Thursday, April 25, 2013

KERAK DI KEPALA BAYI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ok ... baru2 nie ada info pasal bb dan kerak di kepala bb .. ermm dulu akak x pernah alami semua nie .. tapi ada juga dgr , pelik juga ada benda2 macam nie di kepala bb kan .. selalu juga jumpe bila pergi melawat bb baru lahir .. tapi seyes cakap anak2 akk x pernah alami semua ini .. bila baca artikel nie .. barulah paham .. jom baca ! ... ;))


Sekiranya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, ia adalah cradle cap atau kulit berkerak.

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi. Sementara itu di kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin menyedari keadaan yang sama berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya.

Apa punca kerak?
Puncanya masih tidak diketahui secara spesifik. Tetapi kita maklum ia bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau alahan. Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang lebih serius.

Sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan  menyebabkan rangsangan lebih penghasilan kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala.

Kerengsaan daripada yis yang membesar dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan sedikit kegatalan kepada bayi.

Bagaimana merawatnya?
Sebenarnya anda tidak perlu membuat apa-apa, tetapi jika rasa terganggu, berikut beberapa cara yang boleh dicuba:

*Urut perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan jari anda atau brus yang lembut untuk melonggarkan kerak tersebut.

*Syampu rambut bayi lebih kerap (setiap hari), tetapi pastikan dibilas dengan betul.

*Selepas syampu, berus perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan berus lembut atau tuala lembut.

*Ada ibu bapa yang berjaya menanggalkan kerak dengan kaedah bersyampu tetapi jika kerak jenis yang degil, anda boleh cuba menyapu minyak bayi.

*Guna minyak bayi jenis almond atau minyak zaitun. Sapukan pada kulit kepala bayi. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, perlahan-lahan sikat kepingan menggunakan sikat gigi atau berus lembut.

*Pastikan ia diikuti dengan membasuk kulit kepala bayi dengan syampu bayi yang lembut.

*Anda boleh juga biarkan sapuan minyak tersebut dikepalanya bagi membolehkan pori tersumbat dan menyebabkan kepingan tertanggal.

Perlukah berjumpa doktor?
Jumpa dengan doktor apabila keadaan kerak di kepalanya bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi. Doktor mungkin mencadangkan preskripsi syampu kelemumur atau jika kulit kepala semakin teruk, ubat krim kortison dicadangkan.

Sekiranya, jangkitan yis menjadi punca masalah, doktor akan mencadangkan penggunakan ubat anti kulat.

info : pama & FB

oh ya .. utk entry yg lepas tuuu ...
I nak berhenti tau ! huhuhuhu esok last day kerja :( bukan nak terus berkhidmat huhuh .... 

doakan I yee semua ...
semoga ada rejeki yg lebih baik dan muai didalam bidang yg akak sedang ceburi ini .... doakan tau ! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



12 comments:

  1. info menarik ni...alhamdulillah firas dulu tak der kerak kat kepala

    ReplyDelete
  2. Adik saya dulu ada. Mak saya letak minyak kelapa bg kembangdulu kerak tu, lepas tu ambil sikat kutu buang. Alhamdulillah hilang.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Faiqah xd3 kerak kepala...

    ReplyDelete
  4. dermatitis... maknanya masalah kulit ni... mungkin juga sebab supplement oleh ibu tu jugak... thanx... great info

    Nak TopUp telepon, jom join segmen. KliK me...

    ReplyDelete
  5. info yg bagus!! Kak Ieda dah nk resign ke? mesti nak wat full time herbalife kan. good luck!!

    ReplyDelete
  6. info yg bagus ni kak.. baby queen pun ada kerak kepala ni.. kdg2 mmg baby x selesa lebh2 lg bila kerak tu agak tebal.. bila kita bersihkan barulah baby nampak agak selesa.

    Queen hilangkan kerak dgn sapukan minyak bayi..

    ReplyDelete
  7. anak akak pun penah mcm ni masa baru dilahirkan tu..
    mcm yg dinyatakan tu laa...akak sapu kepala ngan baby oil..pastu sikat perlahan2....lama2 ilang laa..
    Kita tgh berpantang awal dlm 2 minggu ni kebanyakan kurang wat keje lagi...leh ler ngulit baby tu lebih2 sket..hehe..

    ReplyDelete
  8. Anak sulung kakak dulu kena macam itu ieda. Tapi bibik kakak ajar buat minyak bawang (bawang kecik dilecek guna jari dlm minyak masak). Selepas mandi dia sapu minyak bawang tu betul sekejap dah baik tau...

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing kak. Alhamdulillah...anak2 saya tak kena kerak kat kepala nih.

    ReplyDelete
  10. saya dah biasa dengan kerak kepala atas bayi ni,biasanya letak minyak zaitun dan sikat perlahan-lahan,lakukan setiap hari sehingga ianya luruh sepenuhnya...

    ReplyDelete
  11. saya slalu letak myk zaitun pastu sikat pelan2...

    All the best ya kak.. Semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Rusydi pun takde kerak masa lahir dulu..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...