Saturday, June 15, 2013

ROSSA DI KRITIK KERANA MASIH TIDAK BERTUDUNG


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm x tahulah nak cakap apa .. tapi dari apa yg akak pelajari .. walau sejauh mana dan sebanyak mana seklipun kita pergi umrah dan haji , ia belum tentu kita akan mendapat haji yg mabrur dan pulang dengan keberkatan dai allah sekiranya ia bukan datang dari hati kita sendiri , begitu juga dengan pemakaian hijab selepas balik dari umrah atau haji . Sekiranya hati dan diri kita belum bersedia , kenapa perlu kita berpura2 memakaianya demi menuntut status yg kita sudah bergelar hajjah ..

agak2nya kalau kita bertudung sekembali dari umrah atau haji , x lama selepas itu kita buka pula tudung macam mana ?? haaa x ke lebih mengaibkan diri kita .. hurmm sama juga dgn apa yg berlaku kepada penyanyi rossa ini .. pada akak , apa yg diperkatakan oleh beliau adalah yg terbaik dan pandangan peribadi beliau mengenai bertudung aka menutup aurat ..


KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Indonesia, Rossa mengakui dikritik hebat gara-gara tidak bertudung litup selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada tahun lalu. Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, yang hanya memakai tudung selama dua bulan selepas melaksanakan Rukun Islam ke lima itu bagaimanapun berkata, dia menerima kritikan itu secara positif selain menyifatkan orang ramai sekadar prihatin terhadapnya.

"Saya faham apabila ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak bertudung walaupun sudah bergelar hajah seperti kebanyakan wanita lain.

"Ramai juga yang mengkritik, tetapi saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya tahu kritikan itu untuk kebaikan saya juga.

"Bagaimanapun semua itu perlu datang pada diri sendiri. Apabila tiba masanya nanti pasti saya akan bertudung juga," katanya yang ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Hotel JW Marriot di sini, Jumaat.

petikan : mstar

pada akak lah kan .. janji dia x dedah sana dedah sini .. dia berpakaian sopan pun dah memadai .. biarlah keinginan utk berhijab dtg dari diri sendiri dan bukan paksaan oleh sesiapa , perubahan berhijab bukan sekadar memakai tudung di kepala tetapi haruslah secara keseluruhan , adab , perilaku dan tutur bicara .. kalau sekadar bertudung tetapi mengikut fesyen yg melampau dan dlm masa yg sama .. dedah sana , timbul sini .. bonjol sana sini x guna jga kan .. sakit mata org2 yg betul2 menutup aurat melihatnyeee  huhuhu 

tepuk dada tanye selera , tapi akak suka cara dia jawab , sbb dia x mudah melenting macam sesetengah artis kita tuu .. dia akur dan mendengar demi kebaikan dia .. kita nak bagi pandangan dan nasihat pun x rasa kekok bila dia sudi mendengarnyaa .. x gitu ! ;) semoga allah memberikan dia cahaya dan hidayah utk berubah demi kebaikan dia dan kita sebagai pemerhatinya .. ;)

islam itu indah , jgn jadikan ia COMPLICATED ......
 


15 comments:

  1. tp akak sukalah lagu2 dia

    ReplyDelete
  2. tapi bagi saya suka ke tak suka ke,bersedia atau tidak kita kena tutup jugak rambut nih..
    kan wajib...

    sama macsam semayang la..wajib..penat ke tak penat ke,sakit ke,tak leh bangun ke,tetap kena semayang.

    ReplyDelete
  3. Mmg mudah kita ckpknn... Tapi hidayah milik Allah... Sejuta kali pun dia g Makkah tapi klu Allah xnk bg hodyah pkai tdung.. X pkai juga...

    ReplyDelete
  4. Semoga Rossa diberikan hidayah.. Semuanya kuasa Allah yg menentukan..

    ReplyDelete
  5. ermmm rossa blum terbuka lg kot nk btudung..smg dis diberi hidayah Allah swt

    ReplyDelete
  6. semoga pintu hati dia terbuka utk berhijab :)



    ReplyDelete
  7. salam Ieda...sama2lah kita berdoa semoga trbuka pintu hatinya utk terus berhijab

    ReplyDelete
  8. smoga dibukakan pintu hatinya..

    ReplyDelete
  9. mudah2an hidayah itu datang..

    ReplyDelete
  10. betul tu kak. cikna setuju ngan pendapat akak.

    ReplyDelete
  11. doakan semoga ada hidayah untuknya nnti, comel
    je rossa ni

    ReplyDelete
  12. rossa memang cantik.. moga dibukakan hati beliau

    ReplyDelete
  13. x boleh nak komen banyak sbb SA pun masih belum berhijab..cuma setuju ngan akak..semuanya biar datang dengan kerelaan sendiri..

    ReplyDelete
  14. amin. moga dia diberikan hidayah olehNya

    ReplyDelete
  15. Bg pndgn deqla, bertdg ni wajib x kira ikhlas atau x..bersedia atau blm...dulu deqla mcm ni jgk..now deqla rasa menyesal x berhijab dr awal lg...dr sejak arwah ayah deqla msh ada..tentu saja ayah yg terpaksa menjawab di sana kelak..ya Allah jgn dihukum ayah..hukum la aku krn degil dan ingkar atas suruhanMu dan ayah...uwaaaaa

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...