Sunday, February 10, 2013

KASIH TERHADAP IBU TIDAK BERTEPI : RAYA TETAP RAYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

kasih terhdap ibu tidak bertepi , kasih seorang anak yang telah memeluk islam tetap di tunjukkan terhadap ibu beliau walau beliau dah pun memeluk agama islam .. dia tetap meraikan Tahun Baru Cina walau dia telah memeluk islam 13 tahun dahulu ... oh touching betul akak baca ...


Walaupun sudah memeluk agama Islam sejak 13 tahun lalu ia tidak menghalang seorang peniaga membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun bersama keluarganya.
Muhammad Ridzuan Lau Abdullah, 33, turut membuat persiapan perayaan itu dengan menyediakan angpau untuk anak saudara dan tetamu yang berkunjung ke rumahnya di kuarters Kompleks As-Saadah di sini.

Malah, dia yang lebih mesra dengan panggilan Ah Soon di kalangan keluarganya tidak sabar untuk berjumpa ibunya di kampung halaman di Teluk Kemang, Port Dickson.

“Syukur Alhamdulillah. Saya tiada masalah untuk bersama menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan ibu dan lima adik-beradik lain walaupun kami berlainan agama dan hanya saya seorang Islam.

“Saya juga memakaikan pakaian tradisi kepada anak-anak pada keraian itu. Bukan menjadi satu masalah apabila memeluk Islam untuk mengikut adat diperturunkan generasi terdahulu asalkan tidak menyembah selain Allah Yang Esa,” katanya.

sumber : hmetro

walau kita islam , menghormati agama orang lain tetap perlu .. bukan menghina , malah meraikan kasih sayang dihari bahagia bersama insan-insan yang kita sayang sgt2 digalakkan didalam islam .. inikan kasih sayang anak terhadap ibu dan bapa ..

selamat bercuti dan selamat Tahun Baru Cina kepada semua teman2 blogger dan penganut TiongHua ..
semoga tahun ini memberikan anda seribu kejayaan dan kegembiraan !

bfast apa pagi nie ???? akak buat lempenggg 
zaazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

5 comments:

  1. setuju..ianya hanya sambutan tahun baru, bukan perayaan keagamaan.
    menunjukkan akhlak baik kepada penganut agama lain, satu contoh yang patut diteladani..
    mudah2an dengan akhlak beliau, ada kalangan adik beradik dan saudara maranya akan mengikuti jejaknya satu hari, insya Allah..

    ReplyDelete
  2. macam ni baru bagus... Islam pun ajar kita sayang dan hormat ibu bapa kita... apa apa pun ibu dan bapa dah banyak jasa kepada kita

    ReplyDelete
  3. agama tak membataskan kasih sayang mereka kan. ;)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...