Monday, March 4, 2013

DOA ISTERI MENGIRINGI SUAMI : OPERASI LAHAD DATU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sedih dan pilu melihatkan wajah2 mereka , wajah isteri dan ibu pejuang2 bangsa kita .. apa lagi yang dapat akak katakan bila melihatkan gambar ini .. berderau , berdebar dan sebak ... aduhhh sedih membayangkan bila mereka melepaskan suami masing2 bagaikan menghantar mereka di hujung nyawa .. ya allahhhh apalah yg anak kecil disamping mereka ini paham , melainkan melihatkan wajah ayah tercinta dilepaskan pergi ...:(

HASMAWATI (tengah) bersama isteri anggota 21RAMD lain melambai ke arah suami
 masing-masing

Kota Bharu: “Berdebar hati apabila suami menelefon malam kelmarin mengatakan dia akan dihantar menjalankan operasi menangani pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

“Sejak itu dia tidak pulang ke rumah dan hanya berada di kem untuk membuat persediaan. Hari ini (semalam) baru saya dan anak berkesempatan berjumpa ketika menghantarnya menaiki penerbangan ke Tawau,” kata Hasmawati Yahya, 36, isteri kepada Staf Sarjan Jasmadi Ismail, 38, anggota Rejimen ke-21 Melayu Askar Melayu Diraja (21RAMD).

Semalam, seramai 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa, di sini, diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia untuk membantu operasi di Lahad Datu.

Jurucakap Bilik Gerakan Markas 8 Briged Infantri (8 Briged) berkata, semua anggota itu berlepas pada jam 1 tengah hari dan 6 petang menerusi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini.

sumber :hmetro

bagaimana agaknyeee keadaan dan reaksi isteri2 @ keluarga2 , 6 anggota polis yang terkorban baru2 ini , yang masih berada di Semporna , x dpt nak dibayangkan .. semoga mereka2 semua tabah dalam menghadapi ujian allah ini ... sungguh berat dugaan ini ... DAN apa lagi yang anggota2 lain tunggu ! ... lakukan sesuatu agar tiada lagi nyawa menjadi mangsa oleh penceroboh2 yang dah memang nekad didalam rancangan mereka ini ! .... 

ya allah selamatkan mereka pejuang2 bangsa ini ! ... ( x dpt bayangkan , kalau akak di tempat isteri2 mereka ini , agaknyee akak x akan lepaskan suami akak pergi huhuhuhu ) boleh ????





29 comments:

  1. memang sedih. tak dpt digambarkan dgn kata2.

    ReplyDelete
  2. Sedih....tapi mereka berjuang demi tanah air..Semoga Allah melindungi mereka semua....

    ReplyDelete
  3. perjuangan ntuk agama, bangsa & negara, terpaksa relakannya..

    ReplyDelete
  4. Tak dapat nak luahkan dgn kata kata. Moga selamat semuanya dan perkara ini dapat diselesaikan dgn segera.

    ReplyDelete
  5. Sedihnye...moga mereka semua d lindungi...moga cepat2lah masalah ni selesai...

    ReplyDelete
  6. Macam mana lah perasaan mereka ye...
    Semoga dilindungi Allah swt..

    ReplyDelete
  7. mmg sedih kan kak..member falsya pun ade yg kene merelakan husband masing2 pegi berkhidmat kat sana..

    semoga mereka semua selamat hendaknye..

    ReplyDelete
  8. mg mereka selamat di perbatasan sana berkat doa restu isteri masing2..

    ReplyDelete
  9. semoga pejuang2 kita dilindungi Allah selalu... amin

    ReplyDelete
  10. bergenang airmata baca entry ini, sambil memerhatikan wajah insan tersayang, apalagi wajah anak kecil itu, doa kita mengiringi pemergian mereka, allahuakbar

    ReplyDelete
  11. huwaaaaa..nak nangia lagi, lagi dan lagi!!!!wlupon husbnd ditugaskan di labuan, tetap jugak risau..khabarnya ada juga geng2 penceroboh yg dh masuk ke labuan nun..wuwuwuwuwu

    ReplyDelete
  12. kami pun trut mendoakan kejayaan dan keselamatan mereka...

    ReplyDelete
  13. dgn membaca pon airmata saya bergenang...

    semoga perajurit Malaysia selamat, dunia & akhirat, amin...

    ReplyDelete
  14. yg membaca pun dah rasa kesedihannya kak, ni kan yg merasainya...semoga Allah melindungi mereka...

    ReplyDelete
  15. moga mereka semua selamat...sedih sangat...

    ReplyDelete
  16. sumpah air mata saya nak mengalir kak.. tgk gambar ok lagi, bila baca dan tgk gambar balik... oh sayu!

    ReplyDelete
  17. moga selamat semuanya, sebak tgk

    ReplyDelete
  18. semoga parajurit kite dilindungi Allah SWT..

    ReplyDelete
  19. jgn katekan diorg kak aku pun sgt sedih sgt kesian kat diorg ... cepat selesai kes ni ...

    ReplyDelete
  20. Kakak memang tak tahan ieda. Gugur airmata kakak melihat semua ini.

    ReplyDelete
  21. Semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  22. assalam ieda..walaupun tidak mengenali tapi tetap sama meraskan ebaran mereka tu...hatiacik pun sama berdebar menunggu berita seterusnya..semoga mereka semua selamat

    ReplyDelete
  23. Sedih lah bila baca kisah nih. Semoga prajurit kita sentisa di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  24. semoga mereka semua selamat..

    ReplyDelete
  25. sedihnya. tak dapat imagine perasaan diorang. harap2 semua selamat.

    ReplyDelete
  26. semoga mereka sentiasa dilindungi oleh Allah...

    ReplyDelete
  27. kita rasa ikit je tp dia org lg rs kesan yg terlebih dlm.

    ReplyDelete
  28. salam k.ida..
    semoga allah melindungi pejuang2 negara kita :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...