Thursday, February 28, 2013

PELAJAR PULANG WANG RM37,500

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah , bagus pelajar nie .. dah lama x dengar berita pasal budak sekolah yang berkelakuan baik .. skrg nie baru ada .. kalau tidak kita selalu dihidangkan dengan pelbagai jenis dan ragam pelajar2 sekolah yang sangat2 menyakitkan hati ... tapi hari ini bila baca berita pasal pelajar sek menengah nie .. 

ya allahhhh sgt2 terharu ! ..... semoga kelakuan dan tindakan pelajar ini mendapat perhatian dan di jadikan contoh serta teladan kepada pelajar2 lain dan khususnya kepada masyarakat skrg .... bukan mudah .. dugaan kepada pelajar ini  , mata mungkin dikaburi dengan wang yg begitu banyak .. tetapi kejujuran dia mengatasi segalanya ... sgt2 kagum dengan adik ini ..............


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.

petikan :hmetro


kalau orang dewasa pun belum tentu nak pulangkan .. kan kan .. dugaan zaman skrg yg payah nak dpt duit nie .. ada masanya semua itu mengatasi segalanya .. bila bab duit banyak yg rambang mata , buta hati dan minda .. x boleh nak fikir rasioanal .. itulah hakikatnya ... bila da kes macam pelajar ini , benar2 membuka mata kita .. bahawa wang jika bukan milik kita , akan tetap bukan milik kita , dia bertaruh nyawa dalam usaha untuk mengembalikan wang tersebut ... ....

semoga adik ini berjaya kelak ... sejukkk perut ibu mengandungkannya ...



34 comments:

  1. Cerita2 gini la yg patut di sebar luaskan..bg motivasi kat lain.

    ReplyDelete
  2. ucapan tahniah buat adik ni... moga sikap2 baik begitu dapat jadikan ikutan anak2 kita kan kak...:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. bgsnya budak² mcm ni kan..

    ReplyDelete
  4. mmg respect la kak bdk nie...zaman skang nie mmg ssh nak crk org mcm nie kan kak..

    ReplyDelete
  5. banyak tu kak...orang skang mudah gelap mata...hurmm...

    bagus budak ni...moga jadi anak yang soleh ye

    ReplyDelete
  6. bagus adik nie, meremang bulu roma baca paper sal nie td, payah nak cari yg jujur di usia muda mcm nie

    ReplyDelete
  7. Allah sengaja menguji adik ni..alhamdulillah, lurus jalan yg dia pilih..tabik hormat pd dia.. =)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, moga menjadi iktibar kpd kta semua. kejujuran . a word of sukar dicari kan,

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...semoga menjadi contoh untuk semua org

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. bagusnya anak ini

    ReplyDelete
  11. rg dewasa nk pulang ke .. cer budak tu dah besar dah pandai pk nk beli memacam kompom tak pulang .. hihi

    tp klu adik ni kekal nilai murni insyaallah berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Allah membalas kebaikan & kejujuran adik Amir.. :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...teladan untuk anak2 kita kan...dah jumpa hak org pulangkan balik..jgn sesekali ambik..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...ada lg budak yg baik dan jujur

    ReplyDelete
  15. semoga adik ni d berkati hidupnya, amin...

    ReplyDelete
  16. Mulianya hati adik ni nak pulangkan..syukur alhamdulillah. moga ramai lagi anak-anak kita begini

    ReplyDelete
  17. Terpuji akhlaknya....jujur..dia tahu bukan haknya dan wajib dipulangkan kepada tuannya...

    ReplyDelete
  18. bangga mak ayah dia ada anak sejujur ni.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah..ni kat tempat saya ni kat batu pahat

    ReplyDelete
  20. banga ibu bapanya..ada anak seperti dia

    ReplyDelete
  21. terharu dengan kejujuran pelajar ni.
    semoga menjadi contoh kepada kita semua :)

    ReplyDelete
  22. salam k.ida..
    alhamdulillah.. jujur budak ni..
    pahala lah ganjarannya..


    * cma pernah tnye soalan " klu hang jumpe dwet 1 million nk buat apa? serah kA? amek?
    5 dr 7 org yg cma tanya, jawapanye : amek la.. rezeki tu!*

    sedih :(

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah...... bagusnya pelajar ni....

    ReplyDelete
  24. Mesti ramai yg bangga dgn anak ini. Ibu-bapa, keluarga,pihak sekolah, org kampung termasuk kita juga kan... Org s'pore tu bagi ganjaran tak?

    ReplyDelete
  25. Bagusnya adik ini.. Kalau kita, belum tentu lagi nak pulangkan.. Dahlah duit tu bukan sedikit.. :)

    ReplyDelete
  26. Tahniah utk adik sebab sifat jujur yg mulia tu.....

    ReplyDelete
  27. beruntunglah ada anak sejujur & sebaik ini !

    ReplyDelete
  28. budak ni mmg hati mulia...sifat terpuji

    ReplyDelete
  29. Jujurnya dia. Mesti parents bangga dpt anak mcm ni kan.

    ReplyDelete
  30. betul kerana duit semuanya rambang mata...macam kes saya lah...bayangkan apabila diberi amanah untuk menjaganya dikianati...bagus budak ini

    ReplyDelete
  31. sebak pulak jadinya.. terharu.. kagum.. tak semua orang semulia budak ni...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...