluar tp hari ni br nk kecoh ..menyampah !!

    ReplyDelete
  16. entahnya...agaknya depa ni fikir rakyat ialah mereka2 yang kerja kerajaan je..

    ReplyDelete
  17. hari tu dgr dah psl naikkan gaji org swasta..tp depends pada majikan...huhu..

    kesian pd org yg pakai perkhidmatan bas ni...susah la cm ni..huhu..

    ReplyDelete
  18. Biasalah kak ieda. sama je kaedahnya. Naik gaji naik barang, naik brg naik gaji.

    ReplyDelete
  19. harap pihak kerajaan pandang serius berkenaan kenaikan tambang bas tuh...

    ReplyDelete
  20. Alhamdullillah gaji naik.. tapi cam tu gak kalau barang pun naik.. sama..balik asal gak laa..

    ReplyDelete
  21. gaji naik, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  22. gaji naik mmg bersyukur sgt2..tp jgn dilupa kena byr cukai pulak..sob2

    ReplyDelete
  23. semua naik. untunglaa pekerja gomen. huhu..

    ReplyDelete
  24. harga barang naik.. eh2.. hehe

    ReplyDelete
  25. xpe lah.. naik lah byk2... hmm.. tak tahu nk kata pe dh..

    ReplyDelete
  26. Haha...pndai depa pasang strategi...padan la naik gaji, brg pun naik..sama jgk baik x yah naik gaji..kohkoh

    ReplyDelete
  27. salam..hmm..betul tu.. :(
    skang gaji sy seribu lima, tolak2 semua tggal 1200 mcm tu, sy tolg ayah bayar hutang kad kredit Rm 800 (CIMB & Standard Chartered)..dulu abh sy kerja swasta, nk wat loan semua bunga tnggi nak mampus, dh terdesak mmg terpaksa pinjam even bunga tinggi...nasib sy boleh bantu, dan skarg sy pula yg hadapi maslh sama..susahhhhh sgt nak wat loan dgn bunga yg tggi dan gaji xcukup utk wat loan...rata2 semua nak gaji 2500 ke atas baru leh wat loan, tu pun just 4x gaji je.. :( sedih rasanya bila dibuat cm ni, pekerja swasta bukan nya semua gaji tggi...kerja kedai runcit pun dikira swasta..hadoi... *sigh~

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...