Thursday, June 27, 2013

NENDA YANG SEMAKIN UZUR BADAN DAN FIKIRAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

usia dah menginjak ke 90 tahun .. alhamdulillah nenda akak nie memang sihat .. baru2 nie buat timbang kesihatan usia dlman badan dia 65 tahun uuuuu , org lama kan ... makanan mereka x sama macam kita dulu2 .. akar kayu minumannya .. ! .. patutlah dia x duduk diam sekali .. ke hulu ke hilir , adakalanya satu kampung dia jelajah .. rasa nak singgah rumah sesiapa , dia akan singgah , ada sahaja sedara mara yang akan berikan makan ... aduhhh x boleh nak tegah kesukaan berjalan dia tuu .. tapi nasib baik dia tahu jalan pulang dan adakalanya di bawa pulang oleh sedara mara yang menjumpainya ..

walau dia ligat berjalan , nenda sebenarnya dah semakin uzur dan semakin kurus .. bertambah dengan fikiran yang tidak berapa nak ingat .. banyak bercakap sorang .. adakalanya apa yg di ceritakan jarang sekali kami paham .. boleh dikatakan hanya 30% shja yg boleh di percayai .. selebihnya dia suka berilusi .. sedih pula melihatkan perjalanan dia skrg nie ... skrg nie akak dan ummi memang menjaga nenda .. kemana sahaja pergi kami akan bawa sbb dia yg memang nak ikut .. suke berjalan .. makan pakai semua kena tgkkan .. kalau tidak dia memang x boleh nak bezakan yang mana dah lama pakai dan baru dipakai ..

 dia suka makan nasi .. pagi nie tadi akak buat kuehtiaw grg tapi dia nak nasi juga ..


akhirnya x luak mana pun ... tekak dah biasa makan nasi ... nak tunggu nasi juga ..
akak masak nasi pagi2 .. sbb nasi mlm tadi basi pula .. dah rezeki ayam kan ..

setiap hari bertanyakan " esok raya kan .. x masak rendang ke ?? meh potong ayam ... " aduhhh sedih mendengarnya .. kadang2 kami cakap ... " lama lagi nak raya mak ! ... puasa pun belum " ... tapi lama lepas tuu dia cakap lagi .. tanya lagi ... dia suruh kami masak ketupat .. x buat kuih raya ke ... huhuhu

semoga panjang umurnya ke Hari raya nanti .. tapi x guna dahh sbb dia memang x akan tahu .. baginya hari2 dia rasakan hari raya .. nak2 kalau kami pakai baju cantik2 nak gi kenduri .. huhu

25 comments:

  1. mak saya pun sama memang tak leh kalo tak makan nasik..

    moga nenda terus sihat dan panjang umurnyer...

    ReplyDelete
  2. semoga d beri kesihatan yg baik... amin...

    ReplyDelete
  3. Bahagian masing2, kan? Ada yang sudah berusia lebih tapi kesihatan dan ingatan masih baik. Ada yang boleh dikira muda, tapi sudah tidak berdaya...

    ReplyDelete
  4. orang tua2 memnag ramai yang jarang2 makan mee ke bihun ke sebab sejuk..walaupun depa bukan dala mpantang bersalin..jaga badan dan ada jugak yang sebab terbiasa..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah mudah-mudahan bertemu Ramadhan dan Syawal nanti..

    Biasalah kak dah uzur ni, kita kena layankan jela :)

    ReplyDelete
  6. dah 90 taun ea
    masih kuat..smoga dipanjang umur beliau time menyambut Syawal nanti

    kelakar jugak bila nenda akk ckp pasal esok raya..xmasak rendang ketupat ke w/pun sebak bila mendengarnya...

    ReplyDelete
  7. Dh 90 tahun kak?msih kuat lg nenda akak

    ReplyDelete
  8. eida smpat lagi menjaga nenda, alhamdulillah..

    seingat akak dlm usia 8 tahun, nenda sblh arwah ayah pergi, sebelah mak lg tak kenal sbb meninggal semasa arwah mak masih kecil..

    Datuk lak sblh mak tiada semasa akak berusia 9thn, sempat le bermanja.. sblh ayah tak smpat nak kenal..

    ReplyDelete
  9. semoga nenda akak nih diberi kesihatan yang baik hendaknya

    ReplyDelete
  10. Nnt turn kiter tataw mcm mana plak khen kaka
    Sementara ader ni jaga la elok2
    Moga nenda sentiisa sihat hendaknyer

    ReplyDelete
  11. bila sampai satu ketika...kita akan kembali menjadi budak2...Semoga sabar melayan kerenah beliau yer sis...

    ReplyDelete
  12. Dah mula nyanyuk ieda. Tapi asal tak susahkan anak-cucu dah bersyukur sebab dia sihat boleh bergerak lagi sana-sini.

    Besar ganjaran ieda dan keluarga menjaga nenek ieda..

    ReplyDelete
  13. aida pun ada nenda lagi - 89 tahun. still ok, bleh ingat. badan je tak kuat :-)

    ReplyDelete
  14. Tiba2 teringat nenek yg baru sahaja meninggalkan kami dua bulan lepas. Rindu.

    Aina doakan nenda akan sentiasa sihat. Ujian Allah s.w.t buat anak cucu, moga semua akan sabar melayan kerenahnya.

    ReplyDelete
  15. 90 tahun?

    hebat pengalaman ni!

    ReplyDelete
  16. Semoga nenda terus sihat ;)

    ReplyDelete
  17. Moga nenek alak sht sentiasa.. Kak, esok kena merendang le jawabnye kak. Hihi, klu x nnt nenek asik sebut je

    ReplyDelete
  18. dulu arwah nenek sedara pun lebih kurang jugak.. tiap kali kami balik kampung mesti tanya dah makan dah minum, nak balik dah ke.. baru sampai dah dibekalkan makanan untuk dibawak balik.. huhuhu..
    bila orang tua ni dah semakin berusia kita lagi kena banyak bersabar dengan kerenah dorang.. ;)

    ReplyDelete
  19. Wah...Nampak masih sihat lagi yer kak.

    ReplyDelete
  20. Emosi bercampur baur baca entri ni...

    Nenek saya pun tak sihat dah..tapi tak mau duduk dgn anak2. Agak pening memikirnya..

    ReplyDelete
  21. dia sihat cuma ingatan jer dh kurang. biasalah..nasib kita sebagai manusia...ikut bahagian masing2 lah.
    Kalo panjang umur...ada yg tua badan dh sakit2 tp ingatan kuat lagi..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah masih sihat cuma tak ingat je. Pjg umurnya. Saya dua2 dah takde.

    ReplyDelete
  23. Nmpk sht lg..moga pjg usianya...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...