Friday, April 26, 2013

Adam Corrie Hilang Pendapatan Selepas Dituduh Sertai PAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

pulakkkkkkkkkkkkk aduhhh x pasal2 lahh Adam Corrie nie dimanipulasikan oleh orang2 yg x bertanggungjawab .. dah dia nak jumpa Ustaz Haron Din pun dah jadi takut ..
kenapalah cetek sgt pemikiran penerbit2 drama nie ??? 
huhuh kesiannn dia , orang mencari rezeki untuk tampung kehidupan masing2 .. kenapa hal2 macam nie dijadikan alasan utk menyekat rezeki orang ?? aduhh x paham lah

Adam Corrie ditemani isterinya, Fazema Mohd Fuad ketika membuat laporan di pejabat Persatuan Seniman pada Khamis.


KUALA LUMPUR: Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah hilang mata pencarian sehingga kerugian RM40 ribu gara-gara terdapat laporan mengatakan kononnya dia menyertai parti pembangkang iaitu PAS.

Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak yang disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

"Salah ke saya menghadiri ceramah agama? Kenapa mereka perlu memanipulasikan gambar ketika saya berada di situ? Saya mahu berjumpa Haron Din untuk bertanya kepadanya petua mendapatkan anak cara Islam,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Adam Corrie ditemui di pejabat Persatuan Seniman Malaysia di Taman Melawati di sini selepas membuat laporan berhubung perkara itu kepada presiden persatuan berkenaan, Zed Zaidi.

Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon

Akibat insiden berkenaan dia juga terpaksa menganggur sejak empat bulan lalu yang mengakibatkan dia kehilangan pendapatan kira-kira RM40,000 dalam tempoh berkenaan.

Tambah Corrie, gambarnya dengan salah seorang ahli PAS itu turut dimanipulasikan.
"Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga.

"Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral. "Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf," ujarnya.

info : mstar online 

sekarang nie kita takut pada allah ke pada orang nie ????
konpiussss lah huhuhuhu
rezeki dari allahhhhhh .. bukan orang yg tentukan ! .. kenapa kena tunduk pada benda2 yg x mendatangkan logik nie !! huhuhu emoo dah ! ..




28 comments:

  1. naper lah ada yg bt gitu, memburukkan nama pas jugak bn, tak kisahla apa pahaman politik dia pun... kite kene lah sama rata je...

    ReplyDelete
  2. Ujian.. Semua org ada ujian masing2.

    ReplyDelete
  3. aduhh...kesiannya dia..harap2 adalah rezeki dia kat tmpt lain pasni...pasal politik pun nak boikot dia

    ReplyDelete
  4. x pasal2.... adoyaiiii

    ReplyDelete
  5. ala siannya..

    itu le bg kami staf gov, dilema..

    tersilap kang terpaksa di hantar kemana2 tempat tnpa persetujuan, opsssssssss boleh ke kuarkan ayat ni???

    ReplyDelete
  6. setuju dengan norhidana..

    dia dan keluarga susah akibat dari masalah tersebut. :(

    ReplyDelete
  7. pasal bnda remeh ni pun nk dipersoalkan..
    ntah dia jmpa haron din nk blajar agama ke, nk mntk nasihat ke..
    x baik slh sgka dgn niat baik org..

    ReplyDelete
  8. Kalau pun dia sokong pas apa kena-mengena mesti dimanipulasi? Kata demokrasi inikah cara?

    Eh... kakak pulak yg emosi ieda:)

    ReplyDelete
  9. sy nak emo gak ni kak..
    tu baru dituduh,kalau betul2 dia sokong pas,dia dibuang kerakyatan ke hape??? kata demokrasi...hak individu. belajar ilmu agama pown jd salah rupanya ye?? akal pemikiran cetek betul lah.

    ReplyDelete
  10. kesiannye corrie..xpsl2 jer jd mangsa..

    ReplyDelete
  11. Bagus sangat lah tu! Tu cara kita layan saudara baru kita...Ini ke cara kita tunjuk 'apa yg islam ajar' pada saudara baru macam Adam Corrie ni?

    ReplyDelete
  12. ada satu hadis Rasulullah yang bermaksud...

    Islam akan kembali dagang sepertimana awal2 Islam itu disebarkan...

    begitu banyak tentangan pada orang yang mahu hidup dengan cara Islam sebenar... bukan sekadar retorik status, tetapi cara hidup macam non muslim...

    ReplyDelete
  13. Rezeki dr Allah. Mungkin ini ujian utk dia. Knp lah jd kan politik satu masalah. Hairan saya.

    ReplyDelete
  14. produksi yg terbabit PENAKUT dan TIADA PRINSIP.

    kita doakan moga murah rezeki adam ni. Insya Allah.

    ReplyDelete
  15. ingatlah rezeki Allah yang beri...macam-macam dugaan mualaf ni dapat...semoga dia tetap dengan Islam

    ReplyDelete
  16. Moga rezekinya dimurahkan oleh Allah

    ReplyDelete
  17. kes macam ni pon ada juga yer... hurm, memacam

    ReplyDelete
  18. sabar ye pasti ada hikmah di atas apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  19. kesian dia kan... sepatutnya sebagai mualaf dia digalakkan berjumpa dengan tokoh agama untuk mendalami ilmu agama...patut digalakkan lagi... tp skrg ni dah terbalik plak.. org mcm tak suka plak dia berjinak dgn tokoh agama...

    walau apa pun niat dia waktu berada kat situ.. itu bkn persoalannya.. kalau ye pun.. pilihan masing2 sebagai negara demokrasi.. dlm soal ni yg patut dipersalahkan bukan mana2 parti politik.. tp org yang dah taknak berikan dia berlakon tulah yg patut dipersalahkan... cetek fikiran..

    ReplyDelete
  20. rezeki dari Allah bukan dari mana-mana parti atau orang sekian2..moga Allah murahkan rezeki corrie dan mudahkan urusannya dalam mencari ilmu agama..

    ReplyDelete
  21. salam Ieda.Emmm...g ceramah nk tambah ilmu agama pon...susah.Buat apa la nk sekat rezeki org...hemmmm

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Salam K.Ida.
    huhu.. semoga jumpa jalan penyelesaiannya.. sian kat adam corie

    ReplyDelete
  24. nampak sANGT ORANG2 YANG BUAT DRAMA DAN FILEM KAT NEGARA KITA NI BODOH2 SEMUANYA...

    ReplyDelete
  25. kesiannya. mcm2 dibuat utk jatuhkan orang.

    ReplyDelete
  26. eh eh bukan malaysia negara demokrasi ke?mana hak kebebasan memilih?pehal nk boikot ikut pahaman lak nih? **emo gak

    ReplyDelete
  27. Kesian die kan kak.jd mgsa keadaan mereka yh x btanggungjwb

    ReplyDelete
  28. Kesiannya. Jadi mangsa keadaan jek.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...