Friday, June 21, 2013

BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN KEMBALI CINTA SUAMI


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

perkahwinan dan alam rumahtangga pastinya ada pasang dan surutnya .. alangkah pedih bila perasaan ini tercalar kembali .. apa yg tidak kena ? apa yang tidak senang dihati ? apa yg tidak puas hati ? nak bercakap seakan terhenti .. hakikatnya ia menyiksa diri ... hati dan nafas terasa seperti tersekat ..


Adakah perkahwinan anda semakin suram dan penuh berliku hingga anda merasakan suami anda tidak cintakan anda lagi? Apa kata anda bila suami tidak cintakan anda lagi? Adakah cinta itu boleh dikembalikan semula?

Sepanjang berlakunya pertengkaran atau perselisihan dalam perkahwinan, ada kemungkinan bahawa setiap pasangan akan berasa untuk mencintai orang lain. Lebih-lebih lagi jika masalah yang dihadapi terlalu besar hingga boleh membawa kepada perceraian.

Jika suami anda semakin menunjukkan perasaan cinta yang semakin hilang, langkah seterusnya perlu dilakukan dengan segera bagi kembali memulihkan keadaan. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan cintanya kembali ialah:

Luangkan lebih masa bersama

Apabila anda menghabiskan masa bersama, pastikan masa itu ialah masa yang berkualiti yang anda rasa masing-masing boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pasangan. Menghabiskan masa bersama sebenarnya akan menjadi susah disebabkan anda perlu menyelesaikan urusan-urusan harian seperti urusan kerja, hal anak-anak dan komitmen-komitmen lain.

Walau bagaimanapun, jika suami anda sudah semakin tidak mencintai anda, nak tak nak, anda terpaksa berkorban dan berusaha untuk pastikan anda dapat meluangkan masa bersamanya. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk meluangkan masa bersama adalah dengan mengajaknya keluar bersama seolah-olah pertemuan kali pertama semasa bercinta dahulu.

Anda boleh menonton wayang yang digemarinya dan makan malam romantik. Pastikan anda langsung tidak bercakap mengenai perkara selain mengenai diri anda dan dirinya sahaja. Selain itu, anda boleh juga merancang percutian hujung minggu yang romantik khusus untuk anda berdua sahaja.

Cintai dirinya dengan sepenuhnya

Selain menunjukkan rasa cinta kepadanya ketika keluar bersama, anda juga perlu mengekalkan dan menunjukkan perasaan cinta itu pada setiap hari dan setiap ketika kepadanya. Buatkan suami anda berasa anda benar-benar perlukan dirinya dan akan mencintainya sampai bila-bila. Jangan sesekali mengkritiknya atau merendah-rendahkan dirinya dalam apa jua keadaan.

Ingatlah bahawa lelaki mempunyai ego yang tinggi. Buat apa sahaja untuk dirinya agar perasaan cinta anda itu lebih terserlah. Selain itu, jika suami anda melakukan sesuatu untuk anda, pastikan anda memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada dirinya .

Elakkan daripada bersikap negatif kepadanya dan hanya memberikan sepenuh perhatian kepada perkara-perkara yang baik sahaja agar suami anda akan kembali mencintai anda.

Bercakap dengannya

Salah satu cara yang terbaik adalah dengan berkomunikasi dengannya. Cubalah untuk menghubungkan kembali dan melihat apa sebenarnya yang terjadi dalam perkahwinan anda.

Cari punca sebenar kepada masalah dalam perhubungan anda dan seterusnya segera mendapatkan penyelesaiannya. Mungkin ini akan menjadi perbincangan yang agak sukar, namun segalanya pasti akan berjalan lancar setelah masing-masing meluahkan perasaan dan pandangan dengan hati yang terbuka. Ini akan kembali menenangkan perasaan dan membolehkan idea-idea untuk menyelesaikan masalah anda akan muncul.

Dapatkan bantuan

Tiada apa yang salah untuk anda berjumpa dengan kaunselor jika anda berasa suami anda semakin tidak cintakan anda. Berjumpa dengan kaunselor mungkin akan lebih berkesan jika pergi berdua dengan suami, tetapi anda boleh juga pergi seorang diri bagi mengenal pasti punca dan cara bagaimana untuk membuatkan suami anda kembali mencintai diri anda.

sumber :pakarcinta

semoga setiap yg berlaku ada kesudahannya .. semoga hati semakin kuat dan tabah hadapi semua dugaan dan ujian ini , kerana allah maha mengetahui dan kaya .. berdoa dan terus berdoa agar semua ini ada penghujungnya kerana langit tidak selalunya cerah ...


13 comments:

  1. boleh guna tips ni lepas kawin :D

    ReplyDelete
  2. Cinta itu umpama pohon, perlu disiram dibaja selalu...jika ingin pohon itu segar selalu. Jika sudah terlanjur layu, baru kita siram/baja...mungkin boleh segar kembali, atau mungkin terus mati.

    Semoga cinta kita & pasangan terus segar! Insya allah..

    ReplyDelete
  3. tips utk masa depan. ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas prkongsian...

    ReplyDelete
  5. Nice tips. Semoga cinta kembali bertaut. Suami suka dimanjakan terutama bila berusia 40 thn ke atas. Byk terjadi bila di usia begini. Pesan arwah ayah. Jgn lebihkan anak dari suami. Hanya lelaki yg tahu apa yg mereka mahu. Mereka sentiasa mahukan belaian dari seorang isteri.

    ReplyDelete
  6. Hi, saya nak turun umur, jadi muda boleh?
    Good for you to know this herbal wellness.
    You keep well, and have a nice weekend. Keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. insyaallah sama2 doa moga cinta kita dan pasangan makin kukuh

    ReplyDelete
  8. nice sharing... biasa sy pujuk dgn masakan kegemarannya je.. hehe...

    ReplyDelete
  9. salam kak ida..nice tips...

    ReplyDelete
  10. saya kene belajar nih! heheheh~

    ReplyDelete
  11. palingpenting kena tolak ansur dan saling faham yg pasangan kita tu melengkapkan hidup kita yg x lengkap

    ReplyDelete
  12. Bagus sgt tips ni kak, terima ksh berkongsi..x kira la bila2 pun bole amalkan... ;-)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...