Friday, February 1, 2013

KAWIN MUDA ? KAWIN AWAL ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Ramai dalam kalangan muda zaman sekarang yang terbuka untuk mula kahwin muda. Jadi, uols semua sudah tentu pernah mendengar bahawa ada sahaja pasangan muda yang baru umur setahun jagung sudah mendirikan rumah tangga.

Rata-rata daripada anda semua nie sudah pasti tertanya-tanya adakah kahwin awal ini bagus ataupun tidak? Sebenarnya kahwin awal ini ada baik buruknya juga kan .. sedar atau tidak itulah hakikatnya .

Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan , disamping menjaga maruah keluarga di kedua belah pihak . Haaa itu yang lebih penting , bukan nak sedap sahaja kan ;)

Maklumlah, remaja zaman skrg kann suka mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan. Jadi sudah pasti maksiat berkembang pesat.


Di bawah ini merupakan perkongsian yang akak dapat mengenai tips-tips untuk kahwin awal..

a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.
Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.
Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

b) Mempunyai wang simpanan yang cukup.
Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri.
Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.

c) Kekuatan diri untuk memikul tanggungjawab.
Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu.
Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.

d) Mendapat restu ibu bapa.
Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.

e) Boleh bertolak ansur.
Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki.

Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.

tips : google

23 comments:

  1. kahwin muda nie kalo btl2 tahu erti t/jawab xpe..nie byk yg jurus ke arah nak seronok je

    ReplyDelete
  2. Eida dulu2 kawin muda juga erk??, akak sedang2 jer, abis belajar terus kawin (gataii no??)

    ReplyDelete
  3. dalam keluarga saya baru baru ni ada yang kawin awal, dan terus bermasalah.... sian pula bila fikirkan.. nak salahkan kawin awal ke entahla... harapnya selepas ni dia tu akan temui bahagia lah... mmg muda sangat lagi orangnya..

    ReplyDelete
  4. saya rasa elok lah dikawen kan je mana yg nak kawen tu..karang mcm2 yg terjadi

    ReplyDelete
  5. Panduan utk yg masih belum berkahwin. Bila tgk gejala sosial skang nih, elok rasanya mereka ni kawin awal. Tapi klo dah betul2 bersedia nak menggalas tanggugjawablah. Saya kawin dulu tak der lah muda sgt, masa umur 26 tahun ☺☺

    ReplyDelete
  6. sya bru skrng jmpa yg berkenan.. umur pn dh byk.. hihihi
    bkn ape nk ade kerjaya tetap dlu.. sng dikemudian hari..

    ReplyDelete
  7. kawen awl tu bagus tp, pasangan tu kna tau tggjawab n komitmen masing2...

    ReplyDelete
  8. eloklah berkahwin untuk mencegah perkara2 kemungkaran dari berlaku... that is maksiat or terlanjur... kalau terbabas... dosa dapat, diri rugi...apa pun x bley....

    tapi sebelum berkahwin, kenalah faham konsep perkahwinan dan tanggungjawab... kalau x faham konsep tapi kahwin pun payah jugak...nanti lagi melarat yang macam2 jadi... ^_^

    ReplyDelete
  9. kenapa ramai share tentang kawin harini..? adoi.. camner ni, nak kawin, calonnya takde.. sobs sobs

    ReplyDelete
  10. izan pun dulu2 kawen mudah kak ieda.

    ReplyDelete
  11. Susah nak cakap.. zaman skang mcm2 boleh jadi. Kalau dah kawin awal tu yg paling baik... kawin ajelah.

    ReplyDelete
  12. kalau ada peluang tuk kawin awal...alhamdulillah rezeki...kalau tak nk buat mcm mn...??? redha...

    ReplyDelete
  13. As salam kak..

    Lynn dulu pun kawen muda..umur 24..org lain habis study enjoy tapi lynn dah kawen..terus dapat anak..sekarang lynn plk enjoy sebab anak2 dah besar..yahuuuuuuu..hehe

    ReplyDelete
  14. Tak salah ieda kalau dah boleh dan tahu tanggungjawab. Jgnlah macam yg baru semalam tu budak 11 tahun (perempuan) lari dgn budak 17 tahun (lelaki) sebab nak bertunang tidak direstui. Gila ke apa? Makan pun mintak org tua nak kawen.

    ReplyDelete
  15. saya dulu kawin lepas konvo, kak ieda..muda gak la..cinta zaman sekolah, gatal lebih skit kot..hehe..

    ReplyDelete
  16. salam kak ida..
    cma kawin awal.. heheh..

    tenkiu for sharing..

    ReplyDelete
  17. intan kawen lewat..nak kawen awal tapi x der calon lagi time tu..hehhe

    ReplyDelete
  18. tak kisah lah kawen awal ke lmbt ke jnji tau tggjwb

    ReplyDelete
  19. kalau dah sampai jodoh memang kawen jelah. :)

    ReplyDelete
  20. betoi3. rmai yg kawen muda skrg. tp utk diri sdri, x perlu la nk ikut org. stiap org dah dtetapkan ms yg sesuai. insyaAllah bila dah tba msnye, akn tmbul rs tggungjawab.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Tuan blog ... tumpang promote yea .. kami menawarkan pakej photography dgn hrga terendah kpd bakal pengantin ... mohon lawati kami di ( https://www.facebook.com/anakseniphotography ) ..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...