Friday, May 10, 2013

KANAK - KANAK 12 TAHUN DIROGOL & DIBUNUH DITEMUI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dunia dah semakin kejam .. siapa yg harus di persalahkan ??

KLANG: Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini malam Rabu.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam.


"Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan," katanya. Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu.
"Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAR.

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengannya.
"Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada," katanya sebak.-BERNAMA

subhanallahhh .. apa nak jadi dunia skrg .. dulu dah senyap sekejap kes2 macam nie ... skrg kuar lagi ... sangat tragis cara kematian kanak2 ini .. apalah dosa dan bagaimana seksanya pemergian kanak2 ini ...

terus teringatkan anak - anak dara akak .. huhuh terus pesan memesan kepada mereka supaya mereka terus berhati2 .. walau didalam kampung sendiri .... takutnyaaaaaaaaaaaaaaa

21 comments:

  1. sedih bila baca citer ni...
    mcm2 berlaku..

    ReplyDelete
  2. sedih kak.. tapi gambar tu bukan gambr sebenar utk cerita ni kak.. arwah dijumpai lengkap berpakaian dan terbaring.. ada keluar tv semalam.. akak padam je la gambar tu..takut mendatangkan aib keluarga pulak..

    ReplyDelete
  3. rozita - oh ye ke ?? akk dpt pun dari bhn berita nie .. hurmm macam mana leh salah kan ..

    akk dah pun buang pic tuu

    ReplyDelete
  4. Sedihnya ieda... kakak kalau baca cerita macam ini hati kakak meronta geram+benci+marah+sedih semuanya ada...

    ReplyDelete
  5. sedihnya....amit2...takut terjadi seperti itu...

    ReplyDelete
  6. dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  7. Takut nya nk kuar rumah bila baca cerita ni..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Sebaknya M baca...kejam sungguh sapa yg buat tu..

    ReplyDelete
  9. Sedih bila baca kes kes macam ni...
    Si penjenayah tu mmg patut kena sula aja...

    ReplyDelete
  10. semlm falsya ade tgk berita psl nie..menitis air mata bile mak die bg statement...kesian sgt..

    ReplyDelete
  11. orang yang buat kerja tu x der otak tu kak... x der hati perut...cer kalau kena kat anak buah, anak sendiri or sedara mara diaorang... hu hu hu...

    ReplyDelete
  12. hmmm risaunye kan ...

    ReplyDelete
  13. kesiannya.. kita ada anak perempuan bila keluar berita mcm ni risau dibuatnya..

    ReplyDelete
  14. ermm..tang mana aman nya negara kita ni..ini masanya untuk hudud,..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah, moga dijauhkan perkara yang tidak elok kepada anak2 kita.... akan ada pembalasan daripada Dia! sedih dgr berita2 mcm ni...

    ReplyDelete
  16. ha ah kan kak..tu la..td baca gak paper..lg terkejut tgk nama die sama dgn amy..huhu..

    ReplyDelete
  17. citer ini sgt menyayatkan hati... tak sanggup tgk gambar dia dlm keadaan sebegitu rupe... sebelum ni negara kite digemparkan dgn kes pembunuhan kanak2 nurin jazlin, saya ingat sampai skrg...

    ReplyDelete
  18. sedih tgk mayat budak nie..rase geram ngan pembunuh...

    ReplyDelete
  19. mcm2 kes skng ni.. manusia dah jadi makin kejam.. nauuzubillah min zalik...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...