Tuesday, February 5, 2013

BILA PAKAR BEDAH SALAH BEDAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa panik tak .. huhuhu ader ke macam tuu .. nie mana nak percaya nie .. aduhhh takutlah kan .. eh2 nie di oversea .. haaa oversea kan .. kalau di oversea boleh buat salah , x mustahil di negara sendiri .. huhuhu seram sejuk akak nie .. harap2 kepakaran kita tidak lah jadi macam nie .. kes naya kan !


London: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah paru-paru pesakit.

Pembedahan tidak senonoh itu dijalankan di Hospital Basildon di Essex menyaksikan pakar bedah mengalihkan bahagian bawah paru-paru pesakit wanita walaupun mereka sebenarnya perlu memindahkan bahagian atas paru-parunya.

Kesilapan besar itu dikenali sebagai “pembedahan bahagian yang salah” dirujuk sebagai kesalahan dalam nota perubatan pesakit terbabit.

Pesakit wanita berkenaan bagaimanapun terselamat dalam prosedur Disember lalu itu, tetapi siasatan dilancarkan bagi mengetahui bagaimana kesilapan sebesar itu boleh berlaku.

Sumber hospital yang enggan dikenali berkata: “Kelihatannya nota perubatan pesakit dari Hospital Broomfield itu diisi secara salah dan menunjukkan bahagian salah pada paru-paru yang dibedah.

“Hospital Broomfield berkata, itu bahagian yang salah. Kelihatannya kesilapan itu dilakukan di Broomfield, tetapi siasatan akan menentukan sama ada ia dilakukan di Basildon.” Pengarah Perubatan di Basildon dan Hospital Besar Thurrock, Dr Steve Morgan berkata: “Pada Disember lalu terdapat insiden pembedahan bahagian yang salah. Kajian sedang dibuat terhadap insiden serius itu.

sumber :hmetro


hakiatnya manusia tetap manusia .. bila2 masa akan buat kesilapan ..walau pakar sekalipunn .. bila dah lupa dan tersilap nak buat macam mana .. soo kalau kita yang manusia bukan pakar nie surelah banyak kesilapan yang kita akan buat kan .. hurmmmmm macam2 dunia skrg .. sib baikk paru2 kalau alat sulit salah bedah ! ahhaha dari jantan jadi betina .. ahaha macam mana .. adehhhhhhhhhhhhhh

eh eh pernah berlaku ke ??

19 comments:

  1. heran.. cam mana leh silap sbb ia melibatkan ramai pakar & doktor serta klinikal sekaligus?

    ReplyDelete
  2. Macam macam ye.. Takutnya jadi mcmni...

    ReplyDelete
  3. Takut benda2 macam ni.....

    ReplyDelete
  4. salam Ieda..jgn trjadi kat Malaysia udah larrrr

    ReplyDelete
  5. harap2 takde la berlaku.. huhu..

    ReplyDelete
  6. pelik2 je.. tapi takut gak pnyakit yg bermacam2 jenis skang ni..

    ReplyDelete
  7. pakar pon manusia biasa..xlps drp kesilapan

    ReplyDelete
  8. menakutkan kak ieda..nama nya pakar tapi dah terlebih pakar...hmm..naya orang...

    psst kak ieda, dapat x intan inbox kot emel petang tadi

    ReplyDelete
  9. name pon pakar bedah, camane laa boleh salah bedah ..ermm tak pernah lagi kite dengar dokter pakar bedah kene tangkap dengan polis sebab salah bedah kan?? ermmmmm

    ReplyDelete
  10. Saya rasa jika melibatkan pakar, kesilapan sebegini adalah amat kurang. Kes terpencil wpun kes tu pembedahan besar.

    Pesakit berhak utk tuntut keadilan. Saman jer lah.

    ReplyDelete
  11. seramnye kak...mintak simpang dr berlaku kt m'sia ni..tp itulah doktor pun mnusia..hu~

    ReplyDelete
  12. doktor kn manusia.. manusia tak lari dr wat kesilapan.... tp mintak dijauhkn lah kan... sbb melibtkn nyawa...

    ReplyDelete
  13. mujurla patient tu xde effect pape..ptt saman je doc tuh..tak silap sy kt msia penah tjadi tp bkn salah bedah..salah bg ubat suntikan kat baby..smpi bengkak tgn baby tu..x ingt thn bila..huhu

    ReplyDelete
  14. ish.. bkn pakar la namanya tu kak.. kalo dah boleh slh2 pulak.. huh.. seriau lak baca..

    ReplyDelete
  15. Kena lebih hati2 buat kerja ;)

    ReplyDelete
  16. Scarynya kak. Kat m'sia ni tak pernah plak dgr kes mcm ni. Cuma kes baby meninggal sbb salah suntik jer lah.

    ReplyDelete
  17. takutnye la kalo salah bedah

    ReplyDelete
  18. ishhh tkt la pulak kak dgr...seriau la

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...