Monday, June 3, 2013

IZZUE ISLAM & SHAJIRY MASING-MASING SELAMAT MENIKAH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah akhirnya kedua2 pelakon ini selamat dinikahkan dengan pasangan masing2 ... syukurlah kerana mereka memilih dari bukan artis .. haa bukan kata kawin sesama artis x elok .. tetapi bila kawin pasangan bukan artis nie kira macam lebih selamatlahh .. ye dok .. risiko kurang .. ke samee aje ! erkkk

apa punn semoga mereka berbahagia ke anak cucu ! ..
izzue nie mudeee belia kan huhuhu

****************

Bertempat di Dewan Shah Alam ahli kumpulan Forteen berusia 23 tahun, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurus peribadinya, Awin Nurin dengan sekali lafaz sekitar 9.45 pagi tadi.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Awin Nurin sendiri, Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan.

Perkahwinan Izzue Islam & Awin Nurin mendapat perhatian ramai peminat kerana mereka berjaya merahsikan percintaan selama lima tahun mereka dari pengetahuan semua & bertunang pada Jun 2012 lalu.

Dari perkenalan Izzue Islam bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue Islam selepas pelakon dan juga salah seorang anggota kumpulan Forteen menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.





&

Pasangan yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan, Shajiry Damery, 39 bersama calon pilihan, Yusnita Yusof, 38 selamat dinikahkah dengan sekali lafaz di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara siang tadi.

Pasangan yang berkenalan selama 8 tahun dan mulai serius sejak setahun lalu ini dinikahkan sendiri oleh bapa saudara pihak perempuan iaitu Sahak Bin Mohamad sambil disaksikan oleh Imam Masjid Umar Al-Khattab dan pendaftar nikah Masjid Wilayah, Mohammad Syukri bin Yaaccob.

Majlis pernikahan di antara penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hadirlah Kasih dan juga Orang Kita berlangsung di dalam suasana yang sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak serta sahabat handai dan juga rakan media.

Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta 10 dulang hantaran berbalas 11 dari dirinya dan wang hantaran sebanyak RM 15,000 yang terdiri daripada senaskah al-Quran, jam tangan berjenama Armani Exchange, beg bimbit Gucci dan juga kamera Samsung Galaxy.





sumber : rotikaya 

OH YA .. ADA YG AKAK TGK LINK AKAK DI BLOG UOLSS X BERUPDATE STATUS DIA .. MINTA UOLSS UPDATE LINK AKAK KEMBALI YE .. TUKAR KE LINK SKRG NIE IEDAIMMI.COM ... tq ;)

with LOVE 

14 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat mereka.

    Kak...saya ingatkan tadi salah rumah. Sekali rumah baru daaaa ☺☺. Pakai dot.com lagi tu. Cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  2. tahniah akak dah tak guna komen G+ yer

    ReplyDelete
  3. taniah pd dua2 retis tuh, sorang kawin muda sorang kwin lwt skit... tp doanya moga berbahagia

    ReplyDelete
  4. tahniah buat kedua mempelai

    ReplyDelete
  5. sama chantek... sama padan...

    ReplyDelete
  6. tahniah pada kedua2 artis...

    wah akak, blog sudah berwajah baru...sudah pakai .com lagi..tahniah kak...

    ReplyDelete
  7. tahniah buat kedua2 mereka yer

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat kedua mempelai.. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  9. salam K.ieda..
    comel izzue ni..
    tahnaih buat mereka berempat :)

    dah ade domain sendiri ..tahniah.. :)

    ReplyDelete
  10. tahniah buat pasangan ini, sama cantik sama padan

    ReplyDelete
  11. Selamat pengantin baru buat mereka.... ;-)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...