Wednesday, February 27, 2013

PELAKON ROSNAH MAT NOOR TERLANTAR DI HSP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah lama x dgr cerita pasal pelakon ini kan .. kenal tak ?? lain banr wajah dia skrg .. terbaru dia sedang terlantar sakit di HSP kerana komplikasi pelbagai penyakit .. aduhh sedih pula , sedar2 dah sakit aje .. semoga beliau cepat2 sembuh .. katanya tulang pahanya patah ...


PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihadapinya sebelum ini.

Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bergerak.

“Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah tidak boleh berjalan.
“Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan sakit luar biasa sehingga ke pinggul,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh.
  
rosnah ketika muda

Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.

“Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir,” katanya yang juga terpaksa memakai lampin buat sementara waktu.

sumber :mstar online


Teringat akan lakonan lama2 dulu dia .. sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, pelakon Rosnah ini telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Haa kalau esok untuk siapa tuu , memang akak selalu tgk .. suke tgk dia masa nie .. cantik .. yelah masih muda lagi masa tuu ;)
semoga dia cepat2 sembuh ... 

20 comments:

Aku Bapak said...

lama x dengar khabar tentang Rosnah Mat Noor ni...

seingat Bapak, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Iwan Dangdut..

Aju Mohit said...

td mula2 tak kenal, bila tgk gmbr lama tu terus ingat drama lakonannya, semoga beliau dirahmati Allah

Sally Yatiey said...

Semoga dia cepat sembuh :)

diana said...

ooo..dia ni..bekas isteri iwan kan??

Hani Othman said...

sama2 la kita doakan dia cepat sembuh...

rohayu osman said...

semoga beliau cepat sembuh.. In Sha Allah.. amin

umi alya said...

Moga dia cepat sembuh, amin

ZazaMyMoon said...

oooo kenal pelakon ni, zaman 80an dia mmg cantik.. sy suka dia..
apa2 pn kita berdoa semoga pelakon ni cepat sembuh ;)

Syima ~Mama Kyra~ said...

lain muka dia eh..yela tanpa mekap..tp lupa lak muka dia time mekap berlakon..pape pun kita doakan smg dia cpt sembuh..amin

syariza09 said...

ooo patut la lama dh x napak dia berlakon.
skrg ni sy rasa senang nk drop komen kt sini, format dulu susah sikit

mama maman aka yana said...

semoga beliau cepat sembuh.. sy pun suka tgk dia nih.. cantik

Herma Julianny said...

semoga beliau cepat sembuh.. :)

Deqla manjew said...

siyes mula2 tgk gmbr x kenal..pas tu bila scroll ke bawah baru knl.. moga dia cpt smbuh..

NoEn said...

semoga beliau cepat sembuh

~Siti Hajar~ said...

Ingatkan Rosnah Mat Arif td...xpnh tgk la pelakon ni, munkin sy kecik lg waktu dia fames kot...hehe

Ema Blog said...

mom ema pernah jadi mak andam masa dia nikah kali kedua..

Izan Ishak said...

mudah2an Allah kurniakan kesembuhan ke atas dirinya... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.ida..
huhuh..semoga allah berikan kesihatan dan kesembuhan buat dia..

Mia Kassim said...

Moga dia cepat sembuh....

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga beliau cpt sembuh

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (271) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) pekerjaan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...