Sunday, March 31, 2013

UJIAN ITU TARBIYAH DARI ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

renungan utk semua ....sgt menyentuh perasaan akak ! ..


  • KENAPA AKU DIUJI?
  • “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


  • KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
  • “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216


  • KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
  • “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286


  • RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
  • Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139


  • BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
  • “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200

    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45


  • APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
  • “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111


  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
  • “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129


  • ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
  • “… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 12



AMANINA DENGAN VANILA SHAKE HERBALIFE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaaa alhamdulillah .. putri sulung akak dah p[un memulakan program turun berat badannya bersama Herbalfie .. insyaallahh sama2 kita doakan semoga dia berjaya .. x sabar nak tgk amanina lose weight ! 
skrg weight dia 103 kg uhuhu



insyallahh berkat kakak ikut cakap ibu ... kakak akan dpt apa yg kakak impikan .. percayalah .. ;)) semua orang akan bagi sokongan kat kakak ! ... langkah mu akan berhasil .. ;))

bolehkah amanina berjaya ?? 
nantikan transformasi amanina tidak lama lagi ! ... ;))



GAMBAR ANAK IRMA & REDZA SYAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

baru sebentar tadi pihak abang NARA upload pic anak lelaki irma dan suami .. ya allahh comelnyaaaaaaaa .. putih macam mak dan ayahnyeee comei2 .. ;))

Cantik sungguh nama anak sulung Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer ini. Redza Syah Irfhan. Semoga anak ini akan membesar menjadi anak yang soleh di bawah didikan kedua-dua ibu bapanya. Besar nanti confirm hensem macam si ayah punya. Hehehe ~~


 Ezuwan Ismail, salah seorang rakan rapat Irma turut melawat si comel Irfhan ini.


tahniah buat pasangan ini .... sure anak dia akan menjadi secomel ibu dan sehandsome ayahnyee ekkee ;) adoyaiii geramm je tgk ! .. ;))

NURUL MENGANDUNG 3 BULAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

selamat berhujung minggu .. aduhh minggu cuti sekolah nie memang agak padat dan sebuk bagi akak , semalam baru sampai dari raub rumah adik akak , bila ke sana , bawa anak2 jalan2 lah kan .. kami ke Kuala Gandah .. haaa tempat ape tuu ?? ok2 sat layie baru buat entry pasal tu ok ...

Nie haaa bila buka online nie .. terbaca kisah nurul penyanyi nie .. dah mengandung lahh ! tahniah yeee .. x sangka kan dah 15 tahun x mengandung , penangan suami org putih ekekek .. dah rejeki dia kann ;))


PETALING JAYA: Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 36, (Nurul) mengesahkan dia kini sedang mengandung anak sulungnya bersama suami, Eric Daniel Depp, 48.
 
Nurul yang membuat pengumuman itu menerusi laman blog miliknya iaitu nurulwahabdepp.wordpress.com berkata, dia dan suaminya mendapat tahu akan khabar gembira itu pada 2 Februari lalu, namun enggan menghebohkannya sehinggalah kandungan sudah berusia tiga bulan.

"Ya, minggu ini dah tiga bulan, Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua, jangan teruja sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah tiga bulan.

"Aku juga ikut jejak langkah teman aku, Ning Baizura. Caranya itu betul dan Ning juga merupakan kawan yang pertama tahu (tentang kandungan) manakala Ayu orang yang kedua kerana dia berada di sekolahnya di Johor.

sumber : mstar online

agaknye macam manalah wajah bakal anak Nurul nie kan .. ada ala2 campuran apa lah kan .... ekekek mix blood dgn orang putih nie .. sure comel gile ! ..... didoakan semoga dia selamat ke kelahiran kelak !


Saturday, March 30, 2013

ANAK ZAKUAN ADHA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


Zaquan Adha telah pun berkongsi gambar putera sulungnya hasil perkahwinan dengan Ayu Raudhah menerusi akaun Twitternya.

Sangat-sangat comel.
Sekali pandang macam muka Zaquan pun ada.
Tahniah diucapkan atas kehadiran cahaya mata ini.
Turut sama hadir untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru mereka ini ialah kembar Zaquan, Aidil Zafuan. Pasti Aidil pun teruja untuk mendapat anak buah.
Semoga si comel ini akan membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah diucapkan buat Ayu Raudhah dan Zaquan sekali lagi. Selamat berjaga malam menjaga si comel anda. (Beautifulnara.com)


Friday, March 29, 2013

BILA BANGSA LAIN MENGHORMATI ISLAM ITU SENDIRI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

tertarik akak dgn artikel nie .. hurmm bangsa luar punn tahu menghormati agama islammm ... sungguh terharu !


Hashim Amla seorang pemain kriket profesional Afrika Selatan membuang logo Castle iaitu penaja team mereka dari baju kriket beliau, berkata bahawa dia tidak rugi satu sen walaupun tidak mendapat pendapatan dari tajaan perlawanan.
 
Menggalakkan beer & arak adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan sebagai Amla berjuang untuk menjadi pemain pertama untuk menjadi pengecualian.

Beliau telah mencipta sejarah dan diberi kebenaran oleh Afrika Selatan Breweries dan Cricket Afrika Selatan tidak memakai logo Castle pada jersi beliau.

Orang Islam seperti ini sepatutnya kita contohi, lembut tapi tegas dalam hukum-hakam Islam.



ALHAMDULILLAH ! APPEAR IN 3RD RANK IN GOOGLE SEARCH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah , bila buka FB - team Herbalife Kuantan tadi , team leader Stella buat post mengenai blog Herbalife akak muncul 3rd ranked didalam google search ... syukur ... segala penat lelah didalam berblog membuahkan hasil .. selama ini akak x yakin yg blog akak mendapat perhatian ramai .. tetapi serius akak bersyukur dengan allah kerana usaha akak untuk berjaya dan bersama - sama membantu didalam program nutrisi sihat ini hampir berjaya ..

sangat terharu bila leader ucapkan tahniah .. memang diluar jangkaan akak .. even setiap tajuk didalam blog post akak kalau di google pasti akan mendapat tempat di google search ! .... syukurrrrrrrrr kepada allah .. semoga allah mempermudahkan rezeki aku dan family ! aminnnnn

Let me explain why people who do a consistent work will get good results. Because of the consistency, hardwork, patient, constant learning...this is the results. It will be shown by Google!

If you want to tell people to check out your blog, is easy. Just tell them, go to Google, key in "herbalife malaysia" and you can find me there. Fuuhh! Can you visualize how people will think of you? In their mindset, they will be thinking "Wow, even her blog also can be in Google...just below Herbalife website"

See, there are 2 millions over websites and blogs out there competing for the same keyword, but you ranked #3. This is called MARKETER!

12,100 searches in a month. Let's say we count in terms of no. of people, that will be 12,100 people who search for "herbalife malaysia". What if only 1% of the people visited your website, that would be around 121 people visited your website in a month! What if 10% of people visited your blog, that will be 1,210 people in a month. Average of 40 people in a day. So, we do a very conventional calculation, only 10% conversion of compelling content and strong call to action, people contacting you, roughly would average 4 emails a day.

Well done Zarida Abu Bakar! Keep on blogging and you will receive constant leads and unlimited prospects every single day.
— with Aziera Akmam Yazid.


dan ini kebetulan baru berchat dengan salah seorang coache akak , alhamdulillah , bila mereka berjaya , akak juga turut merasa bangga ... ;))



anda semua bila lagi ! ... jangan tunggu lama untuk berubah demi kesihatan anda sendiri , semua terletak ditangan anda , bukan pada orang lain ... ingat ! ubah apa yg anda makan skrg .. insyaallah tubuh badan anda akan memberikan respons yg terbaik ! ;)

KITA PERLU BERUSAHA , HANYA ALLAH YG MENENTUKANNYA 
apa sahaja yg kita buat di dunia ini ;)


TIDAK MAHU BERPELUKAN & AKSI RANJANG : PRINSIP FAZURA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

prinsip seseorang memang kena hormat kan .. sekurang2nya dia tahu batas2 dia sebagai wanita islam walau pun pelakon . yelah nobody is perfect tapi mencari kesempurnaan itu adalah ibadah , mana tahu dari sikit2 macam nie allah bukakan mata hati dia utk berhijab dan seterusnya kearah yg lebih baik kan .. soo sama2 kita sokong kehendak dia .. jgn lah mengada2 nak komen konon fazura nie mengadalah , sindir lah ..

akak suke dia ... cantik dan bersopan orangnya .. ada standard tau .. @ mgkin juga dia nak jaga diri sbb semua orang kenal dia adalah teman rapat anak raja .. soo secara x langsung kena ada batas setiap apa yg dia buat kan .. kalau bukan kenal anak raja punn , akak x pernah dgr kisah yg x baik tentang fazura nie ! ... ;))

 Akhirnya pelakon jelita, Nur Fazura tampil menjelaskan pendiriannya yang enggan beraksi mesra dengan mana-mana pelakon lelaki. Ramai yang beranggapan Fazura tidak mahu langsung bersentuhan dengan lelaki apabila berlakon sehingga menimbulkan persoalan tentang gandingan terbarunya bersama Shaheizy Sam.

 Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.


Fazura juga melahirkan rasa terkejutnya apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. Kata Fazura:-
Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain
petikan : abang nara

ps : bersiaran dari raub pahang nie .. umah adik akak , saja bawa anak2 jalan2 .. sok baliklah pekan .. soo BW dari bilik komp dia ekeke ;)

Thursday, March 28, 2013

NASI GORENG PUN JADILAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah nak gerak ke RAUB nie .. nak kerumah adik akak disana ... doakan kami selamat tiba .. sebelum tuu nak menu lunch aritu ... ok ape .. nasi goreng nie ada daun limau puruttttttttt !




x pernah lagi akak buat nasi grg taruk limau purut nie .. dah macam nasi grg tomyam lak .. padahal minta nasi grg pedas .. tapi rasa dia mantopsss !!

LUAHAN PEMBACA TERHADAP RANCANGAN PRIMADONA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm lagi kisah pasal aurat wanita ... akak memang kadang2 ada perasan rancangan PRIMADONA nie ada masa2 nya ok .. dan ada masa2 nya macam x kena aje .. x kena dari penampilan pengacara2 nya lah .. specially RC tuu .. aduhh pelik betul .. suke bebenorrr pakai skirt di dalam rancangan nie ... nak2 bila ada episod yang mereka jemput ustaz @ ustazah menjadi tetamu jemputan ... hurmmm ada betulnya teguran pembaca nie ... ahkak suke !!! ;))


Secara jujur, bagi Abang Nara rancangan Primadona agak menarik kerana topik-topik yang dibincangkan memang santai. Malah gabungan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Kak Engku dan Ziela Jalil juga boleh dikatakan berjaya. Namun pembaca ini meluahkan rasa kecewannya kerana pengacara-pengacara ini kurang sensitif dengan status tetamu yang hadir.
Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada 22.03.2013, hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.

Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.

Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.

Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.

No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.

Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.

Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.
petikan : abang NARA

diharap sangat2 selepas ini pihak penerbitan lebih peka dan sensitif dengan penonton dan masyarakat sekeliling , bila org tonton paling tidak orang akan bagi komen kan .. soo x kan kita nak masyarakat komen benda yg x elok sahaja .. lagipunn malu sbb kita nie wanita muslim .. islam ... dan paling best bila org duk cakap J .... haaa malu kan ... 

hurmm kadang2 kita x nak org mengata kita , tapi sedar atau tidak perbuatan kita membuatkan masyarakat mengata hal kita .. soo nak elak dari apa yg orag kata , buatlah sebaiknya .. mustahil bila kita berkelakuan @ berpakian elok org akan mengata ! .. haa kalau ada tuuu org tuu x SIUMAN lahh .. barulah kita x payah ambil pusing dgn orang2 macam nie .. kan kan kan 
 

Wednesday, March 27, 2013

KESILAPAN YANG MUNGKIN KITA TIDAK SEDAR



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


semoga sama - sama kita renung2kan 
peringatan utk diri akak juga nie .. sesungguhnya perjalanan kita masih jauh , semoga kita dapat memperbaiki diri kita .. insyaallahhhhhhhhhhhhhh aminnnnnnnnnnnnnn

 


LHDN & BAKSO MANTOPSS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam semua

bersiaran dari bandar , ari nie x kerja , akk dah start cuti , pagi lagi dah kuar ada uruean di pejabat lhdn dan ssm , fuh dgn cuaca yg panas nie , tuhan shja yg tahu huhuhu , zahrien lak nak ikut , terpaksa lah bawa 


















dugaan betul dlm cuaca panas nie , sib baikk lah dlm pejabat kerajaan nie x ramai org , sejukkk , bila duk tuu rasa x nak balik lak huhuhu , urusan di pejabat alhamdulillah settle dgn cepatnya , dah siap semua , zahrien ajak lak makan di rest aida corners , ok lahhh , akk mkn baksoo , jadilah 


perghhh pedass dan mantopss betul rasanya ekeke , oh ya sorry ye , nanti akk bw ye , sejak dari semalam internet rumah di blok , nie update thru tab , tahu aje lah terbatasnya , insyaallah ptg nanti akk smbg bw yeee 




sampai rumah sahaja .. kami anak beranak tumbang ! kepanasan huhuhuh


Tuesday, March 26, 2013

ROTI TARABORA



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa pernah dgr nama roti nie takkk ??? terbaikkkkkkkkkk 
, last week sewaktu adik akak balik dari raub .. kami ramai2 pi makan kat warung baru didalam kampung akak nie ... haaaaaaa malas nak cakap banyak lahhhh , mehhh tgk aje ekekek



hirisan bawang yg banyak !
roti di lapik dua !
tiada rempah , tidak sama dgn murtabak !
tambahan 2 biji telur bagi satu roti !

mak aihhhhhhhhhhhhh terbaik dari warung di Ketapang Tengah
katanya resepi baru air tangan tukar tebar tuu .. dia dah berpengalaman dlm roti canai dah dekat 10 tahun, katanya dia dah bosan makan roti canai biasa2 nie .. skali dia cipta roti canai baru .. maka terhasilah 
ROTI TARABORA ! idokkk lah teman tanyee kenapa bagi nama tuu ekeke ;))







TAMBAH STOK SELAGI HARGA BELUM NAIK



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

selamat pagi semua .... Have u Had your shake today ??

haa nie stok minggu lepas , semalam dan hari ini lagilah sebuk , nie hanya utk akak , ummi dan kakak sepupu yg baru nak cuba produk herbalife .. alhamdulillah .. seronok bila dpt bantu kawan2 dan saudara mara utk sihat dan cantik dengan Herbalife , produk nutrisi sihat ini ... 

walau harga agak mahal , tetapi berbaloi2 dengan kesihatan 
yg diperolehi .. ;)



seronok bila dpt sms dari coachee akk dah turun 5 kilo dlm masa 1 bulan , ada yang turun 3 kilo dlm masa 4 hari ! .... syukurrr alhamdulillah .. ada tuu cerita yg dia balik kg dpt teguran dari mak dia , badan dah nampak susut , rupanya dah turun 71kg dari 76 kg ! ... mana x akak happy ... syukur alhamdulillah sgt2 ..

paling seronok bila mak akak sendiri gain weight 2kg dlm masa 2 minggu ini ! ... wahh memang luar biasa .. TQ allah dan Herbalife bila menjadikan mimpi mereka jadi kenyataan ... dan buat blogger acik erna .. insyaallah kak brg sampai hari rabu nie yee ... x sabar tau kak  ! ;)

mood : sok dah mula cuti ... yehaaaaaaaa apa plan ?? huhu

Monday, March 25, 2013

BERBAIK SANGKALAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

mlm nie x rasa ngantuk layie .. entah kenapa , ada banyak order nak buat utk herbalife mlm nie .. maklumlah esok last order dgn harga lama , soo ramai yg nak buat order utk buat stok ;)


selamat malam semua .. semoga tidur nyenyak semua .. dan berharap kita dapat memelihara kehidupan kita dari segala keburukan dan kekhilafan manusia .. insyaallahhh

oh ya jgn lupa , ambil air sembahyang dulu sebelum tidur ya ..
salamm ;)


ZAHRIEN E-DAY YANG SIMPLE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

akhirnya dapt juga buat bday utk anak teruna akak sorang nie ... punyelah dia merayu nak kan kek , sib baik semalam ahad kedai kek buka .. memang unplanned sbb akak x ingat bday dia .. 2 hari sblm tuu akak2nya ingatkan akak mengenai bday adik kesayangan mereka nie ...
huhuhu sorii lah ibu kesibukan sampai x perasan sebenarnya .. last2 minute belikan dia kek sahaja .. 

kebetulan kami mlm semalam ada jamuan makan tulang ( istilah di majlis kawin yg jamu malam ) di kampung akak ... soo lepas majlis makan tulang tuu , barulah dpt potong kek dengan bday boy ! very simple ... zahrien pun x kesah makan kek sahaja .. yelah .. janji makan kek kan ... insyaallahhh nanti jika ibu ada rejeki lebih , kita buat celebration yeee ... celebration lah sgt ! ekekke

 pic ibu dan zahrien ... abaikan lahhh white board belakang tuu .. dah x sempat nak padam dahh huhuh
dan satu lagi ... OMG .. i'm look big !!! huhuhu


 yes ... cantik tak cantik tak ... yeeeeee I dah gain weight tau ! ... dlm 2 kg .. last 2 weeks 71kg ... now 73kg huhuhu - kerja banyak koot huhu mak stresss ... alasan ! ekeke


 memang baguss lah anak teruna ku ini .. dia sikit x memilih cuma nak kek tuu ada ultraman shja .. kecik pun x per ibu ... ya tuhannnn syukur sgt2 dpt anak macam nie ... lega dan terharu sgt2 .. dia tahu ibu dia x cukup ongkos untuk beli mahal2 ..



syukur dan terharu sgt2 bila zahrien dah semakin besar dan semakin memahami , jika cakap ibu x der duit atau x cukup duit dia diam sahaja .. walau sedar dia mgkin sedih .. tapi dia awal2 dah cakap , adik x nak kek besar2 .. ibu x der duit , ayah x kerja ..sian ayah ..  siann kat ibu ! ... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Alhamdulillah kerana allah kurniakan anak2 yg memahami keadaan akak .. sgt2 terharu ...
I LOVE U SO MUCH ! .... ;))



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...