Monday, June 10, 2013

5 TIPS MENJAGA PERKAHWINAN DAN CARA MENGATASI PENCERAIAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Bagi kebanyakan orang, perkahwinan ialah suatu perkara terhebat yang berlaku dalam hidup mereka. Namun, kebanyakan daripada mereka sebenarnya tidak faham dan tidak sedar bahawa perkahwinan ialah suatu perkongsian yang paling sukar untuk dikendalikan.

Jika pasangan tersebut tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup dan jelas, mereka pasti akan menghadapi alam perkahwinan dengan begitu sukar. Setiap pasangan perlu faham bahawa mereka berada dalam dunia yang baru, dunia yang jauh berbeza berbanding dunia sebelum mereka berkahwin.



Namun, ada juga pasangan yang dapat menjalani perkahwinan dengan penuh ketenangan dan penuh bahagia. Terdapat beberapa langkah bagi mengatasi keretakkan dan kesuraman dalam perkahwinan iaitu:

1. Cipta kebahagiaan dan kegembiraan
Berasa bahagia dan gembira ialah salah satu faktor terpenting untuk memperoleh perkahwinan yang berjaya. Kegembiraan ialah kunci untuk memastikan perkahwinan anda berjalan lancar. Kegembiraan perlu datang terlebih dahulu sebelum datangnya perkahwinan yang lancar dan teguh.
 
Bagi mengelakkan penamat yang sedih dalam perkahwinan anda, anda perlu belajar untuk membina kegembiraan dalam perkahwinan anda. Untuk melakukannya, anda perlu menggembirakan pasangan anda terlebih dahulu sebelum memikirkan kegembiraan anda. Apabila pasangan anda gembira, anda juga pasti akan gembira pada akhirnya.

Apa yang anda beri, itulah yang akan anda dapat.

2. Belajarlah untuk mendengar
Brendan Francis pernah berkata,”Seorang lelaki sudah separuh jalan untuk mencintai seorang wanita yang mendengar kata-katanya”. Jika anda seorang wanita dan sedang berdepan masalah perkahwinan dengan suami anda, mungkin kata-kata tersebut boleh memberi sedikit gambaran kepada anda betapa pentingnya kuasa mendengar.

Perkahwinan bermakna anda bersedia untuk bersikap terbuka dengan pasangan anda iaitu menjadi seorang yang boleh berkomunikasi dengannya dan juga setia mendengar apa jua kata-katanya.

3. Apa yang anda beri, itulah yang akan anda dapat
Kebanyakan orang yang terbiasa dengan kehidupan bujang pasti hanya akan memikirkan perihal dirinya sahaja. Sebab itulah apabila telah berkahwin, mereka seolah-olah terbawa-bawa dengan perangai lama dan tidak mempedulikan pasangan masing-masing.

Jadi, untuk membolehkan pasangan anda memberikan layanan terbaik kepada anda, anda patut terlebih dahulu memberikan layanan sebaik mungkin kepadanya, jangan terlalu pentingkan diri sendiri.

4. Jangan malu untuk meminta maaf
Berselisih faham atau berbeza pendapat sudah menjadi lumrah dalam perkahwinan. Anda seharusnya memahami perkara ini iaitu tiada pasangan yang sempurna, yang langsung tiada cacat cela.

Cara dan pengurusan masalah seperti ini yang membezakan setiap pasangan berbanding pasangan yang lain. Anda berdua harus belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam menyatakan pendapat atau pandangan anda kepada pasangan.

Jangan berebut-rebut untuk bercakap pada masa yang sama. Biarkan salah seorang bercakap terlebih dahulu dan berikan masa kepadanya untuk menerangkan kata-katanya manakala yang tidak bercakap mesti mendengar dengan penuh perhatian. Jangan takut untuk mengaku kesalahan jika terbukti anda yang bersalah dan bersikap jujurlah dengannya serta jangan malu untuk meminta maaf kepadanya.

Sepatutnya setiap pasangan mesti sentiasa saling meminta maaf terutamanya ketika berlaku sebarang konflik dalam rumah tangga. Belajar juga untuk saling memaafkan dan pupuklah sikap percaya sepenuhnya kepada pasangan.

5. Luangkan masa bersama pasangan
Di awal perkahwinan pasti semua pasangan berasa bahagia dan gembira. Mereka pasti meluangkan masa untuk bercuti atau melawat tempat-tempat menarik bersama-sama.

Namun, masa terus berlalu dan masing-masing semakin sibuk dengan urusan harian selari dengan bertambahnya tanggungjawab untuk dipikul dalam keluarga menyebabkan mereka mengabaikan pasangan mereka.

Ambillah masa untuk kembali bersama pasangan dan cuba seimbangkan dengan keperluan pasangan dengan urusan harian. Jika ada masa terluang, ajaklah pasangan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.

tips : pakar cinta

alhamdulillah , berbuka dengan selamatnyaaa tapi bukan akak lah huhuh .. buat mee hun sop sahaja .. syukur bersederhana utk berbuka adalah amalan yg mulia .. ;) walau x dpt nak puasa , terasa sangat letih sbb x nak makan .. nanti anak2 nampak susah pula nak jawab kan .. soo berpuasalah akak sampai ke maqrib .. ;)


14 comments:

  1. good tips kak.. insha Allah akn amalkan... cinta perlu dipupuk setiap hari kan... :)

    ReplyDelete
  2. Salam K.Iedamimi..
    alhmdulilah..tenkiu for shairng :)

    ReplyDelete
  3. wah, berguna tips ni. sama-sama muhasabah diri kan.

    ReplyDelete
  4. setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya, saling bertolak ansur dan saling memahami insha allah berkekalan ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. mmg kena ambil masa ntuk dptkn keserasian

    ReplyDelete
  6. hhhmmm.. ada jugak benarnya.. yg penat ialah.. bila hanya satu pihak je nak mencipta/mengekalkan perhubungan tp pihak yg lg satu pulak mencuba berbagai alasan utk buat perangai.. bila tertangkap masih lg tiada kesedaran.. anggap hanya kita menbesar2kan perkara yg remeh (bg dia la).. tah la kak.. bersabar jew la kannnn

    ReplyDelete
  7. tq tips nya kak..akan sentiasa baiki kekurangan..

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn semua tips yg u share tue..;p

    ReplyDelete
  9. Thanks for the tips kak. Kalau boleh elak...kita elak. Tapi kalau hati dah sengsara, tak boleh nak buat apa dah. Mungkin ada jodoh yg lebih baik menanti.

    ReplyDelete
  10. gud tips kak! plg penting apa pun yg berlaku jgn terlalu ikut emosi.. fikir dgn akal yg waras... ;)

    ReplyDelete
  11. Nice sharing kak..moga rumah tangga kita smua kekal bahagia till jannah...amin... :-)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...