Thursday, February 7, 2013

KENAPA MESTI TAKUT HANTU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

persoalan yang selalu kita dgr bila berbual dengan rakan2 kita kan .. ada tuu yang menceritakan bagaimana anak2 mereka @ diri mereka sendiri yang takut pada hantu @ bercerita pasal hantu .. hurmm terfikir tak kalian , kenapa selama nie kita selalu di momokkan dengan takut hantu ..

Haa pernahkah kita tanya pada diri sendiri kenapa kebanyakan kita takut hantu? Setujukah anda jika akak katakan perasaan takut itu sudah ditanam dalam diri kita sejak kecil?

“Dah lewat ni, tidur. Jangan bising, nanti momok ambil.”

“Beranilah pergi kat situ, ada hantu...”

“Adik, masuk rumah, dah Maghrib ni, nanti kena sorok dek hantu.”

Kata-kata di atas ini macam biasa sangat didengar kan? Ya, betul. Inilah kata-kata yang diguna pakai oleh ibu bapa sejak turun temurun semata-mata untuk menakutkan anak dan melatih mereka berkelakuan baik. Walau dunia sudah semakin moden, masih ramai ibu bapa terikut-ikut dengan cara kuno ini. Ya, cara ini memang sudah lapuk tetapi diakui cukup berkesan. Lihat sahaja apa yang berlaku pada kita-kita ini. Sampai sekarang kita takutkan hantu walaupun rata-rata kita langsung tidak pernah terserempak dengan makhluk yang satu ini. Semuanya hasil pengalaman ditakut-takutkan dengan hantu semasa kecil.

Fikir dan tanyalah diri sendiri, betul ke cara yang diamalkan ini. Akak yakin tentu ada yang kuat menyatakan bahawa cara ini salah. Jadi, kalau sudah tidak betul, kenapa ramai yang masih praktikkannya? Tepuk dada, tanyalah hati.

Sebenarnya, kenapa kita perlu takut pada hantu? Apa yang hantu boleh buat pada kita? Hantu tidak boleh mencederakan kita kerana hantu juga makhluk Allah SWT. Untuk pengetahuan, hantu ialah syaitan di kalangan jin yang mengganggu manusia dengan menakut-nakutkannya.

Jadi, apa kata mulai saat ini, kita sama- sama didik anak-anak menjadi lebih berdisiplin dengan menekankan tentang pentingnya takutkan Allah SWT melebihi segala-galanya. Beritahu mereka bahawa Allah SWT memerhatikan kita setiap detik, mengetahui setiap tingkah laku kita dan yang paling penting tahu apa yang ada dalam hati kita. Tidak ada satu pun perbuatan dan perkataan kita yang Allah SWT tidak tahu. 


17 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    biasa saya dengar...

    ReplyDelete
  2. ada kebenarannya dalam entry yang akak huraikan ni...takutkan Allah tu lebih utama... yup... Allah tahu apa yang ada dalam hati kita... ^_^

    ReplyDelete
  3. selalu yang kita dengar dulu2 mmg cenggitu

    ReplyDelete
  4. tulah pasal saya pun tak tau kenapa orang takut hantu..anak lelaki saya memang takut hantu ntah apa2 tapi yang kecik tak pulak..So dari sekarang saya cuba tukar minded diaorang..So far saya mmg tak takut hantu saya cuma takut dengan jenayah dan orang jahat! Takut Allah dah tentu kan.

    ReplyDelete
  5. sy lettew kalau geram dgn ank nilah modalnya huhu sgt tak baik habit ni..
    semoga hari2 mendatang akan lebih peka :")

    ReplyDelete
  6. aah, dulu nenek kite selalu gak cakap mcm tu kat cucu2 dia yg degil ni. hihi

    ReplyDelete
  7. Dah nama pun org Melayu, lumrah la tu. Nak ubah satu masalah kerana kita dikelilingi dgn kwn2 yg dah terbiasa dgn cara begitu. Anak akak ni, dah 11 thn masih tak berani kebilik air bila balik kg. Ckp apa pun, tak jalan. Peliknya kat luar rumah bukan main berani.

    ReplyDelete
  8. setuju didik anak hanya takut kepada Allah dari kecil lagi.

    kita bertanggungjawab membesarkan anak kita menjadi lebih berkualiti dari kita dan atuk, neneknya...

    ReplyDelete
  9. itulah kan skt2 msti di sogok dgn ada hantu

    ReplyDelete
  10. betul tu, kadang2 dari kecik dah dimomoknya dengan hantu, sampai besar dah jadi penakutkan..

    ReplyDelete
  11. Hehehe...kekadang ada juga buat mcm tu kat anak. Geram sgt kekadang. Tapi saya selalu ingatkan dorang 'kita kena takut dgn allah, bukan dgn hantu'

    ReplyDelete
  12. biasa dgr tp tak elok amalkan.

    ReplyDelete
  13. sbb hantu tu kan selalu dikaitkan dengan muka buruk & darah. huhuhu..

    ReplyDelete
  14. betul tu kak...hantu hantu hantu je untuk takutkan anak - anak dulu.. :D

    ReplyDelete
  15. salam kak immi..
    adess...mcm terkena je kt cma.. huhuh..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...