Monday, March 18, 2013

ISTERI GAJI BESAR , SUAMI MATI PUCUK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

rasanya ada diantara kita yg mengalami masalah begini kan .. x tahulah , tapi topik nie menarik pula , yelah zaman skrg nie ramai aje wanita yg bekerja lebih tinggi dari lelaki , bila si suami x bekerjaya tinggi dia mudah rasa rendah diri kan .. kira macam dilema lah kan .. hurmm topik di bincangkan disini sgt menarik minat akak .. soo meh kita baca sikit


COPENHAGEN : Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.
Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Perbezaan Gaji
Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami. Perbezaan gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

Hilang Harga Diri
Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk, kata penyelidik. - Agensi


macam sedih lah kan .. kalau boleh x nak lah jadi macam nie , macam hubby akak skrg nie dah x bekerja .. sedih pula , dia baru nak mencari kerja skrg nie .. bengkel besi yg dia usahakan terpaksa dia tutup buat sementara waktu sbb ketiadaan pekerja .. soo skrg dia sedang mencari kerja , kira kerja dgn orang lah .. akk berikan dia masa utk berfikir , tapi bila baca artikel nie rasa macam pahamm aje perasaan dia skrg nie .. huhuhu walau x nak dia rasa diri dia macam x berdaya aje ...

harap2 adalah sinar dan rejeki buat dia .. nak2 zaman skrg kann .. bila akak shja yg bekerja , memang patah kaki sebelah lah .. sib baik dan syukur duduk dgn mak , soo memang mak dan ayah banyak membantu di saat2 macam nie ..





18 comments:

mamyharraz said...

tak ada punca pendapatan mmg stress kak..
kita yg perempuan pun stress inikan pula lelaki..

lieyalatif said...

Fuh kak...tajuk mmg menarik ari ni....tpkan ape yg penting, walo bini tu level bos n suami plak biase2 je tetap kene ingat satu benda iaitu syurga isteri ade pada suami...kene give n take dan toleransi la kan kak....kang x pasal2 laki mati pucuk heheheheh

Amanda Suria said...

ye..tajuk menarik ni..salah satu punca kenapa saya diceraikan 8 tahun yang lepas..gaji saya lagi tinggi dari ex hubby...

Cho Zila said...

tengok gak bini dia yang gaji tinggitu camnerkan.. tapi husband tak payah ler nak rendah diri sesangat.. kot kalau sebab gaji rendah takkanlah si isteri sanggup kawen dlukan...

eima said...

hmmm tatau la nk komen cam ne ... tp slalunye kondifen tu merendah mungkin sbb sikap isteri jugak kot...

wlu cam ne pun ai tak rela laki ai mati pucuk u...hahahah

combi said...

sbb tu pompuan biasa yg gaji besa lambat kawen..laki takut,huhu

:: Mrs.Eady :: said...

ehhh?ye ke...

Farah Waheda Wahid said...

menarik tajuk ni kak... hurmm...details ni kalau nak dihuraikan... but then again...x semua kan kak? he he he...

Mrs Lurve said...

btl kak...kita yg pempuan pun kalo xkeje gelisah, ini kan pulak lelaki..ketua keluarga.insyaAllah harap2 adala rezeki utk suami akak..

mummy_ayu said...

tajuk yg panas...emm...org lelaki nie memang, kalau dia kurang skt...mula rendah diri...tapi kalau dia lebih, mula la nak control semua..

Zura Zue said...

xpe kak..akak lah kena pandai train hubby akak supaya dia xrendah diri...asalkan dia mahu keje...

jeBateja said...

wahhhh...den ingatkan untung kalau wife gaji lagik tinggi...ada masalah lain plak erk...erk...

NM03 said...

sabar ye kak... saya doakan moga abg cepat dapat keje baru...

AyueJean AJ said...

Semoga ada rezeki dia untuk menyara keluarga kak...

Deqla manjew said...

errk... ssh jugak nk komen psl ni....hrp2 tak betul la.. haha

ejulz said...

betul tu kak.. ada jugak terfikir.. kdg2 takut jugak terjumpa calon isteri berpendapatan tinggi dari ejulz..

umi alya said...

sama ngan situasi akak tp kita sebagai isteri kena ambil yang positif, abaikan kata2 negatif masy. sekeliling, pentingnya kita & keluarga kita bahgia, sikitpun tak kacau periuk nasi org len..

org ada rumah, kitapun ada rumah biarpn bukannya banglo bertingkat2..

org ada keta, kitapun ada keta jugak meskipun bukan berharga beratus2 RMk.

sememangnya kita patut bersyukur dengan apa yang ada.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

susah jg kalau gaji isteri beso dr suami ni kan

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (274) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) kehidupan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...