بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam semua
aduhh seram sejuk membaca artikel nie .. nasib baik kanak2 berusia 2 tahun tuu cepat2 diselamatkan .. kalau tidak .. entah mati budak tuu dikerjakan oleh pengasuh nie .. meroyan ke ape .. aduhaiii kalau boleh hantarlah anak2 ke nursery , jangalah hantar ke pengasuh , kita x tahu emosi pengasuh nie .. kalau di tadika @ nursery , ada ramai org , bila ada salah seorang penjaga yg emosi mgkin kawan2 yg lain boleh bantu atau diberikan cuti .. haaa kan .. x der lah anak2 kita jadi mangsa ! huhuhu
Ibu dakwa kepala anak dihantuk ke dinding
Subang Jaya: Seorang ibu mendakwa anak lelakinya bukan saja dihantuk kepala di dinding, malah turut dicurah dengan air selain dimaki hamun oleh pengasuhnya di Taman Puchong Perdana, di sini, kelmarin.
Ibu berusia 31 tahun itu diberitahu mengenai kejadian itu selepas
suaminya menerima panggilan dari seorang kenalan memaklumkan pengasuh
terbabit sedang ‘naik hantu’ dengan memukul anaknya di kediaman wanita
itu.
Wanita itu yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, sebaik saja menerima panggilan dari suaminya, dia terus bergegas ke rumah pengasuh terbabit dan mendapati anaknya yang berusia dua tahun itu berada dalam ketakutan.
“Pengasuh terbabit memaklumkan anak saya terjatuh dan
muntah-muntah, namun selepas diperiksa, ada kesan lebam di kepalanya dan
saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis selepas jiran
pengasuh itu menceritakan apa yang terjadi kepada anak lelaki saya ini.
“Jiran pengasuh itu memaklumkan sering mendengar tangisan serta jeritan anak tunggal saya dan pada masa yang sama wanita itu memaki hamun dengan kata-kata kesat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sebuah pusat perubatan semalam.
Menurutnya lagi, sejak tujuh bulan anaknya dihantar ke rumah suspek, kanak-kanak itu sering muntah-muntah ketika dalam jagaannya, dan pemeriksaan doktor turut tidak menunjukkan sebarang penyakit.
Katanya, dia kini menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut
dan berharap sekiranya benar anaknya didera, wanita terbabit akan
menerima balasan yang setimpal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Bukit Puchong, dekat sini, kira-kira jam 10.20 malam kelmarin. “Terdapat saksi mengatakan pernah melihat suspek menghentak kepala mangsa ke dinding.
“Kanak-kanak terbabit kini sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan dan kita siasat kes ini mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak,” katanya.
petikan : hmetro
haishhh macam2 perngai
ReplyDeletekat mana2 pun tak selamat -____-
Tu yang seriau bila hantar anak anak ke pengasuh...Dan sebab itu lah wife saya ambil keputusan jadi fulltime housewife...dan ber bisnes dari rumah aja...
ReplyDeleteaduhaiii kak ieda...falsya nie anak blum kuau dr perut dh risau2 mana nak anto anak bile dh start keje..sbb bende2 cenggini laaaa..
ReplyDeletekesian anak dia.. mesti dia trauma.. :(
ReplyDeletemoga dia kuat dalam mengharungi hari2 mendatang..
mcm2 skrg ni nasib dulu2 takde la pengasuh ganas mcm skrg..baik2 je jaga ank org wp mcm ank sendiri tp takde la ganas gini..scary plak kalau ada ank2 tecik ...^^
ReplyDeleteKesiannya. Tak der hati perut langsung.
ReplyDeleteKesiannya..
ReplyDeletegiler!
ReplyDeletejahatnya, ni bukan manusia namanya, kejamnya sampai hati buat budak kecik mcm tu
ReplyDeleteGila ke apa pengasuh ni? Kalau tak nak jaga informlah jgn budak jadi mangsa.
ReplyDeletealhamdulilah dpt pengasuh yang sgt2 sygkan anak2 el..xpernah jentik sekalipun anak2 el...marah pun x..dilayan manja lebih...mak pak sndiri xde mcm tu..hahahaha
ReplyDeleteyang ni memang betul2 gila, kesian anak tu..syukurlah cepat tau kan
ReplyDeleteSalam K.Immi..
ReplyDeleteHuhuhu... cma anta kat pengasuh.. tapi ramai2..so far alhamdulillah..
tp pengasuh ni mmg ada something wrong somewhere la...kesian bdk tu
Tak suka dgr citer2 mcm ni..budak tak berdaya umur 2thn yg dipukul dihentak bagai...cuba hantukan kepala dia pulak kedinding apa rasa...suka2 hati buat anak org mcm tu..duit nak pulak....
ReplyDeletemacam-macam kes tentang penagsuh ni... baru tadi baca entry pasal bayi kena dera dek pengasuh juga kat kangar...naik seriau pula
ReplyDeleteorg skrg ramai yg dah gile...mintak dijauhkan kejadian2 mcm ni jdi kat kite.
ReplyDeleteTakut dengar macam2 hal...
ReplyDeleteMifz dihantar ke rumah pengasuh,Alhamdulillah ok...
ReplyDeletepengasuh tu sbb nak duit jer, bukannya ikhlas menjaga budak.
ReplyDeleteHrp budak tu xde apa2
ReplyDeleteSimpati dan kesiannya la
ReplyDeleteHilang akal apa. Mana sifat keperikemanusiannya tu. Hadoii ai. Kesian budak tu jd mangsa.
ReplyDeleteAlhamdulilah..syukur anak anak nekcik dulu sentiasa disayangi oleh pengasuh..macam anak mereka sendiri!!
ReplyDeleterasa2nya pengasuh2 di malaysia ni mmg rancang dah kot nak buat macam tu kat budak.. isu ni muncul lepastu terus muncul. kalau xda mmg xda langsung
ReplyDeleteadoi..pengasuh buat cara pengasuh...kat nursery pun ada kes...paling selamat kita jaga sendiri...huhu...mode: risau
ReplyDeleteKalo ada ank rasa takot plak nk hntr ank org jaga..mcm2 kes..ish,..
ReplyDeletebenda ni layg buat sy takut nk hantar anak ke pengasuh..
ReplyDelete