Monday, May 20, 2013

Letakkan Kekasih Ke Tepi, Nasihat Ustaz Wan Akashah Kepada Afiq Muiz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ada benarnya kata2 ustaz ini .. x tahu nak cakap apa dah pasal kes pelakon Afiq nie .. hurmm kecoh sana sini pasal dia nie .. x tahu mana silap atau salahnyee antara dia dan ibunya .. rasanya dah ramai artis mahupun teman2 artis menasihatkan Afiq nie supaya berbaik kembali dengan ibunya ..

walau jahat dan x eloknya ibu dia adalah IBU kita , kita kena fikir dia yg melahirkan kita .. ada ke ibu yang zalim dizaman skrg ini ??? rasanya tidak ada dahhh , jarang sgt kita jumpa .. yg banyak selalu mendoakan terbaik buat anak2 mereka ...

**********

Sememangnya cinta boleh membutakan hati dan membuatkan hubungan kekeluargaan yang rapat menjadi renggang. Abang Nara suka mendengar kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah apabila diminta mengulas mengenai kontroversi yang sedang menghimpit Afiq Muiz dan ibunya.


 Untuk isu kali ini, Ustaz Wan meminta agar Afiq bertaubat dan memohon maaf kepada ibunya secepat mungkin. Kata Ustaz Wan:-
Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu


Kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah bukan sahaja boleh diguna pakai oleh Afiq Muiz tetapi juga kepada kita yang masih mempunyai ayah dan ibu. Kadang-kadang kita sebagai manusia memang mudah terlupa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tambah Ustaz Wan lagi:-
Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita
Semoga Afiq Muiz akan membaca kata-kata nasihat dan pedoman daripada Ustaz Wan Akashah ini. Letakkan ibu bapa sebagai keutamaan pertama dan ketepikanlah kekasih anda.

Namun begitu, di dalam Pancaindera semalam, Afiq Muiz telah berkongsi 2 buah SMS yang telah dihantar oleh ibunya. Agak kasar juga bunyi SMS tersebut. Nama yang tertera di dalam SMS tersebut ialah “Mamy umie” dan SMSnya seperti di bawah:-
SMS 1: Kau tunggu balasan allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat.
SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau.
sumber :abang NARA

uishh terperanjat juga membaca SMS dari ibu Afiq ini ... pasti ada yg x kena dgn ibunya ini .. pasti ada sesuatu yang membuatkan ibunya marah sehingga mengeluarkan kata2 macam nie ..
huhuhu kata2 seorang ibu adalah DOA , bila berkata2 begini ia sudah menjadi suatu doa yang pastinya akan membuatkan si anak menderita ... berbalik lah kepada yg asal .. harap2 Afiq dan ibunya boleh menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik ... sedih bila kisah macam nie di perkatakan oleh orang .. kita jadikan semua ini sebagai renungan kita bersama ..

rasanya x terlintas dihati nak menderhaka dengan ibu bapa kita ... mereka lah syurga .. ingat lagi kata2 arwah ustaz yang selalu akak pergi dgr kuliah agamanya  ...  walau sejahat mana seorang ibu ( mahupun pelacur ) dosa yg dia ada adalah diantara dia dan allah , kita sebagai anak tidak berhak mengadilinya kerana tugas seorang anak adalah patuh kepada arahan dan menjaga kebajikan dia sebagai ibu kita ... allahhhuakbar ! sungguh besar darjat seorang ibu ...

ps : tetiba winduu kat ummi dan ayah !






23 comments:

  1. tak memasal kan kak satu malaysia dah tau pergolakan keluarga dorang. better dorang duduk berbincang. walau apa jadi, tu kan makk, tu kan anakkk.

    ReplyDelete
  2. Complicated sangat kes diorang ni..
    AJ naik malas nak membacanya..
    Harapnya semuanya kembali jernih..

    ReplyDelete
  3. uhuhuhu....
    harap kita sbg ibu pun kena jaga percakapan...sbb satu doa.....uhukssss...

    ReplyDelete
  4. assalam,

    hanya dua beranak ni saja yg lebih mengetahui apa yg sebenarnya yg berlaku...

    kita hanya boleh melihat dan mendengar...payah untuk menilai dan menuding jari salah siapa sebenarnya...

    kadang2 kita sebagai parent ni pun ada gak terlepas cakap, yerlepas laku yg kita tak sedar..

    sepatutnya apa pergolakkan dalaman keluarga di selesai sesama sendiri tanpa menghebohkan merata..

    atau lebih baik cari dan mengadu kepada pihak ketiga yg lebih dipercayai..

    akibatnya mengaibkan keluarga sendiri...

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. hurmm,, sama-sama mcm tak boleh pakai. si anak pun satu, lebih sibuk nak jaga hati kekasih yg tak konfem nk bwk die ke Syurga, yang Mak tu bersusah payah jaga die sampai sebesar gajah ni langsung tak ambik peduli.

    yang mak pun, aduhai. kenapalah letak media sosial sebagai komunikasi. dah tak yakin dengan Allah ke? kan ALlah dah kate Doa Ibu tiada HIJABNYA...

    ReplyDelete
  6. Hmm.. X tahu nk komen apa psl isu ni...sbb yg mengetahui hanya Allah, afiq dan ibunya.. Kita x blh nk slhkn sapa2 sbb kita x berada di tempat diorg... Moga konflik ni cepat selesai..

    ReplyDelete
  7. ntahla kak... yg dana nyampah kan, time kt melodi ke kt galaksi ke... beria2 nngis si afiq ngn eina nih tau... tau la pelakon msti senang nk nngis kan...

    biasalah tu kak, bile dh popular, ada nama ada gf lak tu... mule lah ubah perangai... apasal dr sblum jd pelakon lg dia tak kuar kt soratkabor ckp mak dia jht ke apa... ntah apa2 lah nyampah tau

    ReplyDelete
  8. sy setuju ngan nasihat ustaz tuh.. buruk2 pun mak kita.. huhu

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn Ustaz..terkejut dgr kenyataan si anak.. walaupun seburuk or sejahat mana mak kita tue..kita sebagai anak ttp tak boleh derhaka sampai macam tue hnya kerana cinta..semoga dia cepat2 mintak ampun dan kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  10. Takut kan kak kes2 mcm ni...kesian pun ade.... Lagi pun kuasa ibu ni besar....doa ibu ni mustajab...kalo betul die ngan girlfren die tu mcm yg ibu die cakap..aduhhhhh xleh bayangkan azab bile dah dicop anak derhaka...

    Moga jernih lah kembali hubungan yg keruh ni kan kak....lieya tgk kat melodi semalam...sian tgk ibu afiq nangis...sian jugak tgk afiq nangis....

    ReplyDelete
  11. tak tahu kesahihan kemerlut antara dua beranak ni, tapi apa yang membuatkan saya geram bila tengok video yg keluar haritu ialah si girl friend dia tu.. sgt over!!

    ReplyDelete
  12. walau apa itu tetap mak kandungkan..

    baiki kesalahan masing2..insyaALLAH.

    ReplyDelete
  13. harap mereka berbaiklah...air dicincang tidak akan putus...

    ReplyDelete
  14. umur masih mentah lagi, itulah yg kuarkan kenyataan giler sakan yg kdg2 tak masuk dek akal..

    apa2pun mak tetap mak, takkan sama ngan buah hati yang baru setahun di kenali, tak baik burukkan ibu di kalayak ramai/

    ReplyDelete
  15. salam kak ieda,,

    sedih btl baca psl anak beranak ni berkelahi..
    moga2 allah bukakan kesua2 pintu hati mereka utk berbaik & bertaubat :(

    ReplyDelete
  16. sampai hati budak ni buat mak dia mcm tu hmm..

    ReplyDelete
  17. syurga bawah telapak kaki mak, kalau mak tak redha apa yg si ank buat mmg tak tenang hidup di dunia wa akhirat :)

    ReplyDelete
  18. darah tengah muda..memNG GITU..DOK NAMPAK DIRI SENDIRI JE BETUL.TAMBAH2 MASA MABUK CINTA..MEMANG MASA TU SAPA YANG HALANG S4EMUA JADI MUSUH.TAK KIRA LA MAK KE ADIK BERADIK KE..KAN??

    ReplyDelete
  19. xtau pun pasal kes afiq ni hehe

    ReplyDelete
  20. Huu..sedih sbenarnya dgn kes dia ni.. tak fhm ke dia, syurga tetap di bawh tapak kaki ibu..huu..

    ReplyDelete
  21. kalau org putih tu blh la buang mak bapak. kita jgn jadik macam tu.

    ReplyDelete
  22. malas dh nk ikut pasal dye ni.bongok gila.mak ngan kekasih pon tak tau nk hormat yg mana.haih!

    ReplyDelete
  23. hurm.. hanya Allah yg tahu kebenarannya.. tp sebagai anak, afiq harus la menghormati ibunya biar jahat mcm mana sekalipun..dan sebagai ibu, x patot la dia keluarkan kata2 mcm tu.. biarpun hanya sms.. sepatutnya cari jln penyelesaian dgn bawak berbincang baik2.. bknnya dedahkan kat media.. ish buat malu je..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...