Monday, February 25, 2013

10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA : FEB 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu renung2kan lahhhh ..


Berikut adalah wajah 10 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

1. Robert Kuok Kuok Group RM46.1 bilion

ananda krishnan
2. Ananda Krishnan Usaha Tegas Sdn Bhd RM32.90 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow Public Bank RM13.73 bilion

4. Tan Sri Quek Leng Chan Hong Leong Group dan Guoco Group RM11.09 bilion

mukhtar
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Yayasan al-Bukhary RM10.60 bilion

6. Tan Sri Lee Shin Cheng IOI Group RM10.56 bilion

7. Tan Sri Lim Kok Thay Genting Group RM8.12 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua Genting Group RM7.23 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King Rimbunan Hijau Sdn Bhd RM6.35 bilion

10. Ong Beng Seng Hotel Properties Ltd RM4.02 bilion

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

sumber : DISINI

sorang je orang melayu kita kan ... sampai bila kita akan berkeadaan begini ... sebenarnya kita nie berada di bumi MELAYU atau tidak ??
(sambil kerut2 dahi .. hakikatnyee ?? )


23 comments:

  1. Saya memang kagum dgn yg no 5 tuh!!

    ReplyDelete
  2. Kaya sungguh! :)
    Seorang je orang melayu? ^_^

    ReplyDelete
  3. itu le.. (rasa cam menumpang jer...)

    ReplyDelete
  4. x silap pernah tenampak kelibat tan sri azman hashim ambank tu antara org terkaya..ke intan salah tgk..apapun sikit je melayu..lain sepet semuanya

    ReplyDelete
  5. seronoknya dgr harta org bermilion milion.. huhu..

    ReplyDelete
  6. sorang jek wakil kite kan kak....sob sob sob...

    ReplyDelete
  7. teringat tulisan tan sri syed mokhtar albukhary, melayu ni pyh nk maju sbb asik nk jatuhkan org lain je, org cina akan tlg pesaing2 nyer yg sekaum ngn dia... tp melayu sbk duk jatuhkn org... takmo naik sama2...

    pkr2 balik betul gk...

    ReplyDelete
  8. majoriti kaum cina...rasa malu je

    ReplyDelete
  9. saya syorkan Kak Ieda baca biografi Syed Mokhtar Albukhary.

    Beliau ada jelaskan rahsia kejayaan dan kenapa sistem ekonomi negara kita macam ni...

    ReplyDelete
  10. sbb kita tak bersatu ... kita tak pgg betui2 wasiat raja² melayu ketika mengubal perlembagaan dulu

    dah termaktub yg hak2 kita tidak boleh dipertikaikan tetapi org melayu sendrik yg memberi keistimewaan tu pd kaum lain ....

    sbb raja² dulu dah tau dah perkara cam ni akan terjadi sbb tu ade perlembagaan ..org melayu adalah org paling kaya suatu masa dulu ..semua tanah melayu adalah milik melayu ..skrg cuba tgk org melayu masih miliki tanah ??? dlm kita tak sedar org melayu sendri yg jd dlg jd org tgh pencacai bangsa lain utk beli tanah kemudian dimaju sebagai projek perumahan ...ape org melayu dpt ?? hanya duit tak seberapa dan 2-3 biji rumah ... pemaju perumahan untung berjuta²....
    mengikut ranking kite adalah kaum kelas ketiga dr segi ekonomi dan pendidikan ... tp org melayu masih lg ditakuk pemikiran yg sama ... tak nak bersatu sanggup bersekutu ngan kaum lain janji boleh berada di tahta teratas ....


    pendapat aku ketiga² parti politik yg ade sekarang tidak betui2 memperjuangkan hak kita tp diorg hanya memperjuangkan hak dierg utk berada di atas tahta... itu kenyataan nye ...

    sori panjang plak aku menaip ... sedih ngan bangsa aku je ..emosi plak

    ReplyDelete
  11. ada hikmah allah xbg melayu nie kaya sgt kak...islam kan di suruh bersederhana saje... :)

    ReplyDelete
  12. As salam kak,

    Tak tahu nak komen bab ni... terlalu byk yg perlu diambil kira... sensitif juga...

    Apa2 pun kita perlu bersyukur dgn apa yg ada... klau org lain boleh jd kaya knp tidak kita? Saya & suami sentiasa berdoa jika kaya terbaik bagi kami, makbulkanlah jika tidak jgnlah diambil rezeki yg ada sehingga kami melarat & hina dina... Lagi2 dibumi sendiri...

    ReplyDelete
  13. Mereka berjaya atas usaha yang tak kenal putus asa. :)

    ReplyDelete
  14. perghhh bangsa bukan melayu je ramai..huhuhuh..apapun, tabik spring pd yg no 5 tuh!

    ReplyDelete
  15. kagum dgn Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

    ReplyDelete
  16. Pernah keja bawah kuok group.....Robert Kuok rasanya seorg yg x lokek berkongsi kekayaannya sbb 5 tahun keja, kenaikan gaji dan bonus sangat memuaskan....
    Tapi sedih bila hanya seorang melayu dlm kelompok terkaya tu....

    ReplyDelete
  17. SUka dgn yg no. 5 tu. Pernah baca kisah hidup dia. Macam mana dia bley berjaya sampai skang.

    ReplyDelete
  18. salam k.ida..
    huuuu..byknye rete ..
    sob2.. moga2 org melayu islam pulak akak berada di tangga ni nnti..

    ReplyDelete
  19. kaya kaya sedekah sikit duit kat kami hahaha

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...