Friday, February 8, 2013

ABBY ZIARAH MEMEY , DUKUNG BAYI LELAKI NORMAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa sejukkkk nyee hati tgk .. setelah pelbagai dugaan yg dilalui abby , dia tabah dan kuat utk harungi semua ini ... ternyata apa yg dia pelajari didalam mengiatkan diri didalam parti politik tidak sia2 .. pastinya dia banyak belajar mengenai kehidupan ini .. sementalah dia dpt menerima keadaan dan situasi sekarang ini , dia tabah dan redho kerana kita semua tahu jiwa wanita sgt2 lah sensitif .. tapi dia berjaya melaluinya ..

oh ... sayu akak tgkk .. rasanya akak tidak sekuat dia .. dan susah sebenarnya mencari kekuatan seperti dia .. melihatkan suami dan kekasih yg pernah kita dambakan suatu ketika dulu mendapat cahaya mata dengan wanita lain .. oh oh tidakkkkkkkkkkk .. huhuhuhu ... tabik lah abby !!!!!!


Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling ‘cool’, Abby lah satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang.

Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey & Norman menjadi jernih.

Kehadirannya pada bulan Ramadhan lepas untuk berbuka puasa bersama menjadi titik tolak kepada hubungan mereka bertiga menjadi lebih baik.

Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza. Satu perkara yang jarang dilihat kita. Dapat dilihat Abby Abadi sedikit tersenyum ketika dia mendukung bayi Memey dan terpancar sinar keibuan dalam dirinya.

Menerusi salah satu caption foto yang dimuat naik oleh Abby Abadi, dia telah menyebut :
Mohamed Darwisz Hakim ? (tp kita nk panggil Darwish sbb dalam ISLAM membawa maksud ‘Yang Warak’ . Hakim bermaksud ‘Yang bijaksana’
Dalam pada itu, Abby turut berdoa agar hubungan baiknya dengan Memey akan terus berkekalan.
Kita merancang ALLAH yg menentukan segalanya… Semoga hubungan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Baguslah jika begitu, semoga hubungan mereka sekeluarga sentiasa jernih dan dipenuhi senyuman kegembiraan.

Kan elok kalau semua wanita atau ibu diluar sana berfikiran seperti Abby Abadi. Satu contoh yang baik dari Abby walaupun dia ditentang ramai oleh peminat kerana melibatkan diri dalam politik.

sumber : oh bulan


sungguh besar kuasa allah .. benar apa yang dikata oleh ABBY .. semua diatas kekuasaan dan izin allah ... allah maha mengetahui segalanya ! .... aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

21 comments:

  1. alhamdulillah.
    semoga hubungan baik mereka berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kan kak.
    Semoga berterusan lah hubungan tu. hati anak2 juga senang bila keduanya baik.

    ReplyDelete
  3. bukan semua bekas isteri sekuat dia kan...

    ReplyDelete
  4. Baguih khen suka sikap pemaaf ahkak Abby ni...alhamdulliah

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah menetapkan hati mereka agar tidak berpaling dan beralih arah lagi...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. bagus kan abby abadi ni. suka dia,lagi2 sejak dia dah bertudung ni.

    ReplyDelete
  7. tulah, orang ni kalau jadi baik mmg seronok kita dgr... smoga kekal bahagia famili diorang ni... abby pun smoga jumpa jodoh baru

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dulu mmg sakit hati tengok persengketaan diorg tu, syukur abby tidak berdendam malahan redha dengan ketentuanNya

    ReplyDelete
  9. Falsya xdpt bayangkan kalau ade kat tmpt abby..mmg salute sgt3 ngan abby..

    ReplyDelete
  10. kuatkan si abby nie..kalau amy xtau la mampu ke tak jd mcm die..huhu..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... Maha Kuasa Allah... Allah jadikan sesuatu perkara tu bersebab...memang susah kita nak menerima...tapi tabik pada Abby yang pada mula memang susah nak terima kehadiran Memey...siapa pun kan kak? semua wanita pun... tang tu semua orang pun faham

    Cuma... Abby betul2 bersihkan hati dia dan akhirnya dia x tolak ketentuan yang Allah dah tetapkan...sebab tu jiwa dan hati dia lebih tenang dan boleh terima keadaan sekarang ni seadanya...hidup gembira dan bukan dalam hipokrit

    seronok tengok Abby dan Memey punya relationship sekarang... Alhamdulillah once again...

    ReplyDelete
  12. harap semuanya baik-baik sahaja :)

    ReplyDelete
  13. sangat tabah. hope dpt jd sekuat dia. :)

    ReplyDelete
  14. abby mmg patut dicontohi,..tapi mana wanita akan dapat buat seperti dia..ish..saya pun tak mampu rasanya,...memey patut malu !!

    ReplyDelete
  15. Tabah nya abby boleh hadapi camtu..tp itu lah yg sebaiknya..tk elok brdendam..

    ReplyDelete
  16. salam kak..
    huhuh..alhamdulillah... :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...