Thursday, February 21, 2013

MASUK UNIVERSITI : YANG MISKIN TETAP BERPELUANG !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhmdulillah , kalau dari dulu lagi peluang macam nie ada .. alangkah bagusnya .. haaa nak2 diamalkan didalam semua negeri bukan sekadar negeri KELANTAN sahaja ! ... huhuhu

UiTM cari pelajar miskin untuk lanjut pelajaran

KOTA BHARU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan misi penjelajahan ke seluruh negara bagi mencari 5,000 pelajar miskin yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) 1Malaysia 2013 itu diadakan secara besar-besaran dengan turut membabitkan 1,000 sukarelawan universiti berkenaan. 

"Dalam penjelajahan ini kita akan mencari pelajar-pelajar daripada kalangan keluarga miskin tegar yang layak untuk memasuki universiti ini di peringkat pra diploma terlebih dahulu.
"Ini untuk merealisasikan hasrat UiTM bagi mengubah nasib anak Melayu dan bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di universiti ini," katanya selepas majlis makan malam bersama media di sini malam tadi.

Dr Sahol Hamid berkata sejak dilancarkan beberapa tahun lalu, seramai 16,000 pelajar telah diambil memasuki UiTM dan 87 peratus daripadanya telah diserap masuk ke program diploma.

"Kita telah mendapat dana sebanyak RM25 juta untuk membiayai pelajar-pelajar ini untuk menyambung pelajaran mereka dengan kerjasama pelbagai agensi seperti bank tempatan dan NGO," katanya.

sumber : hmetro


x der lah lepas nie anak2 muda lepasan SPM rasa terpinggir kan .. nak mohon risau .. mak ayah x mampu nak biaya .. haa nie dah dpt peluang macam nie dari UiTM , janganlahh disia2kan kan ... dan berlajar lah bersungguh2 .. bukan mudah nak dpt peluang melanjutkan pelajaran .. bila dah ada tuu grab it ! 

Harap2 ramailah yg dpt peluang melanjutkan pelajaran nie kan .. yang betul2 miskin lah .. bukan yg suke sogok utk tempatkan anak2 mereka dlm U sedangkan anak mereka tidaklah cemerlang manee .. ada tuu x layak punn tapiiiiiiiiiii ergh ! .. haaaaaa sure ade punye .. kalau tidak x akan ada yg bersuara kan !




21 comments:

  1. Salam Kak ida..
    hmm..pendekatan yg bagus..btl tu..klu dr dulu buat mcm ni mesti ramai yg boleh sambung belajar.. i mean, bukan kat kelantan sahaja.. :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah....kat UiTM pengajiannya murah.....course pun banyak pilihan =D

    ReplyDelete
  3. bagusla cmtu kan..xdela yg cerdik tp xmampu sb miskin..huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ieda

    terbela mereka2 yg tak bernasib baik

    ReplyDelete
  5. ada ke yang macam tu eida??ei...tak patut la..kesian tau kat orang yang lebih layak..

    ReplyDelete
  6. baguslah...alhamdulillah...sekurang2nya masih ada peluang untuk mereka meneruskan pelajaran...sayang bila yang cerdik pandai dan berpotensi terbiar macam tu aje...

    hopefully mereka x sia2kan peluang dan x lupa diri lah bila dah berjaya...

    ReplyDelete
  7. bgusla kalau macam ni...patut dari dulu da buat da...mesi sy yg terpilih..hihihi

    ReplyDelete
  8. Memang patut dah lama buat pun...
    Tapi sebab nak PRU, UiTM Kelantan la yg buat dulu...hahaha

    ReplyDelete
  9. bgs la buat mcm ni... moga mereka x sia2kan peluang yg ada... :)

    ReplyDelete
  10. tulah ni peluang untuk mereka lanjutkan pelajaran, kalau boleh cari mereka yang benar2 layak..

    ReplyDelete
  11. salam,,

    yang penting mereka mahu belajar dan bukan dipaksa, kelayakan bukan ukuran kejayaan seseorang bab kata syeikh moktar bukhari... hehe

    ReplyDelete
  12. Uitm best! tolong anak2 melayu ....yuran pun rendah...kalau u mmg beribu....:)

    ReplyDelete
  13. jgn pinggirkan golongan yg tak mampu kan.

    ReplyDelete
  14. macam ini kan bagus dari spent berjuta utk perkara yg tak berfaedah oppaa!!!

    ReplyDelete
  15. patut anak2 ambil peluang ni... zaman kita dulu tak ada kan mcm ni


    uitm KPilah dah mula rasanya tahun lepas

    ReplyDelete
  16. patut anak2 ambil peluang ni... zaman kita dulu tak ada kan mcm ni


    uitm KPilah dah mula rasanya tahun lepas

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dpt juga bantu golong kurang mampu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...