Wednesday, February 20, 2013

ROGOL ? DIANIAYA KE ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

laju2 update ekkeek .. tgk berita pasal mohd mentor nie .. aduh kesian lak kat dia kan .. x pasal2 kena fitnah rogol org .. aduh senang noo zaman skrg erkk .. nak tipu tunang .. tipu kawin .. tipu rogol .. perghhh mudah benor zaman skrg nie ... zaman modern erkkk ... nama dan maruah org leh dibuat main2 .. last2 rejeki mereka jadi mangsa ... hurmmmmm 
yang penting zaman skrg nie semua kena hati2 bukan senang utk percaya kat orang kan huhuhu


PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.

Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.

“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.

“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.

Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.

petikan : hmetro


hurmmm dah macam mana .. x pasal2 kena buat statement pasal kebenaran dia kan .. hurmm satu lagi kes Fizz Fairuz tuu .. terang2 kena tipu .. aduhhhh macam mana lah kan .. hurmm susah nak ulas kalau benar main ilmu2 hitam nie .. hohoho takut , minta dijauhkan lahh yeeeeee

insyaallahhh , kalau hidup kita x lupa sembahyang dan amalkan selalu ayat2 allah .. allah x akan lupa utk lindungi ummatnyee yg x pernah lupakan dia .. ;)


24 comments:

  1. kalau betul teraniaya kesian dier ye

    ReplyDelete
  2. aduhaiii..mcm2 hal la kan kak..xtau nak percaya ke idak..dirogol ke mmg secara rela?????..hehehe...

    pasal ilmu2 hitam nie pun xleh nak komen pjg2 sbb dh penah kene kat diri sendri kan..

    ReplyDelete
  3. amboi kak , cm wrtawan retis je ni ..

    tu la kan , ngeri je kene tuduh gitu .. tp kalau btl cmner la gaya nye

    ReplyDelete
  4. kesian plak..dunia retis ni macam-macam kalau dah dengki tu..

    anyway,salam kenal..say follow sini ye..

    ReplyDelete
  5. Kalau betul difitnah...
    Yang mengaku dirogol tu tak malu ke???
    Dah tentu2 orang akan anggap dia dah ditebuk tupai kan...?
    Hurmm.. Macam2 hal...

    ReplyDelete
  6. tapi mmg kesian lah pasal tuduhan tu kan kak.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ieda

    dunia artis....

    ReplyDelete
  8. zmn skrg nih manusia banyak lain mcm skit perangai, mcm2 sgt ulah nyer

    ReplyDelete
  9. saya makin pelik dgn mcm2 peristiwa yg berlaku skrg ni..

    ReplyDelete
  10. saya makin pelik dgn mcm2 peristiwa yg berlaku skrg ni..

    ReplyDelete
  11. ilmu2 ni semua menakutkanlah kak... zaman dah moden tapi manusia masih berfikiran orthondox lagi...

    part rogol tu...hanya mereka yang tau kebenarannya apa sebenarnya yang terjadi kan?

    ReplyDelete
  12. nampak sangat lelaki sekarang senang kena tipu..heheh..

    saya pun rasa dia dianiya je sebab masa awal2 berita keluar dah ramai yang tau itu Mohd.padahal media dok tutup2 muka dia.

    sah2 pompuan tu dok kecoh2 sengaja nak malukan dia..

    ReplyDelete
  13. jika xder angin, masakan pokok leh bergoyang.. kita tunggulah keputusannya nanti,hurmmmmmmmm..

    ReplyDelete
  14. tak pasal2 kan kak...buruk reputasi dibuatnye....bukan senang nak bersihkan name tu balik...nak burukkan name kejap jek boleh buat....adoiyai

    ReplyDelete
  15. macam2 hal la..bertunang ngan bini org..aduhai..pelik betul la diorang ni...

    ReplyDelete
  16. Pelik2 zaman skrg ni..semuanya pun berani..berani mainkan maruah org, tuduhan palsu..haih..macam2x..

    ReplyDelete
  17. salam kak ida..
    haissshh mcm2 dunia retis ni la..

    ReplyDelete
  18. sekarang org senang je nak jatuhkan org lain..x fitnah amik jln senang guna ilmu hitam ..minta dijauhkan lah..

    ReplyDelete
  19. haru gak kalau cam.tu..kena sentiasa mintak pada ALLAH agar sentiasa di bawah lindungan nya dr perbuatan khianat manusia..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...