Tuesday, March 12, 2013

TEGUR MENANTU , ANAK BUNUH BAPA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

aduhh sedihnyaaa bila baca berita macam nie pagi2 .. huhuhu susah hati ... sampai hati ... anak bunuh bapa semata2 bapa menegur menantu x sediakan sarapan ! .. hah ! .... aduhhhhhhhhhhhh inilah yg dikatakan gila bila hilang kewarasan fikiran ... sayangkan bini sampai sanggup pukul sampai mati ! .... huhu

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.

Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.

Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.

petikan :hmetro

apa nak jadi manusia zaman skrg .. sedih rasanya ... sana sini kes bunuh org , dlm mstar pula x silap akak , kes bunuh ayah juga , tetapi orang india .. kerana terlalu marah ... pukul sampai mati ... huhuh apalah yg difikirkan oleh si anak .. sampai hati kan :(

ps : badan masih letih , tekak masih sakit , demam dah kebah , tapi badan rasa x berdaya shaja .. kena juga kerja .. yelah .. nanti jadi isu pula bila nak lama MC nie .. disebabkan demam dah ok .. cuma batuk dan sakit tekak sahaja .. gagahkan juga kerja .. huhuhu malasnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




32 comments:

  1. kalau x boleh tegur...payahlah kak...

    ReplyDelete
  2. dah ajalnya begitu.. tp sedih la, meninggal sebab yg tak patut sgt.. aduhai

    ReplyDelete
  3. skrg ni nilai nyawa tu rendah sgt..hurm tah la..

    ReplyDelete
  4. assalam ieda..risau betul zaman sekarang ni kan..nyawa macam tak berharga

    ReplyDelete
  5. sana sini kes bunuh kan... manusia dah makin hilang kewarasan.

    ReplyDelete
  6. salam k.ida..
    huhu.. ngerinya... :(

    ReplyDelete
  7. aiks yang kene tegur bini, awat lakinya pulak yg melenting? ayah awak tegur bende elok pun.. ape slh nya menegur..

    ReplyDelete
  8. sng2 je dorg nk membunuh2 skrg.

    ReplyDelete
  9. sanggup plak ko bunuh bapa ko kan..anak jenis apa ni..free jer ko masuk lokap...semoga hukuman setimpal buat beliau..

    ReplyDelete
  10. kalau tak cukup iman di dada mmg macam ni la jadi nyaa....

    mintak di jauhkan la dari keturunan kita... aminnnnn

    ReplyDelete
  11. Tulah tak sanggup nak baca berita macam ni..dunia dah di akhir zaman la..

    ReplyDelete
  12. Mungkin jugak selama ni dia mmg dah lama tak puas hati kat bapak dia...Tunggu masa aja nak meletup lepaskan kemarahan

    ReplyDelete
  13. Macam2... takut betul org mcmni...
    Akk da ok ker?

    ReplyDelete
  14. marah menguasai zaman ni...adess

    ReplyDelete
  15. memang patutlah kalau ayah mertuanya marah.. dahla penat2 baru balik dari ladang.. dgn penat & perut lapar.. menantu pula tak sediakan makanan... hmm.. sepatutnya suami nasihat isteri.. ini lain pula jadinya...

    ReplyDelete
  16. sedihnyer sanggup seorang anak membunuh ayahnyer...anak jenis aper ni..kejam betul...

    ReplyDelete
  17. Semakin ramai yg tak sayang ibu-bapa sendiri. Sedihkan..

    ReplyDelete
  18. xboleh d tegur langsung

    * kak nk alamat...ada something nk bg nie...send kat email z2007_jc@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  19. skrg ni sikit2 bunuh..dah mcm menda biasa da..huuh..

    ReplyDelete
  20. memalukan sarawak je.. adehh..

    ReplyDelete
  21. Nauzubillah..mintak jauh semua tu...hmm..mmg anak yg xder hati perut

    ReplyDelete
  22. susah la macam ni..minta jauh la

    ReplyDelete
  23. Miri? Tempat saya ni -.- Sanggup bunuh ayah demi isteri. Ya Allah ;/ Kejamnya anak ni..

    ReplyDelete
  24. Ya Allah... dunia sekarang ni mcm2 ....

    ReplyDelete
  25. Bapak tu penat balik dari ladang sawit..ingatkan boleh lah makan..rupanya tiada..alahai menantu..tak boleh kena tegur sikit...suami pula pendek akal...

    ReplyDelete
  26. bkn la nak sokong perbuatan anak pukul bapak smpai mati tp kdg2 bapak/bapak mertua ni pn mulut blh tahan. ada je tak kena kat mata dia bila anak menantu buat. sedangkan diri sendiri pun x betul sana sini. Benda ni dr pengalaman pemerhatian saya sendiri. seorang bapak ni yg memang anak bini dia memang cukup rimas & tertekan dgn perangai dia.. menantu pn kdg2 tacing jugak sebab mulut dia & rimas dengan perangai dia tp setakat ni rasanya xde la kejadian smpai cedera parah bapak tu kena belasah dgn anak2 lelaki dia. Dlm hal ni.. masing2 kena pandai mainkan peranan.. Anak mahupun bapak dua2 pun manusia yg mungkin iman setipis kulit bawang yg mudah goyah bila2 masa jer. Bapak pun kena jaga mulut, menantu pun kena pandai kawal & bawak diri & anak pun kena tahu batas2 nak buat apapun dgn bapak sebab derhaka kat bapak pun tak masuk syurga, bapak melampau pun mengundang padah jer

    ReplyDelete
  27. kejamnya. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  28. zalim sungguh...dunia2 apa la nak jadi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...