Friday, March 15, 2013

HALEEDA MAZLIN ENGGAN DEDAH NIKAH DI THAILAND

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahh dah lama x dgr berita dan kisah dari penyanyi / pelakon Haleeda nie kan ! ... kenal tak lagi uolss dengan penyanyi ini , dulunya berkahwin dengan pemain bola sepak , dan kini bekas suaminya berkahwin pula dengan penyanyi As (feminin) .. haa kan kan kan ... sihatnyeee dia skrg nie .. terperanjat jugaklah baca kisah dia nie ...

kisah dia dah berkahwin lagi tetapi x mahu dedahkan kisah yg konon dia bernikah di Thailand .. hurmm apa2 punn dan dimana2 sekalipunnn , janji dia kawin secara sah dan ingin hidup bahagia .. kita doakan yg terbaik buat dia dan kehidupan barunya ... dan paling seronok bila dia dah berubah wajah .. syukurrr dengan perubahan dan penampilan baru dia .. ;)


PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon wanita Haleeda enggan mengulas berhubung kisah peribadi dan rumah tangganya apabila dikatakan berkahwin di negara jiran, Thailand pada tahun 2011.

Haleeda atau nama sebenar Halida Mazlin, 40, berkata dia kembali semula ke dunia seni bagi mengubati kerinduan selepas tiga tahun menyepi dan ingin mengelak kisah peribadi dibangkitkan.

"Maaf, kisah rumah tangga saya tidak menarik untuk diceritakan kepada umum.
"Saya terima tawaran berlakon semula kerana sudah beberapa kali dipujuk oleh pihak produksi, lagi pula hati saya tiba-tiba terbuka untuk terima tawaran berlakon," katanya.

Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Bagaimanapun, sehingga kini Haleeda masih belum mendedahkan identiti sebenar suaminya.Jelas Haleeda, selama tiga tahun menyepi, dia memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan menjaga anak tunggalnya, Amirah Amini Azman yang kini berusia 18 tahun.

"Saya tidak buat apa-apa hanya sepenuh masa sebagai suri rumah, lagi pula anak saya bersekolah dan memerlukan tumpuan yang banyak, sekarang dia sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Ini pun dia yang suruh saya berlakon semula dan ingin melihat saya di televisyen," katanya.

petikan : hmetro







24 comments:

  1. ada tgk kt tv kelmarin .. trkejut tgk dia now.. semagt

    ReplyDelete
  2. Makin berisi dia skang nih.

    ReplyDelete
  3. hati bahagia eks.. tuh yg mengebu tuh..:)

    ReplyDelete
  4. kenal kak..minat jgak ngan dia nie..cantik je ngan tahi lalat tue..

    ReplyDelete
  5. makin comel je dia n kan kan..
    kak ieda..kak ieda nyer komen tadi intan tersembur gelak kuat,,.aakakaka..apa lagi kak beli kasi panassss ran....(juling jap)haha

    ReplyDelete
  6. Bukan sebelum ni lps cerai dia kurus ke..kenapa tiba2 gemuk lak...

    ReplyDelete
  7. dah berisi dah dia....sukanya saya..saya tak bersendirian..hehehe

    ReplyDelete
  8. Patut lama x berlakon.dah kawen lãgi rupanya ye

    ReplyDelete
  9. Dia ni jiran saya, dok selang 3 buah umah ngan umah mak.mmg dia dh kawen ala2 arab laki dia.sejak dia kawen dh jrg nampak dia.klw time tarawikh mmg slalu nampak dia kt surauDia

    ReplyDelete
  10. dah bertudung ye. lama tak tengok dia.

    ReplyDelete
  11. Semoga rumahtangganya aman bahagia...

    ReplyDelete
  12. Semakin berisi...Moga berbahagia..^^

    ReplyDelete
  13. baru mlm td tgk dia dlm drama tv3

    ReplyDelete
  14. dah besar dah anak dia.
    aritu tgk gambar cam kurus jea.tetiba berisi lak

    ReplyDelete
  15. As salam Kak Ieda,

    Saya ingat & kenal... paling ingat tahi lalt dia tu... dok umah mmg boleh jd comel...hehehe...tanda hati senang ;))

    ReplyDelete
  16. ex asben dia azman adnan kan.hihi

    still cantik lg :)

    tak kisahlah kawen kat mana pon asalkan sah dan selamat :D

    ReplyDelete
  17. lama x tgk dia berlakon..

    ReplyDelete
  18. dl cantik jer...ish...hehe...

    ReplyDelete
  19. moga rumahtangganya aman dan kekal bahagia... memang dah nampak berisi, sebab bahagia lah tu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...