Sunday, February 17, 2013

METEOR MELINTASI DAN TERHEMPAS DI RUSIA I ADAKAH PETANDA AKHIR ZAMAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

aduhh semakin risau dan berdebar bila baca artikel ini ... adakah ia petanda akhir zaman .. semakin dekat dan apa yang kita sedang lakukan ?? tgk aje ke ?? huhuhu nak buat ape ?? ... sekadar kecut perut macam yg sedang akak alami skrg ke ?? huhuh

 Gambar dari kamera video yang dirakam dari dalam kereta menunjukkan pergerakan lintasan meteor melalui langit di bandar Chelyabinsk, kira-kira 1,500 kilometer (930 batu) dari timur Moscow. -Foto AP / AP Video

MOSCOW: Kira-kira 1,000 orang dilaporkan cedera apabila meteor dari angkasa terhempas di bandar Chelyabinsk, Ural, Rusia pagi Jumaat, waktu tempatan.
Angka terkini kecederaan disahkan Jabatan Kesihatan Chelyabinsk yang turut mengesahkan kecederaan melibatkan 200 kanak-kanak.

Kebanyakan mengalami kecederaan akibat terkena serpican kaca yang pecah akibat letupan yang mengakibatkan bola api yang terhempas di banguna dan kawasan perumahan.

Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.



Itar-Tass, agensi berita rasmi melaporkan cahaya terang berwarna putih kelihatan di langit untuk beberapa saat diikuti bunyi letupan yang sangat kuat. Dilaporkan bahawa letupan berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Letupan mengejutkan itu menyebabkan trafik dan komunikasi mudah alih tergendala.
“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

Meteor yang dilaporkan terhempas membentuk lubang bulat di kawasan ais dan bersalji berhampiran tasik di Chelyabinsk kira-kira 1,500 kilometer dari timur Moscow. -Foto AP


Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini.

“Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan,” katanya.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.
Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.

sumber : mstar



7 comments:

  1. semoga dijauhkan benda2 ni terhempas kat Malaysia...kiamat tu pasti tp x tau bila kan?

    ReplyDelete
  2. mungkin ini sebagai salah satu peringatan buat kita... yup agree dengan kakak manis Amanda Suria... kiamat tu pasti tapi x tau bila...

    dengar2nya ada lagi yang kedua yang bakal jatuh...but how far this is true... masih lagi x dapat nak dipastikan...

    ReplyDelete
  3. menakutkan artikel ini,
    apapun semoga kita sentiasa dilindung olehNya.amin.

    ReplyDelete
  4. ya allah semoga kita sentiasa beringat, mmg takut dan risau kak

    ReplyDelete
  5. memang menakutkan. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  6. Scary kan kak. Marilah kita sama² tingkatkan amal ibadat kita.

    ReplyDelete
  7. sama2 kita perbanyakkan amal ibadat

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...