Sunday, March 10, 2013

JINS SHAMSUDDIN MASIH SEGAR WALAU MENGIDAP ALZHEIMER

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah lama benar x melihat wajah Tan Sri Jins Shamsuddin nie .. memang rinduu sgt2 huhuh ... bila baca berita pagi2 nie .. barulah tahu dia sedang mengalami penyakit Alzheimer nie , dan penyakit semakin buruk .. sedih pula .. badan dia segar dan masih sihat .. yelah .. orang lama .. kira dia antara orang lama yg masih ada .. seingat akak dia nie seangkatan pelakon vateran allahyarham Kuswadinata kan .. huhuh ... sedih bila fikir org2 lama nie .. dah semakin meninggalkan kita ... nak cari kualtiti dan wajah serius seperti Tan Sri nie memang payah ...

jom kita dgr apa kata isterinya sewaktu ada lawatan kerumahnya ..  

  Halijah (kiri), Rais Yatim dan Isteri dan Jins Shamsuddin sedang berbual 
dan bertanya khabar.

HULU KLANG: Biarpun mengalami penyakit alzheimer sejak dua tahun lalu, seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin, 78, tetap ingat dan memikirkan tentang kerja.

Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, memberitahu suaminya sukar mengingati perkara-perkara lalu namun tidak pernah berhenti daripada memikirkan soal pekerjaannya.

"Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius. "Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke Finas untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya," ujar Halijah.


Halijah ditemui di kediamannya selepas majlis penyampaian sumbangan dan ziarah Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim, di sini, pada Sabtu.Disebabkan itu, kata Halijah, dia terpaksa mengelak dari melintasi kawasan Finas kerana tidak mahu suaminya mengingati soal kerja.

Katanya, doktor menasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dan melakukan senaman ringan agar penyakit tersebut tidak terlalu parah. "Tidak ada ubat yang boleh memulihkan ingatnya seperti dahulu, doktor menasihatkan agar jangan beri dia fikir tentang kerja kerana boleh menjadikan ingatan lebih teruk.

"Kalau boleh kita perlu kerap berkomunikasi dengannya tentang perkara harian, tapi masalahnya dia seorang yang sukar diajak berborak sejak dari dulu lagi."Dia seorang yang tidak banyak cakap dan hanya membaca buku," katanya.

Tambah Halijah, dia bersyukur kerana suaminya tidak menghidap penyakit lain yang boleh memburukkan keadaan. Dalam pada itu, Halijah memberitahu punca utama suaminya menghidap alzheimer adalah terlalu banyak berfikir pada usia muda dan ketika mengambil mengikuti program Doktor Falsafah (PhD).

"Dia banyak sangat berfikir dan bekerja, sebagai manusia kita ada batas bekerja dan bercuti tapi dia tidak.

sumber :hmetro

skrg nie mood nak berblog memang sgt2 merundum .. entah lah .. nak2 skrg nie di pejabat banyak lawatan dan budak2 nak dekat final exam .. akak banyak x der masa .. sebuk dan ada masa2 tuu sampai x terkejar , rasanya .. di rumah pula sebuk dgn urusan2 bawa mak ke usrah , mesyuarat di madrasah husna , mak akak adalah setiausaha Lajnah Muslimah PAS di Kampung akak nie .. soo lately nie program banyak sgt2 .. soo akak adalah PA dan merangkap driver dia ;)) ... soo bila cuti nie punnn banyak kerja .. huhu

sempat sekejap2 utk BW .. huhuh

10 comments:

  1. sudah masa untuk beliau berehat, teringat pula pd arwah ayah

    ReplyDelete
  2. Acik tak tau pulak beliau mengidap penyakit tu.
    Ieda..nanti ye..tunggu gaji he he

    ReplyDelete
  3. tp dia tetap hensemkan??

    ReplyDelete
  4. sebab byk berfikir yea boleh kena penyakit macam ni kak..

    saya sokong mak akak dari jauh..take your time ye kak ida.. :)

    ReplyDelete
  5. masih tetap handsome macam dulu la

    ReplyDelete
  6. Masih segak seperti zaman mudanya.....suka lakonanannya dlm panca delima..wlupun cite tu tak logik....hehe

    ReplyDelete
  7. Masih lagi still kuat ya..Semoga beliau cepat sembuh...Saya pun mood ke laut nak berblog hihihi

    ReplyDelete
  8. suka el lau dia berlakon dgn norkumalasari x silap esok masih ada ke hape hehe

    ReplyDelete
  9. dah sepatutnyer beliau berihat...teringat bapak bunda...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...