بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam semua
sekolah akan ditutup sehari bermula esok .. anak2 bukan main suke bila tahu mereka bercuti .. aduhaii anak ... natuk dan bersin silih berganti .. panas toksah cakap lahh ... tidur 8 jam dgn aircond , kalau tidak berjagalah semalaman .. sib baikk x kerja dah ekeke .. x kerja yg memerlukan akak kuar rumah .. syukurr ;)
sama2 kita doakan agar keadaan ini beransur pulih .. kritikal sgt skrg nie ... kawasan pekan pahang nie memang dah x jelas pandangannya .. memang x duk luar rumah lama2 dah ..
MELAKA: Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di
seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan
di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut
diarah tutup.
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu
hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk
aktiviti luar."Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh
Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila
diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di sini, Ahad.
Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456. Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng
muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah
sama.
Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima
1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah
untuk melakukan aktiviti harian.
Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam. Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan
teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu
yang semakin kritikal.
Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan
semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat
jerebu ditutup bermula esok.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor
kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak
sihat hari ini.
"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak
penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa.
Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan
kesihatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis
perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith
Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan
Pahang Sultan Ahmad Shah.
Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan
dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baharu 149 dan Indera
Mahkota 107. Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail
berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah
di daerah ini.
"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah
supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru
besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi
menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. BERNAMA
takutnya tgk keadaan negara kita skrg ni kak, sekolah KL fan selangor pun tutup hari ini, bukan apa kesian kat bebudak ni je, moga keadaan kembali sedia kala
ReplyDeleteMoga keadaan cepat pulih...
ReplyDeletemoga keadaan ini pulih..
ReplyDeletekene minum air masak bnyk..
ReplyDeletedlm rumah pon bau asap hu3
ReplyDeletesy pun bercuti hari ni sbb yg sama...
ReplyDeleteKesihatan kena jaga nih.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ieda
ReplyDeleteanak2 saya pun tak sekolah hari ni
Ye tau psl ni sbb shbt blog, nealopah ade bgtau..ishh terok sgt tu kan...
ReplyDelete