Saturday, May 18, 2013

David Beckham: Bersaranya Ikon Yang Tiada Tandingan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akak kenal david nie dah lama .. zaman sekolah dulu ... yelah masa tuu dia sangat handsome wokeh ! ... yelah berangan2 juga konon2 dpt pakwe handsome macam dia ekekke .. ecehh teringat kisah zaman sekolah lakk .. tapi x lah serius minta sbb tahu dia bukan islam kalau nak agung2 sgt kan .. alahhh kisah zaman remaja .. dulu zaman remaja akak perasan kawan2 yg rasa diorang cunn aje yg boleh dpt pakwe2 handsome macam nie .. ahhahaha kan .. org yg x cun macam akak x akan dpt .. eh ! ... ekkeke macam2 kenangan zaman sekolah dulu ...

yelah berbalik pada kisah david beckham yang kini sudah menyatakan persaraannya dalam dunia bola sepak... dia kini menjadi lagenda bola sepak yg sangat masyur ... siapa x kenal kan .. rasanya zaman anak2 akak pun boleh kenal siapa nie .. sejak dia kawin dgn victoria spice gurl lagi .. ;)



PENGUMUMAN David Beckham untuk bersara sebagai pemain profesional pada lewat malam Khamis, 16 Mei, melengkapkan penutupan tirai tiga orang legenda Manchester United bagi musim 2012-13.

Seminggu sebelum itu, pengurus United selama 26 tahun, Sir Alex Ferguson mengumumkan langkah yang sama dan kemudian diikuti oleh rakan seangkatan Beckham, Paul Scholes.
Paul Scholes dan David Beckham bersama-sama Ryan Giggs, Nicky Butt dan Neville bersaudara iaitu Gary dan Phil telah membentuk teras utama kepada pasukan juara Ferguson bermula tahun 1992 dan tahun-tahun seterusnya.

Daripada kumpulan ini, seorang demi seorang melangkah masuk ke alam persaraan kecuali Ryan Giggs yang pada usia 40 tahun November ini masih mendaftarkan diri sebagai pemain profesional bersama United.

Beckham turut terkenal dengan pelbagai gaya fesyen rambut.

Dia juga bermain untuk United selama 10 tahun dari 1992 hingga 2003 apabila hubungannya dengan Sir Alex Ferguson menjadi suram ekoran perkahwinannya dengan selebriti terkenal dari kumpulan Spice Girl, Victoria Adams.

Ferguson mengesyaki Beckham hilang tumpuan di atas padang kerana sering menyertai majlis-majlis keramaian bersama isteri selebritinya itu dan kemuncak kepada keretakan mereka apabila Ferguson menendang but salah seorang pemain dalam bilik persalinan dan but itu melayang ke kening Beckham menyebabkan luka kecil.

Beberapa bulan selepas insiden itu, Beckham dijual kepada Real Madrid pada harga £25 juta walaupun dirinya enggan berpindah dari kelab kesayangannya itu.
 

Dia pernah berikrar tidak akan bermain dengan mana-mana kelab Inggeris yang lain kecuali kembali bermain bersama United. Di Madrid, bermain bersama-sama bintang ternama seperti Zidane Zidane, Luis Figo, Ronaldo dan ramai lagi, Beckham turut menjulang juara liga Sepanyol. Selepas empat musim, Beckham berpindah ke LA Galaxy dan menghabiskan sebahagian besar penghujung kariernya di sana.

petikan : mstar online

7 comments:

  1. Ada tgk berita ttg persaraan dia. Dah 38 thn pun.. eloklah berehat. Duit pun dah byk sgt ;)

    ReplyDelete
  2. Alaaa... kalau kakak jadi dia pun sama. Apa lagi nak kejar. Duit dia makan sampai mati pun tak habis dah... Tumpu pada keluarga lagi baik..

    ReplyDelete
  3. dah kaya sesangat dia tu pun kan. lama dah tak tgk anak2 dia... besar2 dah semuanya. bini dia tu tetap maintain cun je.

    ReplyDelete
  4. dia bersara duit pun banyak, rete keliling dunia..

    ReplyDelete
  5. Salam kak ieda.. :)

    Siapa tak kenal David Beckham. Zaman2 dia popular, saya masih bersekolah lagi. Bnyk brg2 cute, tempek muka dia je..notebook, bookmark, kad. pe lagi,hehehe.

    Kita tengok apa pula planningnya lepas bersara.. kalau dia berlakon, best jugak..best la kot,hik3

    #kak ieda..pasal header..saya ambil tempahan. If akk berminat, emel sya ya, saya explain caranya.. Emel: LianaAlias87@gmail.com.

    ReplyDelete
  6. Dia dah tahap legend dah ni...

    ReplyDelete
  7. wahh anak2 dia dah bsr2... dia menten hensem kan..hikhik

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...