Sunday, February 24, 2013

YE KE KERANA KASIH BUKAN KERANA HARTA ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua

bukan mudah skrg nie seorang wanita yg nak kawin , jaga dan belai lelaki yg dah tua , x mampu , serba kekurangan jika lelaki tersebut tiada harta .. hurmmm memang payah nak terima kalau2 ada .. yelah wanita skrg nak2 kalau yg masih muda dan masih 'galak' org tua2 cakap .. hurmm manakan logik nak jaga lelaki yg dah tua menjadi 'suami' huhuh kalau ada memang 1000 ada satu aje lah kan ..


Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.

Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.

Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.

Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.

SHALIANA (kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah. Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.

sumber ; hmetro

hurm entah lah .. macam2 kisah hidup skrg nie ... semakin pelik dan semakin tidak logik , adakalanya bila baca nak gelak pun ada .. x tahu samaada boleh terima atau tidak .. macam kes wanita nie kawin dengan ex DJ radio nie .. mak dan ayah dia x bantah ke .. yelah , anak masih muda .. nak berbakti pada lelaki yg dah tua ...

 yelah secara logik nyeee wanita masih muda nie , nak macam2 ... nak suke , nak sedap , nak ke hulu ke hilir .. dari segi nagsu pula macam mana .. nafkah batin ! huuhu ... kalaulah wanita nie x kesah .. memang besar ujian allah utk kita lihat dan renungkan kan ..... wallahualam ...

29 comments:

  1. ntah.. (sambil tergaru2 kepala...)

    ReplyDelete
  2. entahla...klau dia ikhlas, akn ada balasan baik utk dia kemudian hari... kita doakan sahajalah..

    ReplyDelete
  3. Wallahualam Bisawab kak...soalan x boleh nak dijawab...Hanya Allah dan mereka jer tahu apa isi hati dan niat sebenar mereka...

    Kalau niat dia memang ikhlas dan baik...memang baguslah... tapi kalau sebaliknya...tunggu jer la pembalasan Allah...

    Apa2 pun, kita berdoa yang terbaik jer la untuk semua pihak...

    ReplyDelete
  4. entahle niat org sukar nak diduga... bersangka baik sahaja lah kot, nanti kebenaran muncul jua

    ReplyDelete
  5. tak tau nk kata apa msing2 ada sebab musabab tersendiri.

    ReplyDelete
  6. tak tahu nk jwb apa.. hnya dia yg tahu dan faham isi hatinya.. tapi harap sblum dia wat kputusn tu dia dh istikharah la.. jgn mnyesal di kemudian hari lak..

    ReplyDelete
  7. berita ni ke kuar ke metro? x sempat nak baca..nasib baik kak ieda tulis..

    ReplyDelete
  8. assalam ieda..tak tau nak katra apa

    ReplyDelete
  9. pg td ada kuar cite ni dlm tv3... slmat pg mesia kalau xsilap sy...

    Ntah la kak...ati manusia kan kite tak tau....rambut sama itam hati lain2 ....kalau dia jujur alhamdulilah tapi kalau sbaliknya Allah saje yg membalasnya....kite doakn saje agar yg baik2 sahaja tuk pasangan ni nnti...

    ReplyDelete
  10. Hermmm.. samalah.. taktau nk kata apa.. pelik je..

    ReplyDelete
  11. setuju dgn akak... lau dia ikhlas syukur alhmdulilah kan kak.. lau kerana harta tue.. walhaualam... hati manusia kita tak boleh bace..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..semoga niat sucinya urusan mereka dipermudahkan Nya...sama2lah kita doakan yg baik2 utk pasangan dan bersangka baik utk mereka..Wallahu'alam

    ReplyDelete
  13. Dalam soal ni saya ambil langkah fikir positif.. maybe dia betul2 ikhlas.. kita doakan supaya Allah akan balas budi yang ditaburkan..

    ReplyDelete
  14. dapat banglo sebiji kan?
    huuu.. minta dijauhkan dr saya... amin..

    ReplyDelete
  15. xtau la..kalau ikhlas alhamdulillah..kalau kerana harta xtau la tu..hehe..

    kalau amy la, mtk jauh la..huhu

    ReplyDelete
  16. wallahualam la kak... hanya Allah ja yang tahu niat sebenar dia... kalau dia memang ikhlas, kita doakan dipermudahkan segala urusan... huhu

    ReplyDelete
  17. yelah kak ieda..saya pon musykil..tapi andai betul wanita ni ikhlas, mmg kagum giler ngan pengorbanan die..umur muda tuuuuu...

    ReplyDelete
  18. Niat sebenar dan keikhlasan seseorang hanya Allah yang tahu kak..

    ReplyDelete
  19. Bagus lah kalu dia betul betul ikhlas. Semoga tidak dipaling hatinya untuk terus berbakti.

    ReplyDelete
  20. hurmmmm..pelik2 sgt lah kak org2 skang nie kan..mcm2 hal...umur 23 kawen ngan lelaki umur 83..

    harap2 niat die nak kawen tuh molek la kan kak..

    ReplyDelete
  21. hanya Allah yang tahu niat dia kan.

    ReplyDelete
  22. mgkin dia nak dpt pahala utk akhirat..or mgkin nak dptkan harta slps si suami meningggal dunia.Sapa tau kan hati manusia ssh utk diduga =D =)

    ReplyDelete
  23. Harap2 yg baik2 sahaja niat dia.....

    ReplyDelete
  24. Semoga niatnyer baik n ikhlas...sama2 la kita doakn...

    ReplyDelete
  25. salam kak ida..
    mmm..cma hanya mampu doakan yg terbaik buat mereka berdua..

    ttg niat sebenarnya tu, hanya allah shj yg mengetahui..xde sape yg layak judge melainkan allah ta'ala :)

    ReplyDelete
  26. wani pn xtau nak kata mcm mn bab ni

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...