Monday, June 10, 2013

PUASA 1 SYABAAN : REJAB BERLALU SYAABAN MENJELMA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah .... syukur dapat juga akak memulakan hari di bulan mulia 1 syaaban dengan berpuasa sunat hari ini . Semoga allah permudahkan sehinggalah ke akhirnya ... aminnnnnnnnn

******************

SYAABAN DAN KELEBIHANNYA

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.


 KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”


 APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

 
Bertaubat:

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:

Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.


 *****************************************

pagi2 nie membaca kisah pemergian seniwati Latifah Omar , rasanya baru sahaja meratapi pemergian seniman ulung S.Samsuddin .. kini teman seperjuangan pula meninggalkan kita semua .. semoga arwah seniwati ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan tenang disana ...


PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

 sumber : mstar


21 comments:

  1. kejapp ke kan..da masuk syaaban..takziah buat keluarga seniwati latifah omar..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....lieya pun puase kak...moga2 kite mendpt keberkatan dari Allah swt...amin...

    Antara pelakon dulu2 yg lieya suke ni kak...moga allayarhamah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...alfatihah...

    ReplyDelete
  3. cepat masa blalu meninggalkan kite..salam syaaban kak..smg rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  4. Nisfu Syaaban tahun ini kakak rasa jatuh hari Isnin itu yg best. Sekali puasa dapat sunat Isnin sekali..

    ReplyDelete
  5. kjp je dah nak msk bln puasa. cpt betul masa berlalu bju raya x beli lg :))
    smg arwah di tempatkan org2 yg beriman..suka tgk dia masa muda2 mmg lawa!

    ReplyDelete
  6. cepat betulkan.. dah pun masuk Sya'ban.. & dah setengah tahun dlm 2013... mudah2an kita perbanyakkan ibadah kita di bulan yg penuh berkah ni...

    ReplyDelete
  7. Patut harini saya nk pose...tapi demam.
    Bw boleh pulak..:D

    ReplyDelete
  8. cepat sungguh masa berlalu kan kak...

    Al Fatihah buat arwah Latifah Omar

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak ramadhan...
    takziah utk keluarga Seniwati Latifah Omar...

    ReplyDelete
  10. Salam K.Iedamimi..

    alhamdulillah..bila syaban datang, makanya ramadhan bakal menyusul.. :)
    terima kasih atas perkongsian..


    cma baru tau td..
    salam takziah buat keluarga arwah,,
    semoga ditempatkan dikalangan hambanya yg solihin...

    ReplyDelete
  11. alfatihah moga rohnyer dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  12. kejap je masa berlalu tanpa sedar kan ieda

    ReplyDelete
  13. Selamat menyambut Syaaban...moga2 kita dipanjangkan usia oleh Allah semoga dpt bertemu dgn Ramadan al Mubarak pula ...Insya Allah

    ReplyDelete
  14. Selamat berpuasa sunat kak.... Byk pahal yg kita dpt bila kita berpuasa kan.. :)

    ReplyDelete
  15. cepat masa berlalu..tak lama lagi puasa lak..best nya,...

    ReplyDelete
  16. dh hmpir ramadhan.. rindunya ramadhan... thnks sharing... :-)

    ReplyDelete
  17. x sabar nak Ramadhan

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...