Saturday, February 16, 2013

PELIK @ KASIHAN I ALMY BIMBANG DI KECAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm entah lah nak kata pelik , simpati atau sedih pada almy nadia nie .. huhuhu kisah2 macam nie berlegar2 di sekliling kita kan .. x ambil tahu pun x boleh .. so bila baca kita concern ! .. bila concern kita akan buat spekulasi .. tapi akak x naklah komen banyak2 .. cuma timbul rasa kasihan sbb semua nie wanita yang jadi mangsa kan .. hurmm ..salah dia ke ?? atau ada apa2 yg dia nak sembunyikan .. 
 



PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita kerana khuatir dengan pelbagai risiko yang tidak dijangka.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia bimbang jika tersalah memberi kenyataan akan muncul pihak-pihak lain yang akan mengecamnya dan keluarga.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya tahu, ada pihak-pihak tertentu sedang memerhatikan salah silap saya. Jika tersalah cakap, mungkin saya akan terima kesan buruk. Sebab itulah lebih baik saya tidak banyak memberi komen,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Kontroversi mengenai status hubungan antara Almy dan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tercetus apabila foto majlis pertunangan pemuda itu dengan seorang wanita telah tersebar di Internet.

Tertekan apabila sering disoal tentang Fizz?
Saya tak tahu nak cakap apa. Tetapi macam biasa saya jawab apa yang terdaya. Lagipun saya tak buat salah, buat apa nak lari. Lainlah kalau saya buat salah, saya larilah daripada pihak media.

Apa yang Almy takut sampaikan sikit pun tak mahu komen?
Maafkan saya sekali lagi. Tetapi saya tahu ada pihak yang sedang menunggu saya mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pertunangan Fizz dan kemudian mereka akan mengenakan saya pula.

Biarlah... dia (Fizz Fairuz) dah pun menjadi tunangan orang. Risau juga dibuatnya kalau orang datang dan cuba ugut dan kacau saya pula nanti. Dah bertambah masalah pula.
Siapa pihak (yang akan mengecam) yang dimaksudkan itu?
Saya tak boleh nak cakap.

Jadi apa yang Almy nak buat sekarang?
Saya akan pastikan tidak menjawab apa-apa langsung berkaitan dia (Fizz). Cuma saya kena pandai jawab dan tepis soalan yang boleh mengundang tidak puas hati kepada pihak lain. Jika salah cakap, saya akan dihentam pula.

sumber ; mstar

tapi akak kagum lah dengan Almy nie .. dah 6 tahun dia bercinta kann .. macam mana dia boleh rasa relax dengan perpisahan dan peristiwa macam nie .. nak dibandingkan orang2 di luar sana yang hanya bercinta x sampai setahun dah kesedihan macam orang kehilangan mak @ ayah huhuhu ( sowii over lak .. hakikat kan ) ... hurmm dia boleh stay cool macam nie ... lagi x buka mulut ... bagus lah almy .. wanita skrg kena lebih kuat ! .. x der jodoh kena terima dengan redha .. buat pe nak ketagih rasa cinta dan kasih kalau ia bukan milik kita kan .. utk apa ??? jangan buang masa ... 

tapi kalau dah kawin .. bercerai berai kenalah punya kesedaran dan x heran lah kalau sedih kan .. yelah rasanya ikatan perkahwinan lebih besar dari ikatan yang x der makna apa2 tuuu .. setakat bercinta .. Almy boleh x kan orang lain x boleh kan .. huhuhu ...cakap2 niee akak winduu ngan hubby nie .. ( ini sekadar pandangan akak sahaja yeee ... )

dah lah sini ujan dari kelmarin .. hohohoh nak banjir balik ke ???? adehhhhhhhhhhhh

14 comments:

  1. In Shaa Allah, akan ada jodoh yg baik buat Almy nanti. Dia cantik, takde gossip liar setakat ini ... moga dia mendapat jodoh yg lebih baik dr sebelumnya.


    Cuma kesian bila Fizz biarkan kisah cinta mereka tergantung macam tu, dan last2 dia bertunang dgn org lain. Cuba jujur kalau dah takda rasa kasih dn sayang. Lebih mudah kita rangka masa depan yg lebih baik dr mengharap.


    Moga ALmy tabah

    ReplyDelete
  2. dari dulu saya suka almy ni... mmg nampak ketabahan dia

    ReplyDelete
  3. oh sudah bertunang dengan org lain rupanya...

    ReplyDelete
  4. takpelah almy....Allah lebih tahu mana yang terbaik :)

    ReplyDelete
  5. Ada juga baca kisahnya. Matang cara dia menghadapi situasi yg melanda. Mungkin ada yg lebih baik untuk dia. Pelik juga fiz tu nak bertunang tp tak bgtau. Tak baik buat org mcm tu. Beritahulah awal2 kan gentleman

    ReplyDelete
  6. Cool jer dia kan kak..pasti ada hikmah disebaliknye..

    ReplyDelete
  7. bagusnya almy..

    psssttttttttt: mai le sini, byk mknn kt dapo tu, laksa/laksam berkuah lemak & asam, pulut & sardinpn ader...

    ReplyDelete
  8. kesian jugak kat Almy.. dah nasib badan Almy.. huhu

    ReplyDelete
  9. xtahu cerita mereka...tapi bagus almy...kita perempuan kene strong

    kat sini pun hujan juga kak

    ReplyDelete
  10. almy memang seorang yang tabah dan cantik.. hihi

    Salam kak ieda.. dj minta izin utk promot entri di blog kak ieda.. terima kasih support blog dj

    BY: DJDANCHEF

    ReplyDelete
  11. Da ketentuan Allah...mngkin itu bukan jodoh dia...

    ReplyDelete
  12. kesian jugak kat dia. tp dah bukan jodoh diorang kot.

    ReplyDelete
  13. KEsian dia. Lama juga dia dgn fizz kan. Semoga dia tabah.

    ReplyDelete
  14. kesian kat almy ni,,,tp dia tabah kan

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...