Thursday, May 23, 2013

PEMBUNUH ARWAH SOSILAWATI AKHIRNYA DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akhirnyaaaa terjawab .. rasakanlah anda ber4 ke tali gantunglah pengakhirannya ... syukur atas apa yg allah dah tentukan .. semoga ini semua menjadi pengajaran kepada kita semua .. jangan sesekali rasa diri ini besar dan megah kerana sewenang2nya mencabut nyawa orang lain ....  mahkamah dunia dah tentukan ..!


SHAH ALAM: Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, tadi selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Banting pada 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akthar Tahir memutuskan demikan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Pathmanabhan, 44, serta tiga pekerja ladang iaitu T Thilaiyalagan, 22, R Matan, 23, dan R Kathavarayan, 33, dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. 

Mereka melakukan perbuatan itu di Lot nombor 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.


Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/23


puas hati dengan keputusan dari mahkamah ini , pastinya anak2 dan saudara mara mangsa boleh menarik nafas lega ... semoga arwah sosilawati dan 3 orang lagi tenang disana .. aminnnnnnnnnnnnn




16 comments:

  1. ha rasakan.. igt bt jahat pstu leh hidup bebas sana..kalo nk lari atas dunia akhirat sana tk leh lari jgk..huhu

    ReplyDelete
  2. jgn dok dlm sana dua tiga tahun pastu kuar sudah..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..selesai jugak akhirnya kes ni.. x sgka org dlm gak yg bunuh.. ish.. dunia2..hrp2 btl la smpai ke tali gantung tu..huhu..

    ReplyDelete
  4. yea la... betul la
    Deqla, hope btul la hukuman yg dikenakan tu... jgn digantungnye org lain.. org yg bersalah lepas bebas, klau tak serik lagi... tah sape mangsanye..

    ReplyDelete
  5. Baru lega kakak rasa keluarga mangsa bukan (sosilawati aje) sebab 3 yg lain pun kena bunuh kejam juga.

    Moga roh-roh mereka yg dah pergi itu tenang dgn berakhirnya keputusan ini..

    ReplyDelete
  6. gitu la penamatnya..rasakan..

    ReplyDelete
  7. pembalasan tetap ada..lmbt dgn cepat jer...

    ReplyDelete
  8. mati dibalas dgn mati juga... insha Allah.. kebenaran pasti muncul lambat dgn cpat je.. :)

    ReplyDelete
  9. puas hati dengan keputusan ni..

    ReplyDelete
  10. Semoga selain beri keadilan,juga dapat beri peringatan kepada orang yg lain juga...

    ReplyDelete
  11. Walaupun dihukum gantung sampai mati tidaklah setimpal dengan apa yang dia lakukan tetapi harapnya menjadi pengajaran pada mereka yang lain

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga kes ni..moga ahli keluarga mangsa terus tabah hadapi dugaan

    ReplyDelete
  13. Salam K.Iedamimi..
    ke tali gantung..
    baru rasa siksa dunia..blm akhirat lg..

    ReplyDelete
  14. hampir 3 tahun baru selesai, alhamdulillah..

    ReplyDelete
  15. setimpal dengan perbuatan terkutuk dia tu..

    ReplyDelete
  16. Ini baru hukuman dunia... akhirat nanti terima lagi... sape suruh bunuh orang kan...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...