Thursday, March 28, 2013

LUAHAN PEMBACA TERHADAP RANCANGAN PRIMADONA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm lagi kisah pasal aurat wanita ... akak memang kadang2 ada perasan rancangan PRIMADONA nie ada masa2 nya ok .. dan ada masa2 nya macam x kena aje .. x kena dari penampilan pengacara2 nya lah .. specially RC tuu .. aduhh pelik betul .. suke bebenorrr pakai skirt di dalam rancangan nie ... nak2 bila ada episod yang mereka jemput ustaz @ ustazah menjadi tetamu jemputan ... hurmmm ada betulnya teguran pembaca nie ... ahkak suke !!! ;))


Secara jujur, bagi Abang Nara rancangan Primadona agak menarik kerana topik-topik yang dibincangkan memang santai. Malah gabungan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Kak Engku dan Ziela Jalil juga boleh dikatakan berjaya. Namun pembaca ini meluahkan rasa kecewannya kerana pengacara-pengacara ini kurang sensitif dengan status tetamu yang hadir.
Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada 22.03.2013, hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.

Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.

Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.

Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.

No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.

Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.

Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.
petikan : abang NARA

diharap sangat2 selepas ini pihak penerbitan lebih peka dan sensitif dengan penonton dan masyarakat sekeliling , bila org tonton paling tidak orang akan bagi komen kan .. soo x kan kita nak masyarakat komen benda yg x elok sahaja .. lagipunn malu sbb kita nie wanita muslim .. islam ... dan paling best bila org duk cakap J .... haaa malu kan ... 

hurmm kadang2 kita x nak org mengata kita , tapi sedar atau tidak perbuatan kita membuatkan masyarakat mengata hal kita .. soo nak elak dari apa yg orag kata , buatlah sebaiknya .. mustahil bila kita berkelakuan @ berpakian elok org akan mengata ! .. haa kalau ada tuuu org tuu x SIUMAN lahh .. barulah kita x payah ambil pusing dgn orang2 macam nie .. kan kan kan 
 

22 comments:

  1. Eh mmg betul juga teguran tu kan kak...lieya tgk gak tu...dah le ustaz tuk duduk depan che ta heheheheeh...x sesuai gituuuu....

    Tp dieorg cantik2 kan....suke tgk org cantik2 nih....

    ReplyDelete
  2. mmg setuju sgt.
    annoying sgt dgn dgn RCW tu
    seksi tak bertempat.

    ReplyDelete
  3. memang betul sangat2 tak sesuai...kalau ye..pun pakai yang bersopan sikit kan...?

    ReplyDelete
  4. tak tgk sebab tak suka rancangan mengarut tuh!

    ReplyDelete
  5. Baru tgk sekali rancangan tu..pakaian mereka mmg lah..sptutnya sndiri mau ingat lah..

    ReplyDelete
  6. Selalu gak perasan bila rancangan ada ustaz ke ustazah..mmg kdg2 dia org nie tak perihatin laa.. pakaian menjolok mata sungguh.. adoiyai..

    ReplyDelete
  7. dana jarang layan program primadona nih, kdang2 je... mmg betul kadang2 bgs gak rancangan nih cume nyer dia nyer producer n pengacara2 tuh kene lbh sensitif pd cara pakaian tuh la... tp kan kak bkn ckp rancangan primadona ni je, kadang rancangan lain kt tv lain or rtm pun banyak yg kureng sesuai...

    ReplyDelete
  8. wowwwwwwwwwww panazzzzzzzzzzzz hg ke sini..

    eloklah tegur..

    ReplyDelete
  9. baguslah kalau ada yg bagi teguran2 sebegini

    ReplyDelete
  10. hehehe...sll mcm ni kak... dl kat tv3...isu sama jgk...

    ReplyDelete
  11. yelah kak, haritu jemput ustaz tapi mak-mak jan tu pakai pakai skirt takat lutut.. isshh kesian ustaz tu..tak baik tau dorg nii

    ReplyDelete
  12. jarang dpt tgk...tp penah jgk ler tgk wlpn tak sepenohnya dlm 1 jam tu, hehe..
    Mereka ni masing2 semua nk nampak sape lebih vogue kan...hihi..

    ReplyDelete
  13. suami nisah pun ade komen hal yang sama untuk episod yg sama.. suke dgn pengkomen tersebut. memang betul ape yg die katakan. TIDAK PEKA atau B**** .

    ReplyDelete
  14. KY pun sokong, entah apa2 mereka tu, sbb tu lah KY jarang tengok ramcangan tu...sbb tak berapa suka dengan penampilan pengacaranya...

    ReplyDelete
  15. js tak pernah plak tengok ieda sbb no astro kt umah...hehe..
    hurmm rasanya tidak salah ditegur kalau utk kebaikan kan..

    ReplyDelete
  16. erm..primadona perlu lebih sensitif kan..

    ReplyDelete
  17. hurm,,, prasan jugak pasal ni. kite yg tgok ni plak rs malu. ape pon sm2 la kite doakan spaya mereka ni mdapat hdayah utk berubah ke arah yg lbih baik.

    ReplyDelete
  18. harap2 diorang dpt terima teguran ni & berubah.

    ReplyDelete
  19. betul tu kak, kalau cik ta tu komen kata seksi hak dia, hak kita juga utk menegurnya kan

    ReplyDelete
  20. haah kan.. tgk contoh program semanis kurma tu.. boleh jek retis pakai baju yg sopan dan berhijab...xkan program mcm ni tak bole?? ish.. tebalnya muka depa ni kan! huhu

    ReplyDelete
  21. ada yang tegur bagus sangat...kdg2 pakaian dorang seksi sgt

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...