Thursday, June 27, 2013

KENAPA TIDAK SERIK ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

entah lah .. x paham .. mak sakit .. dia buat lagi ! .. x serik kah .. anda kenal siapa yg dimaksudkan ?
hurmmmmmmmmmm x tahu nak kata apa dah !


Pelakon gian dadah tidak serik

Ampang: Seorang pelakon lelaki yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes 
dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam kerana disyaki melakukan kesalahan sama. Pelakon berusia 30-an itu ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu.

Sumber polis berkata, pelakon itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah berkenaan. “Ketika serbuan dilakukan, dia berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.

“Dia kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah,” katanya.  Berikutan itu, katanya, pelakon terbabit kini ditahan dan polis dijangka mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya hari ini.

Menurutnya, pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, pelakon berbakat itu ditahan pada Mac 2010 dan penahanannya ketika itu mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi dia ditahan di pinggir ibu negara.

Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi Harian Metro, malam tadi mengesahkan penahanan pelakon terbabit.

sumber : hmetro

mereka cakap dia ...
x silap lagi

 pic : abang nara

ps : kesiann mak dia huhuhu ( seniwati azean irdawaty )


16 comments:

  1. mmg kesian lah kat mak dier kan! hrmmm

    ReplyDelete
  2. Salah didikan kah? Atau ?...

    ReplyDelete
  3. Dulu nampak macam hensem gak skrg ni semacam je tengok. Anak2 ni ujian buat ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. kesian... sbb dah ketagih, mmg sukar nak elak..

    ReplyDelete
  5. mak dia kan sedang sakit..

    ReplyDelete
  6. dadah..sekali terjerat..mmg susah nak pilih

    ReplyDelete
  7. Buat malu bangsa....

    ReplyDelete
  8. Tak pernah serik...semoga boleh berubah...

    ReplyDelete
  9. itu lah kak..semlm bile falsya baca, first ayat yg kuau, xserik ke benjy nie..xkesian ke kat mak die yg sakit tuh..hurmmmm, xpenah belajar dr kesilapan..

    ReplyDelete
  10. benji...benji... ape nak jadi ni...
    huhuhu...insaflah.. sian mak ko tu kan sakit....

    ReplyDelete
  11. Alahaiii x abis2 wat hal si benji ni...mak dah la tgh sakit..tmbh sakit tgk prangai ank mcm ni...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...